Friday 25 March 2016

DATO' HJ IPAP HJ ABDULLAH UNDANG REMBAU KE-19 DARI LELA MAHARAJA WARIS KG. KOTA




Dato' Hj. Ipap Abdullah Undang Rembau ke-19






RIWAYAT HIDUP RINGKAS DATO’ HJ. IPAP BIN ABDULLAH UNDANG REMBAU KE 19
Susunan  Mohd Majzub bin Yunus


Allahyarham  dilahirkan  di Kampong Kota pada 1898 dan menamatkan pelajarannya di Sekolh Melyu Kota pada tahun 1904. Dalam tahun 1920 beliau telah mula berkhidmat dengan Kerajaan  sebagai seorang Pegawai dalam Jabatan Ukur. Beliau pernah bekerja di Kajang, Johor Bahru, Kelantan,Pahang dan lain-lain. Sebelum menyandang pesaka Undng Luak Rembu beliau telah menunaikan fardu Haji bersama-sama anak iserinya dalam tahun 1935.

Pada 27 Jun 1938 beliau telah diangkat menyandang pesaka  Undang Luak Rembau yang kesembilan belas, sebagai menggantikan  tempat Dato’ Sedia Raja Abdullah bin Haji Dahan yang dilawati uzur ketika itu. Dalam masa beliau memegang tugas sebagai Undang beliau teah mengarahkan rakyat jelata dalam berbagai kemajuan , terutama mengenai Ugama Islam Yang Mha Suci dan lain-lain.

Untuk mennjau kemajuan di luar tanah air  pula, maka pada 18 Julai 952 beliau telah melawa ke Negeri Jepun bersama –sama dengan  Yang Terutama Tun Haji Abd. Malik bin Yusuf, Gabenor Melaka dan beberapa pembesar yang lain. Di sampan itu beiau sempat juga meninjau beberapa wilayah yang dilalui seperti Hongkong, Phillipines dan lain-lain.

Selaku seorang anggota Diraja  negeri Sembilan beliau adalah di antara pembesar-pembesar negeriyang turut bersama bertindak menghapuskan Malayan Union dan menciptakan wujudnya  Persekutuaan Tanah Melayu. Tugas yang akhir dibuat beliau ialah memberi  nasihat kepada penuntut Sekolah Agama Menengah Rendah Pekan Rembau pada 5 malam 4 Disember yang lalu (Ed: 9 Januari 1963).

Kerana panggiln Illahi telah sampai kepadanya, maka beliau telah menghembuskan  nafas yang akhir  kembali ke alam baqa sejurus selepas beliau  menyampaikan amanat itu, dengan meninggalkan seorang balu dan semilan orang anak. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan dengan penuh kebesaran di Tanag perkuburan  Legong Ulu, Rembau pada 5 Disember jam 4.30 petang dengan dihadiri oleh pembesar-pembesar negeri dan Persekutuan  serta disaksikan dengan ribuan rakyat jelata.

Mudah-mudahan Tuhan cucurkan rahmat ke atas roh suci beliau. Amin.
4 Disember 1962
Dipetik daripada Fail Balai Undng Rembau 5/63

(Catatan: Sekumpulan murid-murid Sekolah Agama Uu Gadong diberi kesempatan membaca Yasin di SUrau Undang di Legong Ulu atas jemputan Dato’ Undang selama tiga malam kalau tak silap sya. Dan saya di antaraa anggota keumpulan yang diberikan kesempatan mengikuti bacaan Yssin itu. Ketika itu usia saya baru  berumur 11 atau 12 tahun. )  


12 comments:

  1. Saya cicit kepada Dato Haji Ipap Bin Abdullah. Saya mahu tahu siapa nama penuh bapa kepada Dato Haji Ipap? Dato' Haji Ipap Bin Abdullah. Abdullah Bin? Dato' Haji Ipap lahir pada 1898, Dato' Haji Abdullah Bin Haji Dahan lahir pada 1900. Macam mana Dato' Haji Ipap sebagai seorang anak lahir awal 2 tahun dari bapanya. Di Royal Ark ada menyatakan Dato' Haji Abdullah Bin Haji Dahan ialah bapa kepada Dato Haji Ipap, lagi sekali saya tanya mengapa Dato' Haji Ipap lahir pada 1898 iaitu 2 tahun awal dari tahun kelahiran bapanya iaitu 1900. Anak tua dua tahun dari bapa? Pelik. Tolong saya mencari fakta yang benar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhaiiiii….
      Mcmana mengaku cicit tp taktahu susur galur moyang sendiri? Dato Abdullah Dahan dari suku Biduanda Sedia Raja. Bila dia mati, pesaka Undang digilirkan kpd suku Biduanda Lela Maharaja. Mcmana boleh jadi anakberanak?

      Delete
    2. Sebab dia dari kecil orang lain jaga, nak jumpa orang yang Hebat2 jea, mak sendiri tak nak jumpa, macam tu lah ceritanya, Mak dia tu cucu Arwah Haji Ipap, dia tu kira cicit lah,

      Delete
  2. Dato' Haji Abdullah bukan ayah kepada Dato' Haji Ipap. Royal Ark salah info. Kalau perasan, ada Undang Rembau yg sebelum tu pun dikatakan anak kepada Undang yg sebelumnya. Hanya Undang Rembau pertama dan kedua sahaja yg anak beranak. Selepas pada tu, tak ada lagi anak gantikan ayah jadi Undang. Cicit To' Ipap, anak siapa? Mak atau ayah kamu mesti sepupu saya. Saya ank Hj. Razak Dato' Haji Ipap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maisarah tu kak, anak Marzita Mazni, dia kan memang tak tahu apa pun, dia kan duduk dengan orang lain, dah besar, baru nak Mengaku cicit haji ipap,, tapi tak nak Mengaku anak Marzita, macam mana Lah

      Delete
    2. sdr razak ipap ,sy andri anuar kamaruddin org kg penajis dulu satu batch Bac Sc Agribusiness UPM 1988.Ingat lagi tak.
      Dulu sama kolej tun perak

      Delete
    3. boleh contact sy cikgu anuar kdin 0173870162

      Delete
  3. Assalamualaikum saudara mara ku... saya oneng2 Tok Ipap... saya berminat utk mgetahui susur galur keturunan ni.. bagaimana ya?

    ReplyDelete
  4. Saya cucu Hasnah yang salah faham mengenai anak-beranak konsep Undang itu. Tolong hubungi saya di +60192113008 untuk sesiapa keturunan Dato' Haji Ipap.

    ReplyDelete
  5. * Hasnah Binti Dato' Haji Ipap.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum..

    Adakah undang haji ipap keturunan raja melewar dan raja hitam...

    ReplyDelete
  7. Ni sorang lagi. Raja Melewar tu dari Pagar Ruyung. Penyandang2 pesaka Undang Rembau adalah dari Suku Biduanda, orang asal tanah Kota; takde kaitan langsung dengan darah raja.

    ReplyDelete