Bahari Abd. Rahman (kanan) menjadi tetamu kpd Pak Soemarsono Sumandison ketika berkunjung muhibah ke Jakarta beberapa tahun dahulu. |
Rumah Keluarga Bahari Abd. Rahman di Ulu Gadong di mana Bahari dilahirkan. |
Bahari Abd. Rahman (kiri) bersama Imam Masjid Bongek Hj. Hamdan Hj. Mohd. Yatim (tengah) dan Abdullah Abd. Rahman abang Bahari ketika mereka mengunjungi rumah Imam di Bongek. |
TERINAI DAN DIKIR REBANA DI REMBAU
23 Februari 2011
Baru-baru ini, saya
terima jemputan kahwin daripada seorang sahabat lama, Bahari Abd. Rahman.
Sahabat lama ini mantan pegawai dari Kementerian Belia dan Sukan. Lama sungguh
tidak dengar cerita daripada sahabat ini. Beliau mengirim jemputan melalui Facebook.
Jemputannya berbunyi: "Selamat bertemu setelah sekian lama. Saya nak
menjemput sdr ke Majlis Perkahwinan anak saya FARAH SYAFINA pada 13.3.2011.
Ahad di Dewan Perdana Felda, KL. Majlis bermula jam 8.00 mlm. Sebelum itu
majlis pernikahannya akan diadakan pada 11.3.2011 Jumaat di Masjid Abu Ubaidah
Al Jarrah, Seri Rampai. Kedatangan sdr sangat saya harapkan sbb dah lamo bona
tak jumpo. Sambutan ala Tradisi Adat Pepatih pulak akan diadakan pada 26.3.2011,
di A FAMOSA Resort, Melaka mulai 8.00 mlm. ok ???.
Yang menariknya sahabat lama ini ingin memperagakan acara tarian tradisi Adat Perpatih di A Farmosa. Dalam keterangan lanjutnya, sahabat saya ini menjelaskan: "Adat Perpatih itu kulit jo sobab nak bona nak bokanda macam dulu-dulu. Lopeh tu nak torinai, tari piring. Kalau ada maso nak bungo api sekali." Mengadakan tarian tradisi begini bukan kulit lagi. Malah, apa yang ingin dilakukan oleh sahabat lama ini memang patut diberi pujian. Paling-paling sahabat lama ini ingin meneruskan tarian orang Melayu di Negeri Sembilan, khususnya di Rembau. Biasanya apabila adat perkahwinan memasukkan acara tarian dalam majlisnya, maka tarian terinai dan tarian piring tidak ditinggalkan. Dalam tarian terinai, misalnya, terdapat unsur mengibur dalam bentuk lawak jenaka dengan menggunakan bahasa badan. Gerak tari penari, biasanya seorang lelaki, akan membuatkan penonton ketawa bagaikan menyaksikan lakonan seorang pelawak di atas pentas. Gerak badannya cukup menyoronokkan (hilarious). Alat bunyi-bunyian yang mengiringi tarian hanyalah satu gong (tetawak) dan satu rebana dengan piring. Penari akan mengetuk piring mengikut rentak lagu dengan cincin dilekatkan di salah satu jari kanannya. Memang mengasyikkan.
Sekarang ini acara seperti ini jarang sekali diadakan. Penduduk di sekitar daerah Rembau, terutama di Kampung Lada, Chengkau dan Gadong mungkin masih ingat cara penari Abu Bakar "Sontel" melakukan tarian ini dengan lenggok badannya yang menggelikan hati pada tahun-tahun 1960-an dahulu. Lemah gemalai gerak badannya tiada taranya pada zaman itu. Dalam majlis ini biasanya juga acara dikir rebana tidak ditinggalkan dan kumpulan dikir ini akan bermain sepanjang malam sehingga subuh diiringi lirik panjang memuji kebesaran Ilahi. Dikir ini dimulakan dengan rentak perlahan dan berakhir dengan tempo kecepatan yang tinggi. Setiap dikir akan mengambil masa selama sejam. Dua kumpulan dikir yang begitu popular pada ketika itu adalah daripada Kumpulan Dikir Kampung Batang Nyamor, Gadong dan Kumpulan Dikir Kampung Lada, Chengkau.
Terinai dan Dikir Rebana semakin dilupakan oleh generasi sekarang.. Mungkinkah akan tinggal nama suatu hari nanti...
ReplyDelete