Hj. Hamdan Hj. Yatim (tengah) kini Imam Masjid Bongek ketika dikunjungi oleh dua cucu CGDG Abdullah (kanan) dan Bahari Abd. Rahman dari Kg. Ulu Gadong beberapa tahun yang lalu. |
Rumah Hjh. Minah Wahab (Allahyarham) di Kg. Gadong. |
Badarriah Haron (kanan) bersama Mohammad Ibrahim dan (kiri) dan abang ipar ketika kenduri di rumah Kak Salbiah di Kg. Batang Nyamor. |
Pada satu ketika, sedang
kami berehat di ruang tamu di rumah Kg. Kubu Gajah, emak (Hajah Minah Bte
Wahab) bermurah hati bercerita tentang kisah keluarga kami dan hubungannya dengan
jiran seamung di Kg. Gdong dan Kg. Taah Dtar serta Kg. Ulu Gadong. Menurut
emak, tersebutlah nama satu keluarga beranak tiga dari suku Tanah Datar,
Gadong. Nama anak-anak satu keluarga ini ialah Jais, Sulong dan Idris . Sulong
ini adik perempuan kepada Jais. Sulong ini berkahwin dengan Jaafar, sementara Jais berkahwin dengan
perempuan di Kg. Seberang Paya (Mempaya).
Hasil daripada perkahwinan
itu Jais beroleh dua orang anak lelaki, iaitu seorang lelaki (tidak diketahui namanya) dan Taha. Setelah besar
Taha berkahwin dengan Sipah dari Ulu
Gadong dan dikurniakn enam orang anak, iaitu Borhan, Mustaffa, Adnan, Keledek,
Ibi dan Sapiah (induk). Borhan (Haji Borhan) berkahwin dengan wanita di Tampin,
seorang berstatus janda. Mustaffa kahwin
dengan Hasnah di Kampung Jawa, Gadong, Adnan (Cikgu Dinan) berkahwin dengan wanita
dari Kota.
Abang lelaki Taha, anak
Jais berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Sulong. Sulong berkahwin
dengan Jaafar dan dikurniakan ramai anak
Anak yang tua diberi nama Lanjung (Uwan Anjung atau Uwan Aroh (Baroh). Lanjung
berkahwin tetapi tidak kekal dan Lanjung pun menjadi janda muda di Tanah Datar.
Lanjung mempunyai ramai
adik-beradik. Dengan kata lain Sulong yang berkahwin dengan Jaafar dikurniakan
tujuh orang anak lelaki dan perempuan, iaitu Lanjung (yang tua), Siyah, Piah,
Meja, Hawa, Bedah (Uwan Cu) dan Husin (ayah Long Aji Samsura). Adik Lanjung
bernama Siah berkahwin dengan Cawang dari Mungkal dan dikurniakan tiga orang
anak, iaitu Othman, Hitam dan Yunus.
KELUARGA OTHMAN CAWANG:
Othman ini berkahwin dengan wanita di Kendung dan mendapat anak, antaranya
Haron. Othman (Ngah Suman) ini menetap di Segambut dan pernah berkhidmat dengan
Keretapi Tanah Melayu di Sentul. Ngah Suman memperkenalkan satu ajaran Islam yang
dianggap sesat oleh Majlis Agama islam Selangor. Konon ceritanya, ajaran ini
diperoleh Ngah Suman dari Medan, Sumatera. Ngah Suman meninggal dunia di Medan.
Sementara ajarannya diambil alih oleh Haron sehingga ke hari ini. Ngah Suman
yang berpindah ke Paya Jaras mewariskan peningalannya, sebuah masjid di
pekarangan rumahnya di Paya Jaras kepada Haron (Hj. Haron) sehingga ke hari
ini.
KELUARGA LANJUNG (UWAN
ANJONG – UWAN AROH): Setelah menjadi janda, Lanjung menaruh hati dengan Zainal,
abang Uwan Lamah Gadong). Zainal ketika itu masih berkahwin dengan Peah, juga
dari suku Tanah Datar, Gadong. Peah ini adalah anak Tiah yang mempunyai empat
orang anak. Anak-anak Tiah ialah seorang lelaki (yang tua), Peah, Kote (Uwan
Kote) dan seorang perempuan (emak kepada Jenab). Jenab ini berkahwin dengan
Lebai Mohd. Noh.
Hasil perkahwinan itu
Zainal dengan Peah dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Mohd. Yatim
yang kemudian mengasaskan sebuah madrasah di Ulu Gadong dengan bantuan adiknya
Mohd. Yassin (tapi berlainan ibu). Hari ini nama Hj. Mohd Yatim Zainal, yang pernah menyandang jawatan Kadi Rembau terpahat dalam sejarah apabila Kerajaan mengiktiraf madrasah itu sebagai Sekolah Menengah Agama Tuan Hj. Mohd. Yatim dan kini tersergam megah di Ulu Gadong.
Catatan: Kisah ini dirakamkan di Kg. Kubu Gajah, Sg. Buloh, Selangor pada 10 Jun 2004.
No comments:
Post a Comment