Tuesday 12 January 2016

PROFAIL PENGERUSI JK PENERBITAN CGDG 71350, DRS HJ. AHMAD FADZIL YASSIN GADONG


  

                   

LATAR DIRI (RESUME)      


Ahmad Fadzil Bin Haji Yassin, Drs.
Sarjana Sains Komunikasi (Publisistik), pengkhususan (major) dalam bidang kewartawanan dari Universitas Negeri Padjadjaran,

Bandung, Indonesia

 


 

LATAR  DIRI


NAMA LAIN DALAM BIDANG PENULISAN
A.F.Yassin, Fuad Hashim, Pena Kembara, B. Afizan dan AFY.

TARIKH DAN TEMPAT LAHIR:
25 Disember 1944, di Kampung Gadong, Kota, Negeri Sembilan.

ALAMAT KEDIAMAN:
Lot 1630, Jalan Gajah 9, Kg. Kubu Gajah, 47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan
HP: 012 2531896
Homepage/website/blog:     http://www.afyassin.blogspot.com
                                             http://www.afyassin.wordpress.com
                                             http://www.alongabe.blogspot.com
                                             http://www.waris-gadong.blogspot.com
                                             http://www.ahmadfadzil-yassin.blogspot.com
                                             http://www.faizal-fadzil.blogspot.com
                                             http://wwwdakabeblogpotcom.blogspot.com
                                             http://www.afyassin-fuadhashim.blogspot.com
                                             http://www.penakembara.blogspot.com

             afyassin1@gmail.com
             af56yassin@yahoo.co.uk

       
ALAMAT SURAT-MENYURAT:
No. 2, Lorong 6/32A, Blok 6, Indah Heights, Bandar Tasik Puteri, 48020 Rawang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
HP : 011 1067 7135



KERJAYA :

1963 (Januari - Oktober) : Guru Sementara, English Secondary School Astana Raja, Kota, Negeri Sembilan.

1963 (November) - 1971(April) : Penyelia Teknik (Technical Supervisor), Textile Corporation (M) Bhd, Johor Bahru.

1971 (November) – 1972 (Februari) : Wartawan  Berita Harian.

 1972 - 1979 : Pembantu Sastera di Dewan Bahasa dan Pustaka.

 1980 – 1983 (15 Februari) : Pegawai Penyelidik (Editor Dewan Masyarakat dan Dewan Budaya), Dewan Bahasa dan Pustaka.

1980 : Pensyarah Sambilan untuk kursus “Penulisan Rencana I”, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

1983 (Mac) – 1994 (Mac) : Pengarang Urusan merangkap Pengurus  Penerbitan, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

1994 (April) – 1998 (Ogos) : Pengarah Penerbitan, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Shah Alam.

1997 – 1998 : Tutor Jemputan . Jabatan Bahasa Melayu, Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk kursus “Penulisan Berita, Laporan dan Rencana”.

2001 -2002 : Pensyarah Jemputan, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah untuk kursus “Teknik Pra dan Pasca Penerbitan”.

1998 – 2002 : Konsultan dalam bidang penulisan dan penerbitan dengan Yayasan Warisan Johor; Johor Bahru.

2005 (Mei) – 2006 (Disember) : Pegawai Tugas-tugas Khas Kepada Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr. Firdaus Hj. Abdullah.

2006 – 2007  : Felo Tamu di Jabatan Penerbitan dan Percetakan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).dengan tugas mengkaji dan menulis buku Biografi Tun Abdul Ghafar Baba, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

2008 – 2009  :  Penyelidik  untuk buku Antara Raja dan Rakyat Berpisah Tiada, oleh YH Dato’ Halim Ibrahim, Dato’ Setia Amar Segara Pahang, Pahang Darul Makmur. Draf tulisan disiapkan pada Oktober 2009 atas nama Dato’ Halim Ibrahim, Dato’  Setia  Amar Segara dan diterbitkan oleh beliau sendiri pada 2010.

LATAR AKADEMIK


BIDANG KESARJANAAN
Ilmu Komunikasi, penulisan deskriptif dan kewartawanan, dengan fokus kepada etika dalam bidang kewartawanan.
Teori-teori akhbar (press), sejarah persuratkhabaran di Malaysia dan di Indonesia.


KURSUS YANG DIHADIRI


1969 (Mac - September) :  Advanced Technical Training Programme in Textile Technology, Unitika Co. Ltd., Nagoya, Jepun, selama enam bulan. 

1971 : Kursus Kewartawanan, South East Asia Press Centre, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

1983 : Book Publishing Course, Unwin Foundation Book House Training Centre, Oxford, United Kingdom.

1989 : Disciplinary Procedure  Course, Malaysian Employers Federation (MEF), Kuala Lumpur.

1994 : Publishing Management Course, Oxford University Press, Pan Pacific Glenmarie, Petaling Jaya. 


KHIDMAT KEPAKARAN


1989 - 1998 : Anggota Jawatankuasa Induk dan anggota Panel Hakim, Anugerah Buku Kebangsaan, Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia.

1989 - 2000 : Anggota Panel Penasihat, Kursus Diploma Kajian Sebaran Am (Penerbitan), Institiut Teknologi MARA, Shah Alam.

1994 : Anggota Panel Hakim Anugerah Penerbitan  Malaysian Book Publishers Association  (MABOPA), 1994.

1995 : Penulis Projek Ensaiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, untuk bidang Penerbitan, tentang Sejarah Oxford University Press/Penerbit Fajar Bakti.

1995 – 1996 : Anggota  Panel Penasihat untuk Kursus Bimbingan “UMUI” Persatuan Alumni Persatuan Pelajar-pelajar Perguruan Tinggi Indonesia (PAPTI).

1997 - 2006 : Anggota Panel Hakim Hadiah Sastera Utusan-Public Bank, Kumpulan Utusan Melayu.

1998 - 2000 : Anggota Panel Hakim Sayembara Cerpen Jabatan Perpaduan Negara, Kementerian Perpaduan Negara Dan Pembangunan Masyarakat.

1999 : Anggota Penilai Manuskrip/Buku untuk Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM Bangi.

1999 – 2000  : Rakan Penyelidik Program Jejak Bahasa DBP-TV3, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk penggambaran di lokasi Indonesia dan Malaysia.

2000 : Rakan Penyelidik Sejarah Lisan Pengembangan Bahasa Melayu, Bahagian Penyelidikan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

2008  : Penyelidik Pendokumentasian Perkembangan dan Kemajuan Bahasa Melayu Sempena 50 Tahun Kemerdekaan Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka.

2008  :  Penyelidik Bahan Pameran Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka.  

2008 -  *   Anggota Panel Hadiah Kewartawanan Malaysia Malaysian Press
                 Institute - PI-Petronas.
·         Anggota Panel Hakim Kenyalang Shell Media Awards, Sarawak.
·         Anggota Panel Hakim Kinabalu Shell Press Awards, Sabah.
·         Anggota Panel Hakim Anugerah Media Pengguna Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan.


KEGIATAN SASTERA-BUDAYA


1974 - 1976 : Penolong Setiausaha Persatuan Penulis Nasional (PENA).

1983 - 1985 : Ahli Jawatankuasa  Persatuan Alumni Perguruan Tinggi Indonesia (PAPTI).

1990 - 1991 : Ahli Jawatankuasa  Penyelidikan Budaya Negeri Sembilan.

1994 : Ahli Jawatankuasa  Kerja Anugerah Penerbitan Malaysian Book Publishers Association (MABOPA).

1994 - 1996 : Timbalan Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia, Kawasan Rembau yang di bawah naungan PSM Cawangan Negeri Sembilan.

1997- 2000 : Anggota Biro Hak Cipta GAPENA.

2013  : Pengerusi JK Penerbitan Grup TBSST, Tampin,  Negeri Sembilan.

2015  -  2016  :  Pengerusi JK Penerbitan Persatuan Cucu Gunung Datuk CGDG 71350, Rembau, Negeri Sembilan.  


SEMINAR/PERSIDANGAN PENERBITAN


1987 (21-23 April) : Pertemuan Editor III, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Holiday Inn City Centre, Kuala Lumpur, dengan kertas kerja “Penerbitan Buku Pengajian Tinggi, Masalah dan Strategi”.

1988 (28 Jun) : Projek Latihan III, anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Perak bersama Persidangan Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Negeri Perak, di Cameron Highlands, dengan kertas kerja “Perancangan dan Penilaian Dalam Penerbitan Bahan-Bahan Pendidikan – Satu Pengalaman”.

1988 (13 September) : One-day Publishing Seminar anjuran Oxford University Press East Asia Branch Headquarters, Kuala Lumpur, dengan kertas kerja “Trade Book Publishing: Policies and Performances”.

1990 (7 November) : Forum Minggu Sri Nuri, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, sebagai  Anggota Panel dengan mauduk “Bagaimana Merangsang Kanak-Kanak Membaca”.

1991 (23 Februari) : Seminar Industri Penerbitan di Malaysia, anjuran ITM Shah Alam, dengan kertas kerja “Prospek Industri Penerbitan Buku di Malaysia”.

1992 (Mei) : Publishing Management Conference, anjuran Oxford University Press and Penerbit Fajar Bakti, di Prapat, Medan, Indonesia, dengan kertas kerja bertajuk “Reaching the Trade Market for Book Publishing in Malaysia”.

1993 (12 -14 April) : Persidangan Editorial, anjuran Penerbit Fajar Bakti, di Air Keroh Melaka, 12 – 14 April 1993, dengan kertas kerja “Trade Books Versus Trade Markets: An Overview”.

1993 (15 -16 Mei) : Bengkel Penerbitan Majalah PENA, di Akademi Penulis, Kuala Lumpur, dengan kursus “Editing Majalah, Garis Panduan Untuk Editor”.

1993 (8 Jun) : Majlis Diskusi Sastera, Minggu Penulis Remaja, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, sebagai Anggota Panel dengan mauduk “Sastera Remaja: Cabaran Dan Masa Depan”.

1993 (10 -17 Julai) : Forum Minggu Sastera, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, sebagai Anggota Panel dengan mauduk “Hak Kewibawaan  Serta Etika Editor”.

1994 : Forum Minggu Penulis Remaja, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, sebagai Anggota Panel dengan mauduk “Penilaian Kritis Terhadap Novel Remaja”.

1994 (3 Disember) : Kuliah Umum, di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, dengan tajuk “Ekonomi Penerbitan Buku di Malaysia”.

1994 (20 Disember) : Musyawarah Bahagian Penterjemahan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Ming Court Hotel, Port Dickson, Negeri Sembilan1994, dengan kertas kerja "Penerbitan Berkualiti: Satu Pengalaman”.

1995 (March) : Publishing Management Conference, anjuran Oxford University Press and Penerbit Fajar Bakti, di Kuantan, Pahang, dengan kertas kerja “Expansion and Diversification in Book Publishing”.

1995 (12 -17 September) : Bengkel Penulisan Bahan Kurikulum (Amalan Pengajaran-pembelajaran), Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, di Air Keroh Melaka, dengan kertas kerja “Tugas dan Tanggung Jawab Penerbit Serta Peranannya Dalam Pemilihan Bahan Alat Bantu Untuk Diterbitkan Secara Komersial”.

1996 (15 -17 Januari) : Bengkel Penulisan anjuran PENA dan Persatuan Penterjemah Malaysia, di Akademi Penulis, Kuala Lumpur, dengan kertas kerja “Penyuntingan Naskhah/Manuskrip”.

1996 (24 Ogos) : Simposium Hak Cipta dan Penerbitan Kebangsaan, anjuran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia  dan GAPENA, di Bilik Melaka, PWTC, Kuala Lumpur, dengan kertas kerja  “Hak Cipta dan Royalti: Kaitan, Masalah dan Cabaran”.

1996 (28 Oktober) : Seminar on Malay Culture, Festival of Malay Culture, Cape Town, South Africa, dengan kertas kerja “Malay Books Publishing in Malaysia : Opportunities and Prospects”.

1997 (Mac) : Publishing Management Conference, anjuran Oxford University Press dan Penerbit Fajar Bakti, di Kuching, Sarawak 1997, dengan kertas kerja “Malay Academic, Trade and Dictionary Publishing For the Year 2000 and Beyond”.


 

HASIL KARYA YANG TELAH DITERBITKAN


BUKU

1974 : Robinson Crusoe (Adaptasi), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

1981 : Antologi Cerpen Nyiur Bertuah Nyiur Celaka, Eastern Universities Press.

1984 : Etika dan Wartawan (Didasarkan kepada Tesis Kesarjanaan dalam bidang kewartawanan tahun 1980), Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, Petaling Jaya.

1986 : Antologi Cerpen Kuala Lumpur, Teks Publishing Sdn Bhd, Petaling Jaya.

1998 : Sembang Sastera Bersama Orang Persuratan, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, Shah Alam.

2000 : Insan Pejuang, Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru.

2002 : Sejarah Adat Istiadat Kesultanan Johor (1529-1855) , Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru.

2009 :  Catatan Peristiwa Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

2010 : Raja dan Rakyat Berpisah Tiada, Dato’ Setia Amar Segara Pahang, Kuantan, Pahang Darul Makmur (sebagai Penyelidik, Penulis Latar dan Editor Bersekutu).

2014  : Suatu Ketika Di TBS, Refleksi Grup TBSST, AFY Communications, Rawang, Selangor Darul Ehsan.

2015  : Memoir A.F.Yassin Selagi Dakwat Mengalir, AFY Communications, Rawang, Selangor Darul Ehsan.

Manuskrip

 Biografi Dato' Abd. Rahim Bakar, Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Dewan Bahasa dan Pustaka, bakal diterbitkan oleh DBP.

Jejak Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dalam Proses Penyelidikan dan Penulisan

Biografi Dato’ Ismail Anbia, Mantan Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat dan USSR.

Anak Cucu Gunung Datuk, Koleksi artikel tentang Sejarah dan Budaya Mukim Gadong yang akan diterbitkan oleh AFY Communications.

 

KOLUMNIS AKHBAR DAN MAJALAH


1973-1976 : Kolumnis majalah Dewan Sastera, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, dalam ruangan “Pita Sastera”.

1975 -1976 : Kolumnis dengan majalah Pemimpin, terbitan Kementerian Kebudayaan.

1976 -1980 : Kolumnis majalah Dewan Masyarakat, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, dalam ruangan “A.F.Yassin Dari Bandung”.

1994 -1996 : Kolumnis akhbar mingguan Utusan Zaman, terbitan Kumpulan Utusan Melayu, dalam ruangan “Sembang-Sembang”.

1997 -2000 : Kolumnis akhbar mingguan Utusan Zaman, terbitan Kumpulan Utusan Melayu, dalam ruangan “Bicara” 2000.

1996 (secara berkala) : Kolumnis majalah berita mingguan Massa, terbitan Kumpulan Utusan Melayu, dalam ruangan “Tamu Minggu Ini”.

1999 (secara berkala) : Kolumnis surat khabar Berita Harian, terbitan Berita Harian Sdn Bhd, dalam ruangan "Di Mana Mereka".

2000 (Februari) – 2002 (Disember) :  (Kolumnis akhbar mingguan Utusan Zaman, terbitan Kumpulan Utusan Melayu, dalam ruangan “Catatan A.F.Yassin”.

2003 : Kolumnis akhbar Utusan Melayu Mingguan, terbitan Kumpulan Utusan Melayu, dalam ruangan “Catatan A.F.Yassin”.

 

KARYA ECERAN


1968 -) : Sebanyak 50 buah cerpen dan 10 sajak telah dicipta dan kebanyakannya telah diantologikan sama ada secara bersendirian seperti yang tersebut di atas atau secara bersama dengan pengarang-pengarang lain.



Antologi Bersama

Cerpen

1983 : Othman Puteh, penyelenggara, Suatu Subuh Yang Bening, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, Petaling Jaya.

1984 : Mana Sikana, penyelenggara, Angin Pulau, Teks Publishing, Kuala Lumpur.

1984 : Ramli Isin dan Othman Puteh, penyelenggara, Dongeng Merdeka, Penerbit Fajar Bakti, Petaling Jaya.

1995 : Hashim Awang, penyelenggara, Titisan Indah Di Bumi Merkah, Penerbit Fajar Bakti, Petaling Jaya.

1992 : Othman Puteh, penyelenggara, Cerpen-Cerpen Selepas Perang Dunia Ke-2, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

2006 : Aishah Murad dan Hajijah Jais, penyelenggara, Gemilang Antologi Cerpen Jubli Emas DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Puisi


1993 : Rahman Shaari, penyelenggara, Permatang Budi, Penerbit Fajar Bakti, Petaling Jaya.

Esei

1982 : Ibrahim Saad, penyelenggara, Isu Pendidikan di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lmpur.

2000 : Rejab F.I. penyelenggara, Daik Bonda Tanah Melayu, Malaysian Encyclopedia Research Centre Berhad, Kuala Lumpur.

2001  :  Talib Samat. Penyelenggara, Biografi A, Karim Abdullah, Altakom Entreprise, Jitra, Kedah.

2003 : Hamzah Hamdani, penyelenggara,  Usman Awang Penghubung Sastera Moden Dengan Akar Tradisi, Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru.

2003 : Talib Samat, penyelenggara, Shaharom Husain, Gapura Sastera Johor, Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru.

2006 : Hamzah Hamdani, penyelenggara, Isu dan Cabaran: Kumpulan Esei Jubli Emas DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Rencana Eceran

1968 -  : Lebih  250 artikel dan rencana tentang politik, pendidikan, ekonomi dan sosial lainnya telah disiarkan dalam berbagai-bagai surat khabar dan majalah tanah air, seperti Mastika, Utusan Zaman, Mingguan Malaysia, Utusan Malaysia, Berita Harian, Berita Minggu, Dewan Masyarakat, Dewan Budaya, Dewan Sastera, Massa dan Dian

25 Disember 2015.



No comments:

Post a Comment