Monday 25 January 2016

ULAMA MUKIM GADONG: TUAN HJ HARON HJ LASIM

Badariah Hj. Haron, anak Tuan Hj. Haron Lasim tiba menghadiri kenduri di rumah Kak Salbiah di Kg. Batang Nyamor beberapa tahun yang lalu


PROFIL TUAN HJ. HARON HJ. LASIM

1.     Tarikh dan tempat lahir.

a.      Pada 17 September 1919  lahirlah seorang putera kepada pasangan  suami isteri Hj Lasim bin Abas dan Hjh Ibah binti Mohd Yatim. Putera ini merupakan cahaya mata yang ke tiga dari empat orang ahli keluargapasangan ini. Anak itu dinamakan Harun bin Lasim, mengambil sempena nama Khalifah Harun al-Rashid
b.      Hj Lasim bin Abas merupakan seorang guru, tiada rekod bila beliau meninggal dunia sementara isteri beliau merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Mereka menetap di Kampung Mungkal, di sebuah rumah limas yang sederhana. Hidup mereka sederhana dan serba cukup. Hjh Ibah kembali ke Rahmatullah pada 15hb Februari 1985

2.     Salasilah
a.      Haji Harun bin Haji Lasim, dikenali sebagai Ustaz Haji Harun atau lebih dikenali sebagai Pak Long oleh masyarakat setempat, dilahirkan dikalangan keluarga yang sederhana. Bapa beliau Haji Lasim, keturunan Seberang Paya, manakala ibunya, Hajah Ibah, berketurunan suku Mungkal, seorang suri rumah sepenuh masa
b.      Pada umur 21 tahun, Ustaz Haji Harun mendirikan rumahtangga dengan Shariah binti Daud, ketika itu berumor 21 tahun, berketurunanBiduanda Waris, berasal dari keluarga yang sangat berpegang teguh pada adat perpatih. Bapa mertua,  Hj Daud bin Lansah berasal dari keturunan suku Tanah Datar,dan ibu mertua, Halimah binti Kulup bersuku Biduanda Waris
c.       Hajah Halimah meninggal pada usia yang agak lanjut 102 tahun, ini merupakan rekod wanita tertua di gadong ketika itu. Rahsia lanjut usia yang beliau kongsikan ialah, memakan banyak ulam ulaman dan air herba-herba tempatan sebagai ubat. Beilau juga dikenali sebagai pakar pencari akar kayu untuk dijadikan herba.

3.     Pendidikan rendah
a.      Memulakan pendidikan awal nya di Sekolah umum Kota sehingga darjah 5 pada tahun1932, beliau merupakan murid yang pintar, selalu mendapat keputusan yang cemerlangdi dalam kelas, dan menjadi sumber rujukan kepada sahabat-sahabat yang lain, setiap kali peperiksaan. Beliau lulus cemerlang dan tidak pernah terkandas dalam peperiksaan kenaikkan darjah.

4.      Pendidkan Menengah dan Tinggi
a.      Selepas menamatkan pendidikan asas disekolah umum Kota, beliau dihantar ke sekolah pondok di Pasir Tumboh Kelantan, untuk menimba ilmu agama. Beliau meneruskan pengajiannya disana sehingga berumur 14 tahun
b.      Selepas lulus sekolah pondok, ayahanda beliau merasakan ilmu agama Ustaz Haji Harun masih belum mencukupi untuk beliau menjadi ulama, sebagai pendidik juga beliau mahukan anak nya berpelajaran, mudah-mudahan satu hari nanti akan menjadi guru.Ayahanda beliau terus mengintai peluang untuk menghantar anaknya ke Tanah Suci. Kebetulan pada masa itu ada beberapa orang dari mukim Gadong ini akan ke tanah suci untuk menunaikan haji, beliau ditumpangkan bersama.
c.       Pada usia 14 tahun beliau ketanah suci dengan beberapa anak kenalan Haji Lasim dari Malaysia.
d.    Ustaz Haji Harun menuntut disana selama lebih kurang setahun. Akibat dari meletusnya Perang Dunia kedua, beliau dipanggil pulang ke Malaya  oleh ayahandanya atas sebab-sebab keselamatan. Sekembalinya beliau dari tanah suci, beliau dihantar pula ke Maa’had Gunong Semanggol, Perak untuk meneruskan pengajiannya, sehingga memperolehi 4 thanawi.
5.    Zaman bujang
a.      Banyak menghabiskan zaman bujangnya dengan menuntut ilmu. Beliau tidak mempunyai ramai sahabat kerana beliau banyak mengisi masa dengan perkara perkara bermanafaat dan tidak suka menghabiskan masanya dengan sia-sia
6.     Keluarga
a.      Berkahwin pada usia 21 tahun dengan Shariah Binti Daud, gadis pilihan orang tuanya, Hajah Shariah walaupun anak tunggal dia dilimpahi rezeki oleh Allah dengan dikurniakan 17 orang anak, (12 lelaki dan 5 perempuan).  4 daripadanya meninggal dunia diusia kanak-kanak dan 13 orang (8 lelaki dan 5 perempuan) masih hidup hinga ke hari ini, yang tua sekali(perempuan) berusia 72 tahun manakala yang bongsu berusia 42 tahun. Sehingga kini  keturunan dari ahli keluarga Haji Harun dan Hajah Shariah atau dikenali sebagai dHaruns sehingga jenerasi ke3 ialah seramai 125 orang.
b.      Sebagai ketua keluarga, Ustaz Haji Harun seorang ayah yang mementingkan disiplin terhadap anak-anaknya.  Berkat doa, ketabahan dan izin Allah SWT, anak-anak beliau berjaya dalam pelajaran dan kerjaya,8 daripada anaknya berjaya ke menara gading termasuk 3 darinya berjaya melanjutkan pelajaran ke luar Negara.
c.       Mereka pernah dan masih memegang jawatan penting dalam negara antaranya   pegawai tinggi bank, pegawai kerajaan, pengurus besar, pendidik hingga lah ke jurutera kanan dan masing masing berjaya dalam kerjaya yang diceburi.. 
d.      Generasi kedua keluarga Haji Harun lebih besar dan lebih berjaya dalam kerjaya masing masing. Ada diantaranya yang bergelar Doktor Pakar, Usahawan Berjaya, Pegawai tinggi kerajaan, Pendidik di pusat pengajian tinggi hingga lah ke Jurutera. Keluarga Haji Harun pun juga melahirkan usahawan yang Berjaya, antaranya Pengarah dan Pemilik Syarikat Umrah yang tersohor di Malaysia – Andalusia Travel & Tours Sdn Berhad, Puan Ida Riswana binti Idris
7.     Alam Pekerjaan
a.      Beliau memulakan kerjayanya sebagai guru polis (AC) di Kendong  pada 1953 sebelum diserapkan ke Jawatan Guru Polis di Balai Polis Port Dickson pada tahun 1954. Dari rekod surat resmi perletakkan jawatan yang kami simpan, beliau meletakkan jawatan dari Jabatan Polis pada 15 hb April 1959 kerana mendapat tawaran Guru Agama di Sekolah Ugama  Rakyat. Beliau ditugaskam mengajar di Chuah, Port Dickson. Diwaktu itu beliau telah berumah tangga, oleh kerana kesukaran berulang alik untuk menguruskan anak-anak yang masih kecil beliau memohon untuk bertugas di Sekolah Ugama Menegah Rendah Ulu Gadong yang sekarang di kenali Sekolah Ugama Tuan Hj Mohd Yatim. Permohonan beliau akhirnya berjaya dan beliau berpindah ke untuk mengajar bersama-sama rakan-rakan guru yang lain, seperti Ustaz Anuar, Ustaz Ahmad Serol dan Tuan Hj Mohd Yatim.
b.      Selain dari Sekolah Agama Ulu Gadong,  beliau pernah juga ditugaskan mengajar di Sekolah Ugama Menengah Rendah Gemenceh dan mengambil tugas yang lebih mencabar, dimana beliau diamanahkan untukmengajar bahasa Arab untuk pelajar 4 thanawi. Selang beberapa tahun di Gemencheh, beliau kembali semula ke Sekolah Agama Ulu Gadong untuk menggalas tanggung jawab sebagai Guru Besar.
c.       Beliau menamatkan kerjaya  beliau sebagai Guru Besar pada tahun1974

8.     Tugas guru tahmir dan imam (khidmat masyarakat)
a.      Pada Ustaz Haji Harun, persaraan bukan bermakna rehat, aktiviti beliau lebih banyak, beliau makin aktif membimbing Jemaah disekitar mukim Gadong yang dahagakan ilmu agama.
b.      Beliau meneruskan tugasnya sebagaiGuru Tahmir, Imam Masjid Seberang Paya, Amil Zakat, AJK Asrama Anak Yatim dan juga Juru Nikah. Beliau pernah mengatakan bahawa beliau akan terus memberi perkhidmatan dan menyampaikan ilmu agama disurau dan masjid selagi khidmat beliau diperlukan.
c.       Sebelum memiliki motosikal, beliau mengayuh basikal ke suraudan masjid untuk menyampaikan ilmu agama, manakala untuk kawasan yang agak jauh, beliau akan dibawa dengan kereta oleh rakan rakan yang inginkan beliau mengajar di kawasan mereka.
d.      Beliau juga pernah mengajar kelas dewasa anjuran kerajaan, untuk mengajar warga-warga emas yang buta huruf.
e.      Sebagai seorang imam, beliau sangat dihormati dan disenangi oleh masyarakat sekeliling. Wataknya yang tidak suka berbual kosong di warung-warung kopi, suka memberi nasihat dan membantu golongan masyarakat yang memerlukan, disamping banyak membantu jemaah masjid nya menambah ilmu agama, sebagai contoh dengan mengadakan sessi pembelajaran di rumah,persediaan haji untuk jemaah yang hendak ke Mekah,kelas Fardhu Ain di surau, kelas mengajiquran dan lain-lain. Beliau juga pernah ditawarkan untuk jawatan Kadhi, beliau menolak kerana tanggung jawapnya terlalu berat
9.     Falsafah hidup.
a.      Falsafah keluarga yang diamalkan oleh Ustaz Haji Harun ialah “…..kita orang susah, tiada saudara mara yang akan membantu  oleh itu, cari lah ilmu belajar lah bersungguh-sungguh supaya berjaya dan jangan tinggal ibadat kita kepada Allah walau di mana jua kita berada. Antara pesanan yang selalu di ulang-ulang kepada anak-anak supaya tidak kecewa apabila menghadapi masaalah ialah….”Di tahap mana kita berada, jangan menenguk ke atas, ini akan membuatkan kita tidak akan puas hati tenguk lah orang di bawah dan dengan ini akan membuatkan kita lebih bersyukur”…..setelah kami dewasa baharu lah kami paham, pesanan ayahanda  ini ialah petikan dari hadis Rasullah.
b.      Juga Ayahanda berkali-kali berpesan elakkan dari berhutang, melainkan nyata cara pembayaran, ini akan menjerumuskan kita mewarisi kepapaan. Sepengetahuan kami Ayahanda memang tidak pernah berhutang.
10.                        Mengakhiri kehidupannya
a.      Di akhir hayatnya, kesihatannya tidak lah berapa mantap lagi, beliau kerap kerulang alik ke hospital di Melaka untuk mendapat rawatan. Anak-anak menasihatkan beliau supaya melepaskan jawatan-jawatn pentingnya dan jangan  lagi mengajar. Beliau berkeras dan tetap bertikad untu menyampaikan ilmunya selagi diperlukan, kerana itu adalah kewajipan orang berilmu. Alhamdulillah hajat beliau tercapai beliau meninggal dunia hanya beberapa hari selepas kuliah terakhirnya di berikan.
b.      Tuan Hj Harun meninggal dunia pad 24 April 1999 pada usia 80 tahun, selepas berwudhu’ untuk solat isya’ dirumah anaknya yang tua di Bukit Serindit Melaka, selepas mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Melaka, beliau dikembumikan di Tanah Perkuburan Gadong disebelah rakan karibnya Tuan Hj Abas. Kebetulan sebelum meninggal beliau pernah membayangkan jika meninggal beliau mahu dikuburkan di sebelah kubor Tuan Hj Abas. Alhamdulillah memang ketentuan Ilahi tapak itu masih kosong.
11.                        Jasa mu dikenang
a.      Tidak anugerah berprestij yang nak kami sekeluarga tonjolkan, yang penting bagi kami anak-anak ialah anugerah ilmu dandidikan dunia dan akhirat yang kami warisi darinya, alhamdulillah kami sekeluarga berjaya dalam hidup,dari keluarga yang tiada apa-apa yang nak dibanggakan kepada keluarga yang berjaya dan boleh bersaing dengan keluarga elit dari Mukim Gadong ini.
b.      Mengakhiri coretan, renungkan catatan imam ghazali ini,
Menuntut ilmu adalah taqwa
Menyampai ilmu adalah ibadat
Mengulang-ulang ilmu adalah zikir
Mencari ilmu adalah jihad

No comments:

Post a Comment