Thursday, 28 January 2016

REMBAU GO CRICKET : KG GADONG CRICKET CLUB


KELAB KRIKET KAMPUNG GADONG
Oleh Mohd. Harith bin Mohd. Shariff

Kriket adalah antara sukan  yang paling popular di dunia dan mengikut sejarah sukan kriket, pemainan ini bermula di Hamspire, England pada tahun 1760. Menjelang akhir abad ke 18, ia telah berkembang menjadi sukan kebangsaan England. Perkembangan Empayar British menyebabkan kriket dimainkan di luar dan pada pertengahan abad ke 19 perlawanan antarabangsa pertama di adakan. Pada masa ini lebih daripada 120 buah Negara terbabit dalam sukan berpasukan ini.

.Di Malaysia, kriket diperkenalkan oleh pihak British ketika mereka memerintah Negeri-negeri Selat. Permainan ini dimainkan oleh askar-askar British yang berpengkalan di kawasan-kawasan bandar. Sukan Kriket mampu berkembang di Malaysia kerana ramai pemain berpotensi di lahirkan untuk membawa cabaran di pentas kejohanan yang lebih tinggi. Pasukan Malaysia yang bermain dalam Liga Kriket Duni Divisyen 3 kini berkedudukan dalam ranking dunia ke 23. Namun kurang pendedahan penaja menyebabkan pasukan Kriket ini kurang menonjol di Negara kita.

Pada tahun 90-an, Kementerian Pelajaran Malaysiatelah memperkenalkan permainan kriket kancil sebagai satu permainan dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kokurikulum Sukan di sekolah-sekolah Rendah. Langkah yang positif ini bertujuan menghidupkan semula permainan kriket dikalangan penduduk di Negara ini.Sukan ini sangat aktif dimainkan di sekolah-sekolah  di kawasan bandar dalam satu-satu daerah tapi kurang diperkenalkan di sekolah-sekolah luar bandar. Pada masaini lebih 450 buah sekolah di seluruh Malaysia agak aktif dalam sukan ini. Di Negeri Sembilan sahaja ada lebih  daripda 25 sekolah yang terbabit.

Usaha gigih pengiat sukan ini yang terdiri daripada 5 orang adik beradik dari Kampung Seberang Paya, Gadong berjaya memperkenalkan dan membangunkan sukan elit ini di kampung. Khairuddin,Mohd. Harith,Zahid, Nazaruddin dan Abdul Malik bin Mohd. Shariff mula berjinak dengan sukan kriket sejak di sekolah lagi lewat tahun 60an. Bersekolah di Sekolah Menengah King George V Seremban kecuali Abdul Malik (SDAR) kesemua adik-beradik ini cemerlang dalam sukan kriket yang kurang sekali di ceburi anak-anak Melayu pada masa itu. Lewat tahun 90an Kriket di perkenalkan di satu-satunya Sekolah Kebangsaan di Kg. Gadong. Sekolah Kebangsaan Tanjung yang di terajui oleh Puan Jasmiah binti Haji Mustafa anak jati Kg Gadong berminat dan bersetuju untuk menyerapkan sukan Kriket dalam kokurikulum sekolah. Khairuddin sebagai Jurulatih Kg Gadong bersama guru SK  Kg. Tanjong Cikgu Faizal Rabani berjaya menubuhkan satu pasukan sekolah bawah 12 tahun.SK Kg. Tanjong adalah sekolah pertama dalam daerah Rembau yang menubuhkan pasukan Kriket.

 Pasukan SK Kg. Tanjong telah diundang untuk bertanding dalam Kejohanan Kriket Elit Kebangasaan bawah umur 12 tahun bagi merebut Piala Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, yang telah diadakan pada 1 hingga 4 Jun 2000 di Kuala Lumpur bakal menggerakan tanggungjawab nasional terbaru dengan penyertaan lebih separuh anak-anak luar Bandar. Mereka ini kemudiannya diserapkan dalam Program Pembangunan Kriket Remaja Nasional dibawah kelolaan Persatuan Kriket Melayu Malaysia. Dari program ini SK Kg. Gadong telah Berjaya melahirkan beberapa pemain Kriket terpilih mewakili pasukan Negeri Sembilan di peringkat umur dan dewasa. Dua orang pemain telah berjaya menempah tempat dalam pasukan kebangsaan.Sdr. Faizal Abu Hassan dari Kg. Seberang Paya telah terpilih mewakili Malaysia dalam Piala Dunia Remaja 2008. Beliau yang sekarang ini menuntut di UKM Bangi yang juga Pusat Pembangunan Kriket Berprestasi Tinggi, ialah antara pemain terbaik Malaysia dalam pertandingan tersebut. Selain itu, Sdr. Haziq Zainuddin dari Kg. Jeram, Gadong juga terpilih mewakili Malaysia dalam beberapa pertandingan Kriket antarabangsa.

Kejayaan pembangunan sukan Kriket di Kg. Gadong telah menggerakkan penggiat dan peminat sukan di kampong ini untuk menubuhkan kelab sukan Kriket. Dengan tertubuhnya kelab sukan Kriket yang berdaftar, program pembangunan sukan ini akan menjadi lebih serius dan teratur. Pada masa yang sama kelab boleh meneroka penaja-penaja menyumbang dan menyalurkan dana bagi pengurusan dan kegiatan kelab.         Pada 14 hb November 2015, satu sesi dialog telah diadakan dengan YB Khairy Jamaluddin, Datuk Rahmah Hamid (ibunda YB Khairy Jamaluddin) dan Sdr. Sham Jalil dari Persatuan Kriket Melayu Malaysia untuk membincangkan cadangan penbuhan kelab tersebut. Sokongan dan galakkan yang diberi oleh YB Khairy Jamaluddin menyuntik lagi semangat kami untuk membangunkan sukan Kriket di peringkat Kg. Gadong. Ibunda YB Khairy Jamaluddin yang sangat berminat dengan sukan ini bersetuju untuk menjadi penasihat Kelab Kriket Kg. Gadong dan berharap segala usaha kami akan berjaya.

Jawatankuasa sementara ditubuhkan dan pada 6 Januari 2016, Kelab Kriket Kg. Gadong (Kampung Gadong Cricket Club - KGCC) telah diluluskan pendaftarannya oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Sdr. Nasharuddin bin Mohd Nor dilantik oleh jawatankuasa sementara sebagai Presiden kelab. Beliau dengan murah hati telah membenarkan rumah tradisionalnya digunakan sebagai ‘Clubhouse’ KGCC.Dengantertubuhnya KGCC, berbagai program pembangunan boleh dijalankan dengan lebih terancang dan teratur.Bagi menggerakkan program pembangunan satu kemudahan latihan sukan Kriket telah dibina dan disiapkan pada awal Januari 2016 di padang Sekolah Agama Hj. Mohd Yatim (SAHMY), Ulu Gadong. Dua lorong gelanggang latihan untuk pemain senior dan empat lorong gelanggang latihan untuk anak-anak bawah 12 tahun yang dibina akan merancakkan lagi Program Pembangunan SukanKriket di Kg. Gadong.

 Anak-anak muda Kg. Gadong mula menunjukkan minat terhadap sukan Kriket dan ramai menyertai latihan di waktu petang di padang SAHMY di bawah pengawasan    jurulatih Kg. Gadong Sdr. Khairuddindan , Nazaruddin dan Abdul Malik Shariff. Daripada minat yang ditunjukkan anak-anak muda ini, satu hari nanti bermain Kriket akan menjadi satu budaya dalam kalangan komuniti di Kg. Gadong. Satu pasukan Kriket SAHMY akan juga ditubuhkan di bawah Program Pembangunan Sukan Kriket Kg. Gadong. Kg. Gadong sebagai Pusat Sukan Kriket akan juga melebarkan pembangunan sukan ini ke kampung-kampung dan daerah kecil di sekitarnya. Dengan dana yang cukup dan program pembangunan yang terancang, KGCC akan memperkenalkan sukan Kriket keseluruh Daerah Rembau.

In Sha Allah bermain Kriket akan menjadi satu budaya masyarakat Rembau dan dapat mencungkil bakat-bakat baru yang akan menonjol di peringkat KebangsaandanAntarabangsa. Permainan yang terdahulu cuma menjadi milik orang-orang bandar dan yang kaya-raya telah mula menampakkan perpindahan kepada orang-orang kampung sejak pengenalan

MAJULAH SUKAN KRIKET UNTUK KG.GADONG.
REMBAU GO KRIKET




:


2 comments:

  1. Kalau tak dipecah ruyung, manakan dapat sagunya..
    Alhamdulillah, satu platform yang terbaik dilakukan oleh pihak pentabiran Kampung Gadong Cricket Club ("KGCC")
    demi merealisasikan impian mereka. Semoga usaha murni ini akan menjadi landasan terbaik bagi melahirkan bakat-bakat muda (Fresh from the farm) dari kampong yang mungkin akan mewakili negara suatu masa nanti. Big TQ to the Shariff Brothers. #Kipidap!!! .

    ReplyDelete
  2. Semoga usaha ini beroleh kejayaan untuk murid-murid kg gadong.

    ReplyDelete