Tuesday 5 September 2017

CIKAL BAKAL KELUARGA MINAH WAHAB GADONG


MINAH WAHAB

SAADAN KASSIM


YASSIN ZAINAL

MOHD YATIM ZAINAL

Haji Amin beli tanah Limah Daeng yang pindah ke Miku. Tanah Haji Amin ini sekarang luasnya satu ekar dan ia diserahkan kepada Noresah, anak perempuan  tertua Haji Amin. Haji Amin kemudian membina sebuah rumah di atas tanah itu.  Tanah ini terletak di kawasan sebelah hulu tanah kepunyaan Haji Amin sendiri yang luasnya setengah ekar . Haji Amin sekeluarga tinggal di rumah ini.  Tidak diketahui nama isteri Haji Amin, emak kepada Noresah dan Siput. Haji Amin mempunyai tiga anak, iaitu Noresah, Siput (panggilan Uwan Hilir) dan Jusoh.

Noresah, anak yang tertua Haji Amin  berkahwin dengan Kassim dari Kg. Hulu Gadong. Daripada hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan enam orang anak, iaitu Abd. Rahman (yang sulung), Othman, Abu Hassan, Saadan, Cik Yah dan Nordin. Siput pula  berkahwin dengan Musa dari kg. Seberang Paya (Mempaya). Mereka dikurniakan empat orang anak, iaitu Ibrahim, Sauf, Alias dan Sarah.  Sarah berkahwin dengan Abd. Rahman dari Kg. (?) dan dari hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sejumlah anak antaranya, Kalthom, Nasir, Yaakob, Enon (Zainon?), Mariam, Ariffin, Yusof, Suriah dan Rubiah.

Dalam pada itu Noresah dan Kassim  telah mengahwinkan anak perempuannya Saadan dengan Mohd. Yatim dari Kg. Tanjong. Mereka  dikurniakan dengan empat orang anak. Yang tua perempuan meninggal ketika kecil. Setelah itu lahir pula Hassan Basri, Rohana dan Masitah. Sementara itu anak sulung mereka, Abd. Rahman berkahwin dengan Umbo dari Kg. Tanah Datar, Gadong  dan dikurniakan enam orang anak pula antaranya, Ismail, Yahaya, Cik Nah, Latiff, Nikmat dan Faridah. Cik Yah pula dikahwinkan dengan Abd. Wahab dari kampong berdekatan Legong Ulu. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Minah. Oleh kerana Cik Yah meninggal waktu Minah masih kecil maka Minah dibela seketika oleh ibu saudaranya Saadan yang ketika itu mengikut suaminya ke Gua Musang. Abd. Wahab yang telah bercerai mati dengan ibu Minah berkahwin pula dengan Kesah (Pesah?) juga dari Kg. Gadong. Mereka kemudian membuat rumah di Kg. Jawa.  Mereka dikurniakan enam orang anak, iaitu, Ahmad, Halus, Rosman, Ghazali, Ismail dan Mansor. Ahmad berkahwin dengan wanita Kg. Jawa, Halus berkahwin dengan pemuda di Kg. Tanah Datar Gadong, Rosman berkahwin dengan orang Gombak, Ghazali berkahwin dengan wanita dari Tanjong Rimau, Ismail berkahwin dengan wanita dari Kg. Tanjong dan Mansor  dengan wanita dari Jelebu.

 Suami Minah, Yassin yang mempunyai seorang adik perempuan berbapakan Zainal dari Kg. Gadong. Zainal telah berkahwin dengan Lanjung dari Kg. Tanah Datar Gadong. Yassin adalah anak kedua Zainal. Sebelum Zainal berkahwin dengan Lanjung Zainal telah mempunyai isteri yang juga berasal dari Kg. Tanah Datar Gadong. Mereka telah dkurniakan seorang anak lelki yang diberi nama Mohd. Yatim. Dengan demikian Mohd Yatim adalah abang kepada Yassin tetapi berlainan ibu. 

Adik perempuan Yassin ini setelah dewasa berkahwin dengan seorang pemuda bernama Abd. Karim Kampung asal pemuda ini tidak ada dalam catatan. Daripada hasil perkahwinan ini lahirlah dua anak perempuan  bernama Zaharah dan Salamah. Setelah dewasa Zahara dikahwinkan dengan Aziz Bador dari Kg. Gadong sementara Salamah dengan Atan (Jantan?). Daripada hasil perkahwinan Zaharah-Aziz ini mereka telah dikurniakan lapan orang anak iaitu Azizah, Zimah, Basrin, Basri, Azmi (Jimmy), Inah, Sheila dan Atan. Manakala Salamah pula yang berkahwin dengan Atan telah dikurniakan dua orang puteri bernama Janah dan Badariah. Jodoh mereka tidak panjang. Mereka bercerai hidup tetapi setelah beberapa ketika Salamah berkahwin pula dengan Rashid, seorang pemuda dari Kuala Sawah, Port Dickson.  Daripada hasil perkahwinan kali kaedua ini Salamah-Rashid telah dikurniakan empat orang anak semuanya perempuan iaitu  Rashidah, Rosnah (Hasnah?) Malar dan Ani. Janah meninggal sewaktu kecil swmwntara Badariah berkahwin dengan Omar dan dikurniakan anak lelaki bernama Norazizan.

Suami Minah, Yassin dan abangnya Mohd. Yatim yang sama bapa tetapi berlainan ibu ini kemudian telah mengasaskan pembinaan sekolah Agama Ulu Gadong  bersama Haron Lassim. Sekolah ini kemudian telah ditukar namanya kepada Sekolah Agama Hj. Mohd. Yatim dan telah diambil oleh kerajaan. Ketiga-tiga mereka turut bertugas sebagai guru agama di sekolah itu untuk beberapa ketika. Dari Legong datang megajar Ustaz Ahmad Serol. 

Demikianlah serba ringkas salsilah keluarga Minah-Yassin Gadong untuk tatapan anak cucu mereka. Salsilah ini belum lengkap dan masih ada lompongan di sana-sini. Andainya ada sesiapa daripada anggota keluarga besar ini yang tahu dan mempunyai maklumat bolehlah mereka teruskan atau perpanjang senarai salsilah ini untuk pengetahuan bersama.

Bandar Tasik Puteri
Rabu, 6 September 2017

1.20 ptg.

RUMAH MINAH GADONG
RUMAH YASSIN ZAINAL (KETIKA BELUM KAHWIN)
TANAH DATAR GADONG

4 comments: