Thursday 28 January 2016

ORANG AUSTRALIA MENDAKI GUNUNG DATUK SAMBIL MANFAATKAN ALAM SEMULA JADI

Puncak Gunung Datuk yang berbatu



DAVID COTTON
Memanfaatkan Kekayaan Tradisi
Alam Semula Jadi

Memanfaatkan Kekayaan Tradisi Alam Semula Jadi
TAMU saya awal Syawal ini seorang pemuda Australia. Namanya
David Cotton dan berusia 22 tahun. Dia berkunjung ke Malaysia
buat pertama kali untuk menghabiskan cuti semesternya. Dia
sedang menuntut dalam jurusan akauntansi di sebuah kolej di Canberra.
Dia berkunjung bersendirian. Sedikit janggal bagi pemuda yang
masih muda belia mengembara jauh dari keluarga dan negaranya.
Yang menarik tentang pemuda Australia ini ialah minatnya untuk
melihat dunia. Katanya dia sudah menjelajah ke seluruh pelosok pulau
Pasifik Selatan, terutama Pulau Fiji. Kini, dia mahu memulakan
kunjungan ke tanah daratan Asia pula dengan Malaysia dan Singapura
tempat persinggahan pertamanya. Dalam usia semuda David ini yang
masih di bawah tanggungan keluarga, minatnya ini bukan sahaja dianggap
“komoditi mewah” tetapi juga merupakan “satu cabaran yang
memerlukan jiwa berani”. Memikirkan David sudah berpetualangan
selama ini maka dia memang mempunyai jiwa berani.

Dalam tubuh David mengalir darah petualangan (adventure) yang
dimiliki ibunya Ruth Tufferey Cotton yang suka mengembara pada
kala usia mudanya. David mengakui Malaysia menjadi destinasi pertamanya,
sebab pengaruh kuat ibunya  Ruth Tuffrey yang pernah bercerita, dua
puluh lima tahun dahulu. Dia singgah di Kuala Lumpur dalam perjalanan
ke Eropah. Namun, keindahan Malaysia dan keramahan orangnya
menyebabkan dia menangguhkan kunjungan ke Eropah dan
menetap selama dua tahun di Kuala Lumpur. Ibunya diterima bekerja
di ATM, sebagai pembantu khas kepada Pengarahnya. Dengan berlatarbelakangkan
pendidikan ilmu pasti, minat David ini dirasakan
sedikit janggal. Sebabnya amat jarang seorang yang meminati jurusan
akauntansi dan matematik sukakan sosial budaya. Malah, dalam masa
yang sama David turut menyukai muzik – dia pemain gitar sebuah
kumpulan muzik di daerahnya.

Dalam perjalanan kami mengunjungi tempat-tempat menarik di ibu
kota dan Melaka dia meluahkan rasa kesalnya kerana tidak membawa
gitarnya. Hal ini amat dirasakannya apabila dia mendengar bunyi gitar
mainan seorang seniman jalanan di atas Bukit St. Paul, Kota A Famosa,
Melaka. David cuba bersungguh-sungguh menghayati sejarah
sekitarnya. Dia leka mendengar kami bercerita tentang sejarah tempatan.
Di atas Bukit St. Paul dia merenung laut Selat Melaka setelah
mendengar penerangan kami. Dia seperti membayangkan ratusan kapal
layar yang suatu waktu dahulu berlabuh di Pelabuhan Melaka yang
sibuk. Dia juga membayangkan betapa sibuknya pedagang dari seluruh
dunia memunggah muatan di kota pelabuhan masyhur itu. Cuma
menurutnya, amat sayang Kota A Famosa semakin hari semakin jauh
juga dari lautan sehingga dengan demikian nilai dan kesan sejarahnya
semakin berkurangan.

“Alangkah baiknya jika sekitar Bukit St. Paul ini dibangunkan sebagai
kawasan sejarah tulen tanpa ada bangunan moden dan pusat
membeli-belah. Keaslian nilai sejarahnya sebaiknya dikekalkan. Nampaknya
sejarah terpaksa berkorban memberi laluan kepada pembangunan,”
katanya. Di Perigi Hang Tuah, David bertafakur lama. Dia membaca sejarahnya
di papan penerangan. Legenda Hang Tuah lima bersahabat
ini, menurutnya mempunyai moral cerita yang sama seperti The
Three Musketeers di Perancis atau cerita kepahlawanan King Arthur
dan pahlawan Meja Bulatnya, iaitu kesetiaan kepada raja yang pada
waktu itu adalah simbol keluhuran undang-undang. Namun, sekali
lagi dia meluahkan rasa terkilannya kepada keadaan sekitaran perigi
ini dibangunkan replika perkampungan yang menyerupai perkampungan
Hang Tuah pada zaman legenda itu.

“Saya yakin para pelancong, terutamanya mahu tahu cara hidup
orang dahulu dan mahu menghayati alam lampau melalui terowong
waktu mindanya. Saya kira muzium budaya dekat Kota A Famosa itu
lebih membuat pelancong memasuki alam fantasinya ke zaman silamnya,”
katanya. Di Taman Mini Malaysia dia berdepan pula dengan keadaan kawasan
yang disifatkan sebagai kurang terpelihara. Setelah menaiki
beberapa rumah replika daripada beberapa buah negeri dia terus bertanya,
“Apakah semuanya sama?”
“Maksud David sama apanya?”
“Ya, gelapnya, habuknya dan patung-patung manusia yang tak terurus.”
“Barangkali kita membuat kunjungan pada bulan puasa atau kita
sampai terlalu pagi,” jelas saya cuba mencari jawapan.
Apa pun jua, David nyaris terjatuh semasa berada dalam rumah
Sarawak apabila kakinya tersangkut di lantai buluh yang sudah rapuh.
Setelah itu dia begitu berhati-hati memijak lantai buluh bulat yang di
sana sini sudah menampakkan usia lanjutnya. Tatkala mengunjungi
rumah-rumah ASEAN, dia bertanya apakah dia pada waktu itu sedang
melihat rumah tinggal. Apabila ditanya maksudnya menjelaskan bahawa
sekitar kawasan seperti sudah lama terbiar, tasik yang menampung
Rumah Brunei dipenuhi lumut dan tumbuhan rumpai lainnya.
Dua buah perahu tersadai di tepian. Sementara itu keadaan Rumah
Thailand pula membingungkan David. Sebuah pintu di bahagian yang
menghala ke tasik telah pecah dan daun pintu itu masih disandarkan
di dinding. Sesekali David melihat tapak kakinya apabila berada di
rumah itu. Dia melihat saya sambil tersenyum. Sebelum masuk dia
telah menanggalkan kasutnya, patuh kepada arahan yang tertulis di
tangga rumah.

Saya tidak pasti apakah pengalamannya semasa di taman mini itu
akan memberi kesan negatif kepada dirinya untuk beberapa lama,
namun satu hal jelas dan akan tetap bermain dalam kepalanya. Dia
se-perti bertanya, apakah Malaysia kurang menghargai warisan budaya
bangsanya? Apakah Malaysia tidak punya pilihan kecuali mengorbankan
sejarah dan budaya bangsanya demi pembangunan? Dia tidak meluahkan pertanyaan ini tetapi cara dia merenung dan menilai pameran sejarah dan budaya negara ini memperlihatkan rentetan
pertanyaan itu. Di Johor Bahru, dia berdiri lama di Kompleks Kastam
Tanjung Puteri sambil menggeleng kepala apabila kami ceritakan
bahawa di bukit Tanjung Puteri tempat terletaknya kompleks kastam
sekarang adalah dahulunya suatu kawasan legenda Si Bongkok.

Hobi utama David ialah memanjat gunung (mountaineering).
Semasa mengunjungi Batu Caves, David meneliti curaman batu kapur
yang sebahagian menjadi dinding gua. Dari bawah tangga dia meneliti
curaman bahagian luar. Katanya dia tergiur untuk menskala curaman
Batu Caves itu dengan menggunakan peralatan memanjatnya. Namun,
dia terpaksa memendamkan hasrat itu kerana dia berkunjung
ke tempat itu sebagai pelancong biasa. Untuk tidak menghampakannya
kami membawanya mendaki Gunung Datuk setinggi 800 meter di
Gadong, Rembau Negeri Sembilan. Dengan ipar saya, Aziman Shah sebagai pemandu David berserta
sepuluh anggota pendaki yang lain, termasuk beberapa orang kanakkanak
memulakan pendakian pada pagi 3 Syawal. Dia membawa bersama
sebuah teropong buatan Rusia milik saya yang boleh mendekatkan
jarak objek yang jauhnya beberapa kilometer. Kesukaan David
seperti seorang anak kecil. Dia terkinja-kinja dan terlompat-lompat
bagaikan anak kena garu semasa mendaki. Di puncak gunung dia
terpukau dengan keindahan panorama. Kebiruan Selat Melaka jauh
berbalam dan di kaki gunung, melalui teropong jarak jauhnya dia menikmati
pemandangan kampung-kampung Melayu dan tanah sawah
yang terbiar. Tambah memukaunya ialah cerita Aziman tentang kekeramatan
dan legenda Gunung Datuk.

Konon ceritanya di puncak inilah pemimpin ulung adat perpatih
mewariskan sistem sosial baharu kepada anak-anak buahnya sebelum
pemimpin itu berundur diri. Juga konon ceritanya di atas gunung itu
duduk bertapa seorang keramat yang akhirnya berpindah ke Tanjung
Tuan, Port Dickson dengan hanya selangkah pergi. Makanya sehingga
hari ini masih ada kesan tapak kaki keramat itu di salah sebuah ketulan
batu pepejal di puncak gunung dan sebelah lagi tapak kaki dapat
pula dikesan di Tanjung Tuan. Barangkali dalam kepala David berlegar cerita legenda itu sekali
gus cuba mencari logiknya. Dia memerhatikan tapak kaki yang terukir
di atas batu, barangkali juga untuk mencari jawapan secara ilmiah.
Sekali lagi kami mendengar pendapatnya yang kami anggap lebih
berorientasikan pelancongan. Katanya Gunung Datuk berpotensi untuk
menjadi tempat pelancong yang baik kerana ketinggiannya yang
sederhana dan hawanya yang menyamankan.

“Saya secara peribadi, andainya ada rumah atau calet di sini sudah
pasti saya ingin bermalam dua atau tiga hari lagi. Keindahan flora dan
fauna di kawasan puncak gunung ini menakjubkan. Sungguh sayang
ia tidak dimajukan,” katanya.

Demikianlah, David yang menjadi tamu kami dalam usia semuda
itu telah menunjukkan kemampuan untuk berkomunikasi secara
efektif dalam bidang yang dia minati. Dia seorang anak muda yang
bercakap “main lepas” sahaja. Dia meluahkan rasa hatinya tanpa dia
sedari bahawa dia sedang bertamu di negeri orang. Barangkali juga,
latar belakangnya sebagai seorang yang berpendidikan dalam jurusan
bukan sains sosial membuatkannya bercakap seperti “orang celopar”.
Apa pun juga, kami kagumi semangat dan minatnya dan apabila kami
tanyakan siapa yang membiayai kos kunjungannya ke Malaysia, dengan
bersahaja dia menjawab, “saya sendiri”.

Menurutnya, dia belajar sambil bekerja. Dia mengambil masa beberapa
tahun menabung secukupnya untuk memulakan perjalanan.
Cara itulah yang dia lakukan untuk membiayai kos pengembaraannya
ke pulau-pulau Pasifik Selatan. Menurutnya lagi, dia menolak pemberian
ibunya, kerana “ibu masih punya tanggungan lagi”. Saya ada
seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan yang masih bersekolah.
Jawapan itu mengingatkan kami kepada jawapan ibunya semasa
mula kami kenalinya dua puluh lima tahun yang lalu. Persis sama,
iaitu menabung secukupnya. Cuma terdapat sedikit perbezaan dari
segi cara menabung. Kalau David menabung melalui kerja sambilan,
ibunya pula menabung dengan bekerja sepenuh masa. Sebelum pulang
melalui Singapura, David membeli sepasang baju Melayu, sehelai
samping dan songkok dan untuk ibunya dia akan hadiahkan sepasang
baju kurung yang dia beli di Wisma Yakin, Masjid India, Kuala Lumpur.
(Utusan Zaman, 3 Mac 1996.)

REMBAU GO CRICKET : KG GADONG CRICKET CLUB


KELAB KRIKET KAMPUNG GADONG
Oleh Mohd. Harith bin Mohd. Shariff

Kriket adalah antara sukan  yang paling popular di dunia dan mengikut sejarah sukan kriket, pemainan ini bermula di Hamspire, England pada tahun 1760. Menjelang akhir abad ke 18, ia telah berkembang menjadi sukan kebangsaan England. Perkembangan Empayar British menyebabkan kriket dimainkan di luar dan pada pertengahan abad ke 19 perlawanan antarabangsa pertama di adakan. Pada masa ini lebih daripada 120 buah Negara terbabit dalam sukan berpasukan ini.

.Di Malaysia, kriket diperkenalkan oleh pihak British ketika mereka memerintah Negeri-negeri Selat. Permainan ini dimainkan oleh askar-askar British yang berpengkalan di kawasan-kawasan bandar. Sukan Kriket mampu berkembang di Malaysia kerana ramai pemain berpotensi di lahirkan untuk membawa cabaran di pentas kejohanan yang lebih tinggi. Pasukan Malaysia yang bermain dalam Liga Kriket Duni Divisyen 3 kini berkedudukan dalam ranking dunia ke 23. Namun kurang pendedahan penaja menyebabkan pasukan Kriket ini kurang menonjol di Negara kita.

Pada tahun 90-an, Kementerian Pelajaran Malaysiatelah memperkenalkan permainan kriket kancil sebagai satu permainan dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kokurikulum Sukan di sekolah-sekolah Rendah. Langkah yang positif ini bertujuan menghidupkan semula permainan kriket dikalangan penduduk di Negara ini.Sukan ini sangat aktif dimainkan di sekolah-sekolah  di kawasan bandar dalam satu-satu daerah tapi kurang diperkenalkan di sekolah-sekolah luar bandar. Pada masaini lebih 450 buah sekolah di seluruh Malaysia agak aktif dalam sukan ini. Di Negeri Sembilan sahaja ada lebih  daripda 25 sekolah yang terbabit.

Usaha gigih pengiat sukan ini yang terdiri daripada 5 orang adik beradik dari Kampung Seberang Paya, Gadong berjaya memperkenalkan dan membangunkan sukan elit ini di kampung. Khairuddin,Mohd. Harith,Zahid, Nazaruddin dan Abdul Malik bin Mohd. Shariff mula berjinak dengan sukan kriket sejak di sekolah lagi lewat tahun 60an. Bersekolah di Sekolah Menengah King George V Seremban kecuali Abdul Malik (SDAR) kesemua adik-beradik ini cemerlang dalam sukan kriket yang kurang sekali di ceburi anak-anak Melayu pada masa itu. Lewat tahun 90an Kriket di perkenalkan di satu-satunya Sekolah Kebangsaan di Kg. Gadong. Sekolah Kebangsaan Tanjung yang di terajui oleh Puan Jasmiah binti Haji Mustafa anak jati Kg Gadong berminat dan bersetuju untuk menyerapkan sukan Kriket dalam kokurikulum sekolah. Khairuddin sebagai Jurulatih Kg Gadong bersama guru SK  Kg. Tanjong Cikgu Faizal Rabani berjaya menubuhkan satu pasukan sekolah bawah 12 tahun.SK Kg. Tanjong adalah sekolah pertama dalam daerah Rembau yang menubuhkan pasukan Kriket.

 Pasukan SK Kg. Tanjong telah diundang untuk bertanding dalam Kejohanan Kriket Elit Kebangasaan bawah umur 12 tahun bagi merebut Piala Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, yang telah diadakan pada 1 hingga 4 Jun 2000 di Kuala Lumpur bakal menggerakan tanggungjawab nasional terbaru dengan penyertaan lebih separuh anak-anak luar Bandar. Mereka ini kemudiannya diserapkan dalam Program Pembangunan Kriket Remaja Nasional dibawah kelolaan Persatuan Kriket Melayu Malaysia. Dari program ini SK Kg. Gadong telah Berjaya melahirkan beberapa pemain Kriket terpilih mewakili pasukan Negeri Sembilan di peringkat umur dan dewasa. Dua orang pemain telah berjaya menempah tempat dalam pasukan kebangsaan.Sdr. Faizal Abu Hassan dari Kg. Seberang Paya telah terpilih mewakili Malaysia dalam Piala Dunia Remaja 2008. Beliau yang sekarang ini menuntut di UKM Bangi yang juga Pusat Pembangunan Kriket Berprestasi Tinggi, ialah antara pemain terbaik Malaysia dalam pertandingan tersebut. Selain itu, Sdr. Haziq Zainuddin dari Kg. Jeram, Gadong juga terpilih mewakili Malaysia dalam beberapa pertandingan Kriket antarabangsa.

Kejayaan pembangunan sukan Kriket di Kg. Gadong telah menggerakkan penggiat dan peminat sukan di kampong ini untuk menubuhkan kelab sukan Kriket. Dengan tertubuhnya kelab sukan Kriket yang berdaftar, program pembangunan sukan ini akan menjadi lebih serius dan teratur. Pada masa yang sama kelab boleh meneroka penaja-penaja menyumbang dan menyalurkan dana bagi pengurusan dan kegiatan kelab.         Pada 14 hb November 2015, satu sesi dialog telah diadakan dengan YB Khairy Jamaluddin, Datuk Rahmah Hamid (ibunda YB Khairy Jamaluddin) dan Sdr. Sham Jalil dari Persatuan Kriket Melayu Malaysia untuk membincangkan cadangan penbuhan kelab tersebut. Sokongan dan galakkan yang diberi oleh YB Khairy Jamaluddin menyuntik lagi semangat kami untuk membangunkan sukan Kriket di peringkat Kg. Gadong. Ibunda YB Khairy Jamaluddin yang sangat berminat dengan sukan ini bersetuju untuk menjadi penasihat Kelab Kriket Kg. Gadong dan berharap segala usaha kami akan berjaya.

Jawatankuasa sementara ditubuhkan dan pada 6 Januari 2016, Kelab Kriket Kg. Gadong (Kampung Gadong Cricket Club - KGCC) telah diluluskan pendaftarannya oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Sdr. Nasharuddin bin Mohd Nor dilantik oleh jawatankuasa sementara sebagai Presiden kelab. Beliau dengan murah hati telah membenarkan rumah tradisionalnya digunakan sebagai ‘Clubhouse’ KGCC.Dengantertubuhnya KGCC, berbagai program pembangunan boleh dijalankan dengan lebih terancang dan teratur.Bagi menggerakkan program pembangunan satu kemudahan latihan sukan Kriket telah dibina dan disiapkan pada awal Januari 2016 di padang Sekolah Agama Hj. Mohd Yatim (SAHMY), Ulu Gadong. Dua lorong gelanggang latihan untuk pemain senior dan empat lorong gelanggang latihan untuk anak-anak bawah 12 tahun yang dibina akan merancakkan lagi Program Pembangunan SukanKriket di Kg. Gadong.

 Anak-anak muda Kg. Gadong mula menunjukkan minat terhadap sukan Kriket dan ramai menyertai latihan di waktu petang di padang SAHMY di bawah pengawasan    jurulatih Kg. Gadong Sdr. Khairuddindan , Nazaruddin dan Abdul Malik Shariff. Daripada minat yang ditunjukkan anak-anak muda ini, satu hari nanti bermain Kriket akan menjadi satu budaya dalam kalangan komuniti di Kg. Gadong. Satu pasukan Kriket SAHMY akan juga ditubuhkan di bawah Program Pembangunan Sukan Kriket Kg. Gadong. Kg. Gadong sebagai Pusat Sukan Kriket akan juga melebarkan pembangunan sukan ini ke kampung-kampung dan daerah kecil di sekitarnya. Dengan dana yang cukup dan program pembangunan yang terancang, KGCC akan memperkenalkan sukan Kriket keseluruh Daerah Rembau.

In Sha Allah bermain Kriket akan menjadi satu budaya masyarakat Rembau dan dapat mencungkil bakat-bakat baru yang akan menonjol di peringkat KebangsaandanAntarabangsa. Permainan yang terdahulu cuma menjadi milik orang-orang bandar dan yang kaya-raya telah mula menampakkan perpindahan kepada orang-orang kampung sejak pengenalan

MAJULAH SUKAN KRIKET UNTUK KG.GADONG.
REMBAU GO KRIKET




:


Tuesday 26 January 2016

DEMI ANAK DAN DEMI ADAT: APA KATA ORANG REMBAU KHUSUSNYA CGDG 71350

Demi adat



DEMI ANAK DAN DEMI ADAT


Seorang pakar penyelidik Adat Perpatih di Negeri Seremban menyifatkan isyarat kurang sopan seorang pembesar adat (Undang Luak) Mei 2005 lalu  dalam satu majlis rasmi kerajaan negeri sebagai kurang sopan dan tak beradat. Katanya, “Itu baru isyarat. Ada yang telah melanggari adat yang menaikkan darjat dan martabatnya. Kadang-kadang pembesar adat ini terlupa akan sumpah perlantikannya, mahu mempertahankan adat. Saya berani katalah perbilangan ‘jangan mati anak jangan mati adat’ sudah tidak boleh dipakai lagi sekarang. Ada pembesar adat yang terang-terang mahu mematikan adat itu sendiri.”

Saya percaya apa akan berlaku kepada sistem dan peraturan adat jika salah seorang pentadbir adat bertindak “kurang sopan dan tak beradat.” Jika sesuatu tindakan tidak diambil, Lembaga, buapak dan anak buah dalam lingkungan adat akan memandang serong kepada orang besar adat itu. Mereka berasa dipermalu kerana pilihan mereka selama ini dikirakan kurang tepat, iaitu memilih seorang ketua adat yang “mematikan adat” itu sendiri.

Pandangan penyelidik Adat Perpatih itu menunjukkan keprihatinannya tentang sikap dan tingkah laku  orang Melayu, khususnya terhadap adat kebiasaan yang sejak dahulu kala mengawal kehidupan sehari-harian mereka. Barangkali pandangannya bahawa “adat sudah mati” sedikit keterlaluan, namun jika pembesar adat sendiri yang tidak menghormati adat, tidak ada jaminan orang ramai atau anak buah pembesar adat ini tidak akan mengikuti perbuatannya. Ibarat kata bidalan “bapak borek anak rintik.”

Pandangan penyelidik adat ini mengingatkan saya kepada kata-kata Datuk Onn Jaafar ketika memimpin orang Melayu menentang penjajahan Inggeris dahulu. Datuk Onn dalam buku Biografi Dato’ Onn Jaafar (Penerbit Fajar Bakti, 1984), menyeru orang Melayu menerima konsep “biar mati adat jangan mati anak” sebagai satu anjakan paradigma. Bagi Dato’ Onn adat yang mengatur kehidupan harian orang Melayu yang dianggap lapuk dan tidak lagi sesuai perlu disisihkan sahaja. Saya menilai seruan Datuk Onn ini mulai memberi kesan positif kepada perlakuan dan pemikiran orang Melayu umumnya. Yang paling ketara, orang Melayu telah mula berjiwa korporat, bukan lagi petani, orang Melayu  sudah mula berfikir global tidak lagi lokal.

Saya menganggap seruan Datuk Onn dan pandangan penyelidik Adat Perpatih tentang “adat telah mati dan mahu dimatikan” bagaikan membawa kesan negatif dan positif. Jelas dua kes berasingan ini memperlihatkan pemahaman tentang adat yang berbeza-beza. Pendek kata istilah “adat” yang dimkasudkan oleh Datuk Onn dan penyelidik Adat Perpatih mempunyai definisi berlainan. Ertinya juga adat dan pengertiannya perlu dilihat secara terpisah-pisah, yang satu berbeza dengan yang lain.

Ada yang akan bertanya, “Sebenarnya adat itu apa?” Jawaban kepada pertanyaan yang sederhana ini boleh juga sederhana, iaitu peraturan hidup sehari-hari. Kalau hidup tidak berperaturan, namanya  hidup “tak beradat”. Maka aturan itulah yang dinamakan adat. Bak kata orang Minang: Duduk tagak beradat. Berbicara beradat. Berjalan beradat. Makan minum beradat. Bertamu beradat. Bahkan menguap dan batuk pun beradat.

Tetapi dalam pengertian biasa ini adat mungkin apa yang disebut sopan santun dan tatasusila dalam pergaulan sehari-hari. Masih banyak lagi pengertian lain. Masih banyak aturan lain yang sangat mendasar dan mengikat, termasuk hal yang dikaitkan dengan landasan berfikir, nilai-nilai dan falsafah hidup dan hokum yang perlu dipatuhi. Pemikir berpendapat  adat merangkumi seluruh aturan hidup bermasyarakat itu ke daldan boleh dibahagikan kepada empat kategori, iaitu adat yang sebenar adat, adat yang diadatkan, adat yang teradat dan adat istiadat.

Manakala ramai ahli sejarah menyamakan adat dengan undang-undang, berdasarkan kepada pengertian “aturan hidup harian”. Jika pengertian ini dipakai maka seruan Datuk Onn akan memakan diri sendiri. Apa akan terjadi kepada bangsa Melayu jika “adat dimatikan untuk menyelamatkan anak”? Kacau-bilau dan kehidupan tak menentu dan hukum rimba akan mengambil alih peranan adat. “Anak-anak” yang hidup dan tidak lagi “beradat” akan berkelakuan lebih rendah berbanding haiwan.

Penerhati politik menyifatkan seruan Datuk Onn itu ditujukan, khususnya kepada tiga kategori adat, iaitu adat yang diadatkan, adat yang teradat dan adat istiadat. Kesemua kategori adat ini membabitkan tingkah laku, kebiasaan, landasan berfikir dan falsafah orang Melayu. Sesetengah kalangan menilai seruan Datuk Onn itu sebagai meninggalkan kebiasaan dan pemikiran orang Melayu yang tidak lagi relevan dengan kehendak zaman dan mencari kebiasaan dan pemikiran baru. Seperti kata seorang ahli veteran UMNO yang diminta pendapatnya, “Datuk Onn mahu orang Melayu lebih pragmatic, dinamik dan  berdaya maju, kalau kita masih mahu kekalkan slogan ‘Takkan Melayu Hilang Di Dunia.”

Katanya lagi, “Jadi jangan kita salah anggap seruan Datuk Onn itu. Dia mahu kita orang Melayu buang semua kebiasaan dan aturan hidup yang merugikan dan fikirkan survival Melayu seribu tahun lagi. Bagi saya itu satu seruan ikhlas dan kasihnya Datuk Onn kepada orang Melayu. Adat yang merugikan Melayu itu dibuang sajalah. Saya setuju adat adat kebiasaan yang boleh kita teruskan seperti yang sering kita laungkan, iaitu  tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan. Malah ada adat yang mengekalkan jati diri kita orang Melayu dan survival nama Melayu bergantung kepada selama lama mana ia dapat bertahan.”

Adat yang dimaksudkan veteran UMNO itu ialah adat yang sebenar adat. Ia telah menjadi institusi dan menunjukkan identiti sesuatu bangsa atau masyarakat. Termasuk dalam adat ini boleh dilihat dalam sesuatu kelompok masyarakat Melayu. Di Negeri Sembilan, misalnya, silsilah keturunan mengikut garis ibu atau apa yang desebut sebagai matrilineal merupakan adat yang menjadi identity Melayu negeri itu. Adat itu dikatakan berasal dari Minangkabau. Ada pula mendakwa ia adalah warisan adat asetempat (orang asli) yang diadunkan dengan adat pendatang dari Sumatera Barat.

Ada pula adat yang dikaitkan dengan larangan berkahwin sesuku. Larangan ini ada kaitannya dengan system matrilineal bahawa masyarakat sesuku itu sebenarnya bersaudara di garis ibu. Lazimnya anak-anak dari dua wanita adik-beradik kandung tidak dibenarkan berkahwin sesama sendiri. Ini mungkin menjadi alasan mengapa diadakan larangan berkahwin sesuku itu.

Di peringkat nasional, ada yang melihat sistem beraja yang diamalkan Malaysia hari ini adalah lanjutan daripada adat zaman dahulu, walaupun dalam keadaan yang telah diubah suai mengikut kehendak zaman. Jika satu waktu dahulu raja adalah kuasa dan titahnya adalah undang-undang mengikut adat, hari ini raja adalah simbol kedaulatan sesebuah negara. Kekuasaan yang pernah dimilikinya berpindah ke pihak lain melalui dasar dan amalan demokrasi.

Jika adat yang sebenar adat ini “dimatikan” maka identiti orang Melayu; khususnya dan Malaysia amnya tercalar, malah boleh hilang. Seperti yang dikatakan bijak pandai adat, “Dianjak layu dicabut mati.” Ada yang mempersoalkan Melayu tidak akan hilang jika adat mati. Memang benar secara raga (fizikal) dan darah daging Melayu tidak akan hilang, tetapi identiti, semangat dan jiwa yang bernama Melayu tetap akan mati. Orang Melayu boleh mamtikan adat yang diadatkan, adat yang teradat dan adat-istiadat dan identity dan jiwa Melayu tetap utuh, tetapi jika Melayu mematikan adat yang sebenar adat,  maka konsep “biar mati adat jangan mati anak” dalam landasaran berfikir orang Melayu akan menyebabkan apa apa yang kita kenal sebagai identiti  Melayu hari ini akan hilang digantikan dengan suatu “identity Melayu yang sama sekali baru dan serba serbi asing.”

Kemungkinan besar inilah yang dibayangkan pakar penyelidik Adat Perpatih di Negeri Sembilan itu apabila dia berkata, “Saya berani katalah perbilangan ‘jangan mati anak jangan mati adat’ sudah tidak boleh dipakai lagi sekarang.” Orang Melayu di Negeri Sembilan tidak lagi menjadikan sistem Adat Perpatih sebagai agen pengatur kehidupan sehari-hari masyarakatnya. Malah adat itu sendiri telah dimatikan. Tidak ada lagi institusi undang, lembaga dan buapak. Lebih parah lagi pembesar adat, terutama yang bertingkah menyalahi adat dan  yang selama ini mendapat rezeki melalui kedudukannya di sisi adat  akan lonco dan uceh. Dia  kehilangan segala-galanya.

3 Jun 2005

Gambar yang dicadangkan:
1.   Datuk Onn Jaafar
2.   Istana Pagarruyung
3.   Orang Melayu berpakaian Melayu
4.   Makan beradat seperti dalam majlis nikah kahwin atau majlis keraiaan.
5.   Orang kahwin




 



Monday 25 January 2016

TOKOH BISNES CGDG 71350 : MOHAMAD FAIZ ABD. HAMID DARI ULU GADONG

Mesyuarat JK Penrbitan kali kedua di Homestay Kak Salbiah di Batang Nyamor yang diadakan pada 9 Januari 2016 yang lalu. Antara yang diputuskan mengenal pasti tokoh pelbagai bidang yang menempa nama di CGDG. Antara nama yang dipilih ialah Tokoh Bisnes Mohamad Faiz Abd. Hamid.


JK Penerbitan 9 Janari 206 antara lain membincangkan secara terperinci kandungan buku CGDG 71350

Pertemuan tidak rasmi pertama kali diadakan di Kedai Puan Mariam Nordin di Ulu Gadong. Lima tunggak utama  anak cucu CGDG mengadakan sesi sumbang saran (brainstorming)  mengenai program jangka panjang CGDG. 



MOHAMAD FAIZ BIN AB. HAMID


Nama
Mohamed Faiz bin Abdul Hamid
Tarikh Lahir
19 Januari 1940
Kampung Asal
Kg. Ulu Gadong, Rembau, Negeri sembilan
Keturunan
Anak Waris
Ibu
Tiana binti Yunus berasal dari Kampung Ulu Gadong
Bapa
Abdul Hamid bin  Idrus berasal dari Kampung Mungkal seorang Guru kelulusan dari Maktab Guru Tanjung Malim, Perak berkhidmatan sehingga akhir hayat pada tahun 1955
Pengajian
  1. Sekolah Rendah Kebangsaan Kota
  2. Tengku Besar Scholl Tampin hingga 1959 (SMC )
Pengajian Tinggi
  1. Technical College Kuala Lumpur ( Sekarang Universiti Teknoloji Malaysia) hanya satu-satu tempat pengajian Tinggi di Malaysia, Pengajian di biayai oleh Kerajaan Persekutuan
Tahun Kedua Meneruskan Pelajaran di College of Estate Management di biayai Kerajaan Negeri Sembilan
1968 balik di Malaysia dengan kelulusan di iktiraf oleh Kerajaan  iaitu ARICS( Associate Royal Institution of Chartered Surveyors)
Diterima menjadi Ahli Institution of Surveyors Malaysia
( Bekerja  di syarikat persendirian kerana saya tidak berjaya dapat sijil kelulusan akhir di England biasiswa di tarik balik) Menyambung pelajar secara persendirian dan berjaya mendapat sijil
Setelah lulus dan mendapat Sijil Syarikat yang saya berkhidmat menawarkan saya sebagai ahli kongsi.

Pada masa itu Syarikat ini sahaja syarikat pertama Bumiputera. Sebelum ini hanya orang British dan bangsa lain yang ada mengurus Syarikat private untuk jurukur Bahan kelulusan FRICS (Englang)(Malaysia)
Syarikat
Yong dan Mohamad Faiz Sdn. Bhd, (1968)
Sementara berkhidmat sebagai Juruukur Bahan saya telah di pelawa menjadi Pengarah Public Listed Companies
-          Press Metal Berhad ( syarikat mengendalikan bahan bangunan dan Aluminium)
-          Press Metal Technology Berhad
Anak Syarikat Press Metal Berhad yang mengendalikan khidmat mengunakan bahan bangunan dari Aluminium
-          Combined Consultants Sdn. Bhd.
Syarikat  sendirian untuk kegiatan bangunan
-          Micasa Corporation Pty Ltd.
Syarikat  sendirian untuk kegiatan bangunan di Australia
Syarikat ini kepunyaan saya berkongsi dengan seorang rakan dari Kuala Lumpur sejak 1976 ditubuhkan untuk berpeluang memajukan tanah yang kita perolehi dengan mengunakan pendapatan dari Syarikat berkongsi denga Yong dan Mohamad Faiz Sdn. Bhd. di Australia. Pendapatan dari Syarikat masih dinikmati oleh saya dengan rakan kongsi melalui kepunyaan Tanah yang di miliki  dari masa kesemasa.
Pandangan Peribadi saya dan  pengalaman
 Pendapat saya setelah lama mengunjungi negeri Australia dan new Zealand lebih kurang tiga / empat lagi setahun ada banyak peluang hidup mewah kerna luas Negara itu besar dan penduduk kurang. Itu sebab banyak Negara-negara dalam dunia ini ada warganegaranya bermaustautin di sana. Orang Malaysia ramai yang pindak sejak sebelum merdeka lagi. Pada kali saya menziarahi Perth untuk bermain golf yang di uruskan oleh Lake club KL, selepas bermain saya pergi minum dan ditegur oleh seorang pekerja. Dia bertanya  asal kami dan apabila mejawab dari Malaysia. Dia tersenyum dan menjawap dia dari Melaka. Ini bermakna orang-orang kita telah ke sana dan bekerja dengan aman. Dia tidak tahu lagi bercakap Melayu kerana lama bermaustautin. Mereka datang untuk menyelam permata ikan Laut. Di Afrika Selatan saya berjumpa  saorang berasal dari Penang dan datang semasa Pentadbiran British di Malaya datang untuk menam getah dan sawit.
Negara-Negara yang telah di lawati
England/Scotland/Ireland semasa belajar
Europe/ France/Germany/Switzerland/Italy/Turkey/Greece
Arab Saudi/Eygpt (negera yang di ziarahi oleh ramai orang dari pelusok dunia menyusuri Sungai Nil  dari Mesir  ke Niagara Fall yang memakan masa 2/3 hari )/ Morocco/ South Africa
America Utara/Canada
China (Sambil melakukan urusan kerja Public Listed Co. – Press Metal Sdn. Bhd yang ada satu kilang seluas 100 ekar yang beratap
Saya terpaksa gunakan buggy untuk melihat kegiatan kilang. Kilang beroperasi di Pekan Koon Ming sebelah barat China. Kawasan ini  berpopulasi ramai china berugama Islam.Salah satu tempat dalam dunia di mana Islam berkembang.
Jepun
India/Pakistan
South East Asia Countries
Australia/New Zealand
Kecuali South America ( Insyallah kalau dapat ingin di lawati)

Kemajuan Mukim Gadong
Masa saya sekolah dulu ada tiga sekolah, sekolah kebangsaan Kota, Sekolah Kebangsaan Perempuan Kg. Tanjung dan Sekolah Anak Yatim, Ulu Gadong. Sekolah Secondary berada di Tampin dan di Rembau. Saya dan kawan-kawan lain lain kena naik bas tiap-tiap hari.Dalam tahun tujuh puluhan penduduk menanam padi di kawasan sawah m, memungut hasil dusun durian dan memotong getah untuk perbelanjaan harian tetapi sekarang kawasan sawah telah di tadbir oleh kerajaan untuk tanam kelapa sawit dan hasilnya di beri kepada tuan punya tanah. Ladang getah kebanyakan tidak dipelihara. Banyak juga terdapat rumah-rumah tinggal sekarang ini di sebabkan pewaris berkahwin luar darikampung. Harap tanah janganlah terbiar
Cadangan Pembangunan
Kalau dapat kerajaan dapat beri bantuan untuk buat jalan yang elok dan selamat ke Gunung Datuk dan ada tempat-tempat berehat selepas beberapa minit mendaki Gunung. Ada yang berharap kemudahan Cable car di adakan dari bawah ke atas gunung. Bila kemudahan ini ada ramai lagi pelancung dari luar dan dalam negeri akan datang.
Jalan ke Ulu pari dan Kendong harap dapat di teruskan ke jalan Besar Rembau/ Tampin supaya urusan harian  penduduk Gadong dapat direngankan .


KARYA KREATIF CGDG 71350 : DARI NEKAD KE SELENDANG SUTERA

Ketika suasana beginilah pengarang mendapat ilham mencipta cerpen Nekad yang kemudian ditukar judulnya menjadi Selendang Sutera.



Gunung Datuk sebahagian daripada Banjaran Titiwangsa 


NEKAD  ITU SELENDANG SUTERA

Aku melihat jam dinding pukul 3.00 pagi. Tanpa gosok gigi dan mandi aku mencapai begi kecilku yang sarat dengan pakaian dan melangkah ke pintu serambi. Aku melihat ayahku tidur di hujung serambi. Dia seperti kesejukan dengan badannya “mengekot” bagai udang galah baru dimasak. Sedih aku melihat ayahku tidur begitu dan seoraang diri ula. Biasanya ayahku tidur di kamar bersama ibu. Barangkali ayah terlalu mengantuk untuk ke kamar lalu tidur di serambi. Ayahku baru pulang dari Kuala Lumpur membawaku pulang bersama Uwan Saadan. Seminggu yang lalu aku lari dari rumah. Tidak sampai hatiku meninggalkan ayahku begitu. Dan sebentar lagi ayahku pasti akan bangun untuk makan sahur bersama ibu dan adik-adikku. Tetapi aku telah bertekad untuk memenangkan semula hati ayahku. Dan untuk itu aku perlu meninggalkan rumah dan kampong halaman.

Aku dapat membayangkan betapa ayahku akan marah apabila mendapat tahu sebahagian wang simpanan, hasil durian pada musim yang baru berlalu, telah aku gunakan. Hasil jualan durian itu telah ayah masukkan ke dalam akaun simpananku. Dan aku telah keluarkan $200 tanpa pengetahuan ayah. Dengan demikian, sebelum ayahku tahu aku perlu menggantikan semula wang itu. Aku telah menggunakan wang itu semasa mengikuti rombongan sekolah ke Pulau Pinang seminggu sebelum bulan puasa dahulu. Aku meninggalkan rumah menuju jalan besar kira-kira saatu kilometer (lebih kurang setengah batu) jauhnya. Aku akan menaiki bas menuju Kuala Lumpur semula dan kali ini aku akan meneruskan perjaanan menuju pantai timur. Aku membawa bersama Sijil rendah pelajaranku.

Sewaktu aku meninggalkan rumah minggu lalu, sijil itu kubawa juga. Hajat hati hendak mencari kerja sementara di musim cuti akhir tahun itu untuk mengembalikan semula wang ayahku.Ketika itu selama tiga hari berturut-turut aku mencari kerja dengan mengayuh basikal, milik sepupuku, seorang anggota tentera berpangkat Sarjan yang tinggal di berek depoh di Malaya Command Jalan Gurney. Sepupuku anak-beranak pulang kampong sewaktu aku menyelinap masuk ke dalam rumahnya dengan memanjat tembok dapur dan tanpa pengetahuannya.

Pada masa seminggu itu, aku menemui pengurus beberapa panggug wayang di Kuala Lumpur, antaranya panggung wayang Cathay, Federal dan Capitol. Rasanya panggung wayang Rex juga aku pergi. Aku menemui mereka untuk memohon kerja sebagai pekerja panggung. Tetapi gagal. Aku juga menemui tauke restoran untuk menjadi pelyan atau tukang cuci pinggan. Namun tidak seorang pun mahu memberiku kerja. Alasan mereka aku terlalu muda. Badanku yang relative besar belum boleh menjamin aku diterima bekerja, kerana kad pengenalanku menunjukkan aku belum cukup umur[a1] . Semasa menunggu bas di jalan besar di Kampong Perah, aku teringatkan masa-masa gembiranya bersama rombongan ke Pulau Pinang. Itulah kali pertama aku ke Pulau Mutiara itu. Sepanjang perjalanan dalm bas menuju pulau itu aku dan kawan-kawan sekolahku menyanyi dan menari dalam bas.

Ada yang tanggalkan baju kerana kepanasan dan ada yang basah kuyup oleh keringat. Sepanjang malam ramai yang tidak tidur kerana kesukaan. (Bas yang membawa rombongan adalah bas Southern yang bernombor plat N 4050). Turut dalam rombongan seorng primadona sekolah, rakan sekelasku. (Namanya terpaksa dirahsiakan bimbang sensitif- afy). Kawan wanita sekelasku ini sungguh ayu dan tak seorang pun akan jemu memandangnya. Mukanya bujur sirih dan kulitnya putih melepak. Ramai juga pelajar senior yang cuba mendekatainya namun dia pandai jaga diri. Adalah dua orang pelajar lelki yang si dia ini berasa senang berdmpingan, dan kalau aku tak perasan, aku salah seorang daripada dua pelajar itu. Semasa berada di Pulau Pinang, aku mahu berdampingan lebih rapat lagi dengannya. Aku meminta bantuan sepupuku yang turut sama dalam rombongan (nama juga dirahsiakan bimbang sensitif). Sepupuku ini begitu intim dengan si dia.Di Kebum Binatang (Botanical Garden) aku menghampiri mereka berdua yang kebetulan sedang asyik berbual di satu bangku.

Aku menyapa mereka. Si dia menjelingku hingga membuatkanku jadi tak keruan. Darahku berderau dan jantungku berdegup kencang.Aku dipersilakan duduk dan kami pun berbual panjang. Dan kami juga ketawa memanjang apabila ada cerita yang kami anggap kelakar.

Tidak ramai orang di persekitaran tempat kami duduk itu. Barangkali anggota rombongan yang lain serta pengunjung taman tengah asyik dengan kera dan monyet serta melihat pohon-pohon tua yang masih lagi utuh dibelai dan dijaga rapi. “Kau tak nak kasi hadiah ke kepada orang sebelah ini? Hari ini hari jadinya,” ujar sepupuku. “Yang ke berapa” Ke 17 atau 71?” gurauku. “Jangan nak mengada,” kata si dia. “Tengok orang ya!” Lama juga kami bertiga di tempat itu sehingga Miss Loo Kim Leng (salah seorang guru pengawas rombongan memanggil kami. Aku memikir-mikirkan sesuatu. Inilah masanya untuk aku ingin buktikan yang dia tertarik denganku. Dan inilah juga masanya aku akan mendahului pesaing-pesaing yang lain untuk menambat hatinya.

Petang itu juga aku bersama seorang kawan baikku, ke kedai pakaian. Aku memilih selendang sutera dan satu set sapu tangan untuk si dia. Sebelum itu aku mengeluarkan wang simpananku di pejabat pos. Sepupuku berasa hairan dari mana aku dapat wang untuk membeli hadiah untuk si dia. Sepupuku itu tahu benar ayahku cuma membekalkan aku dengan $50 untuk kunjungan itu. Sepupuku melihat aku “happy” sahaja nampaknya. “Kau curi duit kawan-kawan ke?”tanya sepupuku. “selisih malaikat,” jawabku. “Aku pun ada duit simpanan.” “Kau bukan tak tahu aku dapat biasiswa Federal setiap bulan,” ujarku lagi. Sememangnya aku terima wang biasiswa Persekutuan (Federal Scholarship) sebanyak $45 sebulan sejak Form 1 lagi. Sepupuku tak banyak tanya lagi selepas itu tetapi sepupuku tetap kurang yakin. Si dia menerima hadiah dariku dengan senyuman melirik.

Matanya lekat menerjah mataku sehingga debar jantungku kembali kencang. Aku bagaikan berada di mahligai syahdu dan rasanya aku benar-benar tengah mabuk cinta. Aku tak sedar bahawa bas pertama pagi itu dari Tampin telah sampai di tempatku menunggu di Kampong Perah. Serta-merta ingatanku kepada peristiwa di Pulau Pinang itu hilang semasa aku bergegas menaiki bas. Hari sudah tinggi benar apabila aku sampai di Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur aku menaiki bas ke Kuantan pula.

Sungguhun aku belum mempunyai tujuan yang pasti tetapi aku teringatkan bapa saudaraku yang bekerja di Bandar itu. Walauun aku tiak ada alamatnya namun aku nekad mencarinya, paling-paling aku dapat menumpang beberapa hari dalam usahanya mendapatkan pekerjaan. Aku mengerti bahawa bapa saudaraku sekeluarga akan pulang kampong beraya. Aku berharap dapat berhari raya di kampong sebaik sahaja aku dapat mengembalikan semula wang ayahku yang telah dipakai itu. Di Kuantan, senja mula menyelubungi suasana. Bandar Kuantan aku jejaki buat pertama kalinya. Aku langsung mencari masjid yang rupanya berdekatan dengan stadium. Dalam keadaan begitu aku ingin menemui Tuhan. Pun waktu berbuka puasa hampir tiba. Aku hanya berbuka puasa dengan air paip dan nasi bugkus yang kubeli daripada warong behampiran.

Selesai solat Maghrib aku memikirkn Hari Raya yang bakal tiba. Apakah mungkin aku Berjaya mendapatkan wang sebelum hari raya? Apakah ayahku akan merestui perbuatanku ini? Atau ayahku akan menempelakku. Aku tahu benar perangai ayahku seorang yang pebengis kepada anak-anaknya. Aku ingin mencari petunjuk. Dalam waktu yang bersamaan wajah si dia terbayang di depan mataku. Ayunya dia. Kerapkali, selepas sekolah, aku akan mengiringinya pulang bersama teman-teman yang lain yang akrab dan sekelas denganku. Kadang-kadang turut juga sepupu perempuanku dan kawan-kawan wanita sekelas yang lain. Rumah orang tua si dia ini tidak berapa jauh dari sekolah dan dalam perjalanan pula ke Stesen bas Tampin-Seremban. Sesekali tangan kami bersentuhan dan ketika bersentuhan si dia menjelingkan matanya kepadaku dan diiuti senyuman yang hampir menghilangkan separuh imanku. Bagiku, ketika itu inilah wanita jatung hatinya, dan aku seperti berikrar akan bersamanya selagi hayat di kandung badan. Begitulah nekadnya aku meletakkan cintaku. Pernah juga aku berkirim surat melalui sepupuku.

Tetapi jarang aku lakukan kerana hampir setiap hari aku melihatnya di sekolah. Suratku dibalasnya, juga melalui sepupuku. Semakin lama semakin dekat wajah si dia di hatiku, sehingga kaang-kaang aku lupa di mana aku berada – di dalam kelas, di stesen bas atau di rumah. Begitu taksub rasanya aku terpaut kepadanya. Aku melihat sekeliling. Aku berusaha meyakinkan diriku sedang berada di sebuah Bandar yang begitu asing bagiku. Ada risikonya. Malam semakin larut dan aku tidak punya piihan kecuali tidur di masjid. Aku beruntung kerana ada ramai tamu yang tak diundang di majid malam itu. Ada yang datang dari Kota Bahru dan Kuala Terengganu untuk tumpang tidur. Tiba-tiba belum pun sempat aku melelapkan mata, aku terasa ada orang sedang menghimpitku dan satu benda keras lagi tajam menyucuk belakangku. “Jangan bersuara,”

Aku terdengar suara seorang lelaki sedang berbisik sesuatu kepadaku. Aku mendiamkan diri. Cemas.Aku menggigil ketakutan. Sekonyong-konyong aku terasa satu tangan menyelok saku seluarku. Dompet dan buku akaun simpananku diambil dan sebentar sahaja orang itu menghilangkan diri dalam gelap. Aku tergamam dan tak terkata. Peluk sejuk mulai mengalir di bahagian belakang badanku. Sepanjang malam aku tak dapat tidur, memikirkan apa yang perlu aku lakukan esok dan hari-hari beikutnya. Wangku sebanyak $30 telah lesap bersama dompet dn buku akaun simpananku. Turut hilang kad pengenalan dan secebis kertas yang tertulis alamat rumahku. Sepanjang malam aku bersandar di tiang veranda masjid, hanya memerhatikan orang lain tidur dengan nyenyak di sekelilingnya. Esoknya, sepanjang hari aku mencari rumah bapa saudaraku itu. Aku bertanya ke sana ke mari, namun gagal menemuinya. Ada yang bilang bapa saudaraku telah pindah ke Kuala lumpur.

Ada yang kata dia sudah meninggal dunia, malah ada pula yang kata tak pernah kenal orangnya. Senja datang lagi apabila aku pulang semula ke masjid. Aku bukan sahaja keletihan tetapi sudah mula berasa takut. Senja itu aku hanya berbuka dengan air paip lagi dan kali ini makan sebuku roti kelapa. “Hari Raya,” fikirku, “mahu pulang? Bagaimana kata ayahku nanti?” Aku bermalam sekali lgi di masjid itu. AKu tidak apat meramalkan apa akan terjadi kepada diriku malam itu lagi kerana sekali lagi aku akan tidur bersama-sama orang-orang musafir. Serta-merta itu juga aku rindukan keluargaku di kampong.

Aku teringatkan kawan-kawan sekolahku. Mereka mungkin bersama-sama dengan keluarga sambil menikmati juadah berbuka. Air jernih mula keluar di kelopak mataku.Kata-kata terakhir ayahku semasa membawaku pulang beberapa hari lalu menerpa –nerpa datang dan pergi dalam kepalaku. Aku tahu dalam bengisnya ayahku tetap menyayangiku. Aku menyedapkan diri dengan berkata dalam hati bahawa ayahku tidak akan marah aku menggunakan wang itu. Ayahku cuma mahu aku berterus terang. Apa sahaja masalah boleh dibincangkan. Aku teringatkan kata-kata ayah, “duit boleh cari.” Ketika itu juga aku mahu sahaja menangis sekuat-kuat hatiku. Namun hanya sedu-sedan mengiringku dalam gelap malam itu. “Pulanglah,” kata hatiku, “Ingatlah ayah, ibu dan aik-adikmu.”

Namun aku memperkuat tekadku untuk mencari wang menggantikan wang ayahku. Banyak itu. $200. Namun aku tidak tahu caranya atau di mana. Setiap kali aku melamar pekerjaan setiap kali itu pula lamaranku ditolak dengan alasan aku masih bawah umur dan sijilku terlalu rendah. Dalam keadaan begitu aku hanya dapt melayani perasaanku sendiri bersama nyanyian nyamuk yang kadang-kadang membingitkan telingaku sahaja. Entah bila aku terlena aku tidak pasti kerana apabila aku bangun suara azan sedng mengalun lunak memecah subuh sunyi. Aku bangun dan mengambil wuduk. Aku memhon petunjuk daripadaNya. Setelah sembahyang Subuh aku terasa ingin menemui Imam masjid dan dengan penuh khusyuk dan tawaduk aku menyerahkan nasibku kepada Imam yang kemudian membawaku pulang ke rumahnya. “Kamu puasa?” tanya Imam setibanya kami di rumahnya. “Ya, Tuan Haji,” jawabku. “Tak sahur malam tai?” “Tidak.” “Boleh tahan ke sampai petang?” “Insya –Allah, Tuan Haji.”

Imam kemudian mengangkat telefon dan cuba menghubungi Balai Polis Kota yang terletak berhampirn rumahku. “Tak mengapa. Polis Kota akan menghubungi ayah kamu untuk memberitahu yang kamu selamat di sini. Pergi mandi dahulu dan nanti saya akan hantar kamu ke stesen bas.” “Tapi saya tak ada duit, Tuan Haji!” “Tak usah fikirkan. Yang penting cuba fikirkan perasaan ayah yang mungkin siang malam berdoa akan keselamatan kamu. Pulanglah,

Insya-Allah kamu akan selamat. Minta ampun pada ayah di bulan Ramadhan ini. Raya pun tak lama lagi. Hari yang baik untuk kamu minta ampun pada ayah dan ibu. Sekolah jangan abaikan. Kata kamu kamu ada hanya tinggal setahun lagi nak selesai. Ingatkan ayah dan ibu. Sebengis-bengis ayah, sayangnya kepada kamu dan anak-anak jangan kita lupakan. Jangan terlalu ikutkan hati,” katanya. Aku mengucup tangannya sebelum menaiki bas menuju Kuala Lumpur. Tiba-tiba aku betul-betul rindu kepada ayahku, ibuku dan adik-adik semua. Dn lebih pada itu wajah si dia tetap berbayang di depan mataku!

(NB: Tajuk asal cerpen karangan A.F.Yassin ini ialah "Nekad" tetapi telah diedit oleh Editor majalah URTV yang menyiarkan cerpen ini kepada tajuk “Selendang Sutera Untuk …. Nama watak digantikan dengan orang pertama, kedua dan ketiga untuk melindungi nama sebenar. Cerpen ini didasarkan kepada cerita benar. Kisah berlaku sekitar awal tahun 1960-an. Cerpen ini telah disiarkan pada 1-15 Januari 1999.)



ULAMA MUKIM GADONG: TUAN HJ HARON HJ LASIM

Badariah Hj. Haron, anak Tuan Hj. Haron Lasim tiba menghadiri kenduri di rumah Kak Salbiah di Kg. Batang Nyamor beberapa tahun yang lalu


PROFIL TUAN HJ. HARON HJ. LASIM

1.     Tarikh dan tempat lahir.

a.      Pada 17 September 1919  lahirlah seorang putera kepada pasangan  suami isteri Hj Lasim bin Abas dan Hjh Ibah binti Mohd Yatim. Putera ini merupakan cahaya mata yang ke tiga dari empat orang ahli keluargapasangan ini. Anak itu dinamakan Harun bin Lasim, mengambil sempena nama Khalifah Harun al-Rashid
b.      Hj Lasim bin Abas merupakan seorang guru, tiada rekod bila beliau meninggal dunia sementara isteri beliau merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Mereka menetap di Kampung Mungkal, di sebuah rumah limas yang sederhana. Hidup mereka sederhana dan serba cukup. Hjh Ibah kembali ke Rahmatullah pada 15hb Februari 1985

2.     Salasilah
a.      Haji Harun bin Haji Lasim, dikenali sebagai Ustaz Haji Harun atau lebih dikenali sebagai Pak Long oleh masyarakat setempat, dilahirkan dikalangan keluarga yang sederhana. Bapa beliau Haji Lasim, keturunan Seberang Paya, manakala ibunya, Hajah Ibah, berketurunan suku Mungkal, seorang suri rumah sepenuh masa
b.      Pada umur 21 tahun, Ustaz Haji Harun mendirikan rumahtangga dengan Shariah binti Daud, ketika itu berumor 21 tahun, berketurunanBiduanda Waris, berasal dari keluarga yang sangat berpegang teguh pada adat perpatih. Bapa mertua,  Hj Daud bin Lansah berasal dari keturunan suku Tanah Datar,dan ibu mertua, Halimah binti Kulup bersuku Biduanda Waris
c.       Hajah Halimah meninggal pada usia yang agak lanjut 102 tahun, ini merupakan rekod wanita tertua di gadong ketika itu. Rahsia lanjut usia yang beliau kongsikan ialah, memakan banyak ulam ulaman dan air herba-herba tempatan sebagai ubat. Beilau juga dikenali sebagai pakar pencari akar kayu untuk dijadikan herba.

3.     Pendidikan rendah
a.      Memulakan pendidikan awal nya di Sekolah umum Kota sehingga darjah 5 pada tahun1932, beliau merupakan murid yang pintar, selalu mendapat keputusan yang cemerlangdi dalam kelas, dan menjadi sumber rujukan kepada sahabat-sahabat yang lain, setiap kali peperiksaan. Beliau lulus cemerlang dan tidak pernah terkandas dalam peperiksaan kenaikkan darjah.

4.      Pendidkan Menengah dan Tinggi
a.      Selepas menamatkan pendidikan asas disekolah umum Kota, beliau dihantar ke sekolah pondok di Pasir Tumboh Kelantan, untuk menimba ilmu agama. Beliau meneruskan pengajiannya disana sehingga berumur 14 tahun
b.      Selepas lulus sekolah pondok, ayahanda beliau merasakan ilmu agama Ustaz Haji Harun masih belum mencukupi untuk beliau menjadi ulama, sebagai pendidik juga beliau mahukan anak nya berpelajaran, mudah-mudahan satu hari nanti akan menjadi guru.Ayahanda beliau terus mengintai peluang untuk menghantar anaknya ke Tanah Suci. Kebetulan pada masa itu ada beberapa orang dari mukim Gadong ini akan ke tanah suci untuk menunaikan haji, beliau ditumpangkan bersama.
c.       Pada usia 14 tahun beliau ketanah suci dengan beberapa anak kenalan Haji Lasim dari Malaysia.
d.    Ustaz Haji Harun menuntut disana selama lebih kurang setahun. Akibat dari meletusnya Perang Dunia kedua, beliau dipanggil pulang ke Malaya  oleh ayahandanya atas sebab-sebab keselamatan. Sekembalinya beliau dari tanah suci, beliau dihantar pula ke Maa’had Gunong Semanggol, Perak untuk meneruskan pengajiannya, sehingga memperolehi 4 thanawi.
5.    Zaman bujang
a.      Banyak menghabiskan zaman bujangnya dengan menuntut ilmu. Beliau tidak mempunyai ramai sahabat kerana beliau banyak mengisi masa dengan perkara perkara bermanafaat dan tidak suka menghabiskan masanya dengan sia-sia
6.     Keluarga
a.      Berkahwin pada usia 21 tahun dengan Shariah Binti Daud, gadis pilihan orang tuanya, Hajah Shariah walaupun anak tunggal dia dilimpahi rezeki oleh Allah dengan dikurniakan 17 orang anak, (12 lelaki dan 5 perempuan).  4 daripadanya meninggal dunia diusia kanak-kanak dan 13 orang (8 lelaki dan 5 perempuan) masih hidup hinga ke hari ini, yang tua sekali(perempuan) berusia 72 tahun manakala yang bongsu berusia 42 tahun. Sehingga kini  keturunan dari ahli keluarga Haji Harun dan Hajah Shariah atau dikenali sebagai dHaruns sehingga jenerasi ke3 ialah seramai 125 orang.
b.      Sebagai ketua keluarga, Ustaz Haji Harun seorang ayah yang mementingkan disiplin terhadap anak-anaknya.  Berkat doa, ketabahan dan izin Allah SWT, anak-anak beliau berjaya dalam pelajaran dan kerjaya,8 daripada anaknya berjaya ke menara gading termasuk 3 darinya berjaya melanjutkan pelajaran ke luar Negara.
c.       Mereka pernah dan masih memegang jawatan penting dalam negara antaranya   pegawai tinggi bank, pegawai kerajaan, pengurus besar, pendidik hingga lah ke jurutera kanan dan masing masing berjaya dalam kerjaya yang diceburi.. 
d.      Generasi kedua keluarga Haji Harun lebih besar dan lebih berjaya dalam kerjaya masing masing. Ada diantaranya yang bergelar Doktor Pakar, Usahawan Berjaya, Pegawai tinggi kerajaan, Pendidik di pusat pengajian tinggi hingga lah ke Jurutera. Keluarga Haji Harun pun juga melahirkan usahawan yang Berjaya, antaranya Pengarah dan Pemilik Syarikat Umrah yang tersohor di Malaysia – Andalusia Travel & Tours Sdn Berhad, Puan Ida Riswana binti Idris
7.     Alam Pekerjaan
a.      Beliau memulakan kerjayanya sebagai guru polis (AC) di Kendong  pada 1953 sebelum diserapkan ke Jawatan Guru Polis di Balai Polis Port Dickson pada tahun 1954. Dari rekod surat resmi perletakkan jawatan yang kami simpan, beliau meletakkan jawatan dari Jabatan Polis pada 15 hb April 1959 kerana mendapat tawaran Guru Agama di Sekolah Ugama  Rakyat. Beliau ditugaskam mengajar di Chuah, Port Dickson. Diwaktu itu beliau telah berumah tangga, oleh kerana kesukaran berulang alik untuk menguruskan anak-anak yang masih kecil beliau memohon untuk bertugas di Sekolah Ugama Menegah Rendah Ulu Gadong yang sekarang di kenali Sekolah Ugama Tuan Hj Mohd Yatim. Permohonan beliau akhirnya berjaya dan beliau berpindah ke untuk mengajar bersama-sama rakan-rakan guru yang lain, seperti Ustaz Anuar, Ustaz Ahmad Serol dan Tuan Hj Mohd Yatim.
b.      Selain dari Sekolah Agama Ulu Gadong,  beliau pernah juga ditugaskan mengajar di Sekolah Ugama Menengah Rendah Gemenceh dan mengambil tugas yang lebih mencabar, dimana beliau diamanahkan untukmengajar bahasa Arab untuk pelajar 4 thanawi. Selang beberapa tahun di Gemencheh, beliau kembali semula ke Sekolah Agama Ulu Gadong untuk menggalas tanggung jawab sebagai Guru Besar.
c.       Beliau menamatkan kerjaya  beliau sebagai Guru Besar pada tahun1974

8.     Tugas guru tahmir dan imam (khidmat masyarakat)
a.      Pada Ustaz Haji Harun, persaraan bukan bermakna rehat, aktiviti beliau lebih banyak, beliau makin aktif membimbing Jemaah disekitar mukim Gadong yang dahagakan ilmu agama.
b.      Beliau meneruskan tugasnya sebagaiGuru Tahmir, Imam Masjid Seberang Paya, Amil Zakat, AJK Asrama Anak Yatim dan juga Juru Nikah. Beliau pernah mengatakan bahawa beliau akan terus memberi perkhidmatan dan menyampaikan ilmu agama disurau dan masjid selagi khidmat beliau diperlukan.
c.       Sebelum memiliki motosikal, beliau mengayuh basikal ke suraudan masjid untuk menyampaikan ilmu agama, manakala untuk kawasan yang agak jauh, beliau akan dibawa dengan kereta oleh rakan rakan yang inginkan beliau mengajar di kawasan mereka.
d.      Beliau juga pernah mengajar kelas dewasa anjuran kerajaan, untuk mengajar warga-warga emas yang buta huruf.
e.      Sebagai seorang imam, beliau sangat dihormati dan disenangi oleh masyarakat sekeliling. Wataknya yang tidak suka berbual kosong di warung-warung kopi, suka memberi nasihat dan membantu golongan masyarakat yang memerlukan, disamping banyak membantu jemaah masjid nya menambah ilmu agama, sebagai contoh dengan mengadakan sessi pembelajaran di rumah,persediaan haji untuk jemaah yang hendak ke Mekah,kelas Fardhu Ain di surau, kelas mengajiquran dan lain-lain. Beliau juga pernah ditawarkan untuk jawatan Kadhi, beliau menolak kerana tanggung jawapnya terlalu berat
9.     Falsafah hidup.
a.      Falsafah keluarga yang diamalkan oleh Ustaz Haji Harun ialah “…..kita orang susah, tiada saudara mara yang akan membantu  oleh itu, cari lah ilmu belajar lah bersungguh-sungguh supaya berjaya dan jangan tinggal ibadat kita kepada Allah walau di mana jua kita berada. Antara pesanan yang selalu di ulang-ulang kepada anak-anak supaya tidak kecewa apabila menghadapi masaalah ialah….”Di tahap mana kita berada, jangan menenguk ke atas, ini akan membuatkan kita tidak akan puas hati tenguk lah orang di bawah dan dengan ini akan membuatkan kita lebih bersyukur”…..setelah kami dewasa baharu lah kami paham, pesanan ayahanda  ini ialah petikan dari hadis Rasullah.
b.      Juga Ayahanda berkali-kali berpesan elakkan dari berhutang, melainkan nyata cara pembayaran, ini akan menjerumuskan kita mewarisi kepapaan. Sepengetahuan kami Ayahanda memang tidak pernah berhutang.
10.                        Mengakhiri kehidupannya
a.      Di akhir hayatnya, kesihatannya tidak lah berapa mantap lagi, beliau kerap kerulang alik ke hospital di Melaka untuk mendapat rawatan. Anak-anak menasihatkan beliau supaya melepaskan jawatan-jawatn pentingnya dan jangan  lagi mengajar. Beliau berkeras dan tetap bertikad untu menyampaikan ilmunya selagi diperlukan, kerana itu adalah kewajipan orang berilmu. Alhamdulillah hajat beliau tercapai beliau meninggal dunia hanya beberapa hari selepas kuliah terakhirnya di berikan.
b.      Tuan Hj Harun meninggal dunia pad 24 April 1999 pada usia 80 tahun, selepas berwudhu’ untuk solat isya’ dirumah anaknya yang tua di Bukit Serindit Melaka, selepas mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Melaka, beliau dikembumikan di Tanah Perkuburan Gadong disebelah rakan karibnya Tuan Hj Abas. Kebetulan sebelum meninggal beliau pernah membayangkan jika meninggal beliau mahu dikuburkan di sebelah kubor Tuan Hj Abas. Alhamdulillah memang ketentuan Ilahi tapak itu masih kosong.
11.                        Jasa mu dikenang
a.      Tidak anugerah berprestij yang nak kami sekeluarga tonjolkan, yang penting bagi kami anak-anak ialah anugerah ilmu dandidikan dunia dan akhirat yang kami warisi darinya, alhamdulillah kami sekeluarga berjaya dalam hidup,dari keluarga yang tiada apa-apa yang nak dibanggakan kepada keluarga yang berjaya dan boleh bersaing dengan keluarga elit dari Mukim Gadong ini.
b.      Mengakhiri coretan, renungkan catatan imam ghazali ini,
Menuntut ilmu adalah taqwa
Menyampai ilmu adalah ibadat
Mengulang-ulang ilmu adalah zikir
Mencari ilmu adalah jihad