Sunday 28 February 2016

SENI BUDAYA SUKA BUMI BERSAMA LATIFF RAHMAN - SEBUH KENNGAN




SENI BUDAYA SUKA BUMI
BERSAMA TABLORAMA DAN TARIAN MINANGNYA

Oleh A.F.Yassin

Kelab Seni budaya Suka Bumi Sri Kendong Rembau sejak ditubuhkan beberapa tahun lalu mengalami proses jatuh bangunnya yang kalau diceritakan bagaikan sebuah kisah "perang dan damai". Pengasasnya, Abd. Latif Abd. Rahman, seorang pengusaha Village Resort ala homestay mempunyai komitmen yang cukup tinggi mempastikan kelangsungan hidup kelabnya. Abd. Latif seorang pencinta seni, terutama yang menyangkut perbilangan dalam adat perpatih. Tema penubuhan kelab beserta resortnya ialah "Alam terkembang dijadikan guru". Bagi Latif tema ini bersifat mesra alam. Katanya, " Dari alam keliling kita belajar kehidupan dan dari alam jugalah kita berjuang meneruskan kelangsungan hidup."

Seni yang telah mendarah daging dalam jiwa Latif sejak di bangku sekolah lagi menjadi tunggak bisnes resortnya. Di samping menawarkan khidmat pelancongan homestay,  kolam renang air gunung, masakan kampung, perkhemahan, trekking dalam hutan, memanjat gunung dan mengunjungi tempat-tempat bersejarah, Latif aktif menubuhkan Kelab Seni Budaya Suka Bumi dan baginya "melalui kelab ini saya dapat mengetengahkan seni bangsa kita kepada pengunjung resort, terutama dari luar negeri."

Keghairahan Latif mengetengahkan acara seni budayanya kepada  pelancong yang mahu menikmati dan menghayati seni budaya Negeri Sembilan merupakan satu obligasi sosial. Dengan aktifnya kelab ini semula, yang satu waktu dahulu dilanda krisis dalaman, maka Latif berjaya memeriahkan lagi suasana bercuti setiap pengunjung di Taman Suka Buminya. 

Ada pentas budaya yang dibina khas di pekarangan resort ini. Di pentas inilah pertunjukan kesenian dan kebudayaan diadakan berdasarkan permintaan. Baru-baru ini kelab telah mengadakan pertunjukan di sebuah hotel terkemuka di Seremban dan sempena Tahun Melawat Negeri Sembilan, kelab ini akan diminta mengadakan persembahan di Dewan Merdeka, Rembau.

Ahli-ahli kelab seramai 15 orang terdiri daripada anak-anak sekolah dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan V. Dua jenis kesenian ditampilkan, iaitu seni tari dan dan seni drama. Kesemua jenis kesenian ini didasarkan kepada seni Minangkabau. Latif menghimbau adat resam Minang yang baginya telah mengikat kehidupan kebanyakan penduduk Rembau khasnya dan Negeri Sembilan amnya. Pepatah-petitih Adat Perpatih meniti bibirnya. Maka setiap kali persembahan seni budaya diatur Latif akan memulakan mukadimah seninya dengan perbilangan:

         Ekolah endang balimbing
         Kami bermain dambil menyanyi
         Sambutlah salam sembah mairing
         Kami menyusun sepuluh jari.

         Betitir canang pemanggil
         Pukul tabuh larangan
         Palu gong pelaung
         Maka rakyat datang berkampung
         Bulat air kerana pembetong
         Bulat masyarakat kerana muafakat
         Muafakat jangan bercanggah.

         Lancar jalan dek dilalui
         Lancar kaji dek dibaca
         Adat berkata lima perkara
         Sirih, pinang, kapur, gambir dan tembakau.

         Biar lemas itik di air
         Biar berlaga ayam di reban
         Biar menendang kuda di kandang
         Namun adat, seni budaya
         Maruah bangsa dipertahankan juga.


Di setiap persembahan Latif akan berikrar dengan perbilangan ini. Obligasinya kepada seni budaya sebagai taruhan kepada maruah banagsa tetap kental dalam jiwanya. Sejurus selepas itu sebuah tablorama, berupa sketsa sebuah kehidupan alam Negeri Sembilan dipertontonkan. Tablorama ini adalah inti persembahan keseluruhan. Dengan berlatar belakangkan lagu "Apa Kono Eh Jang" dan lakonan tujuh orang anak seni didikanya, Latif melakar peristiwa seorang anak muda bersama ibunya yang pasrah terhadap kehidupan.

Unsur kehidupan desa seperti sawah, padi, lesong, niru dan kerbau divisualisi melalui lambang-lambang gerak badan yang mengasyikkan. Lengkap dengan pakaian pesawah anak-anak didiknya dalam liukan badan tanpa gerak dan kata-kata mempersembahkan lambang gerak badan melalui irama latar. Kepasrahan sebuah keluarga desa disketsakan dengan  amat jelas dan mengesankan.

Latif memilih lima tarian sebagai penyeri persembahan, iaitu Tari Tempurung, Tari Terinai, Tari Pok Amai-Amai, Tari Dikir Putri dan Tari Endang. Kecuali Tari Dikir Putri yang didasarkan kepada Dikir Barat, semua tarian ini dikoreografi dengan latar dan suasana alam Minangkabau. Koreografer kelab, Nora Amrah dan anaknya Dina mendapat ilham mencipta tarian ini sewaktu berkunjung ke Bukit Tinggi, Sumatra Barat.

"Kami sebenarnya tertarik dengan alam Minang sewaktu mula sampai di sana. Sawah padi dan gunung-ganang yang memagari alam desa di Paya Kumbuh, misalnya, menyerupai alam desa kami satu ketika dulu. Walaupun kawasan desa kami tidak sebesar alam Paya Kumbuh, namun kesamaan suasananya sungguh-sungguh menakjubkan. Dari situlah tergerak hati kami untuk meniru konsep tariannya," kata Latif.

Daripada lima tarian itu tiga, iaitu Tari Silat Terinai, Tari Pok Amai-Amai dan Tari Endang  dipersembahkan dengan berlatarkan lagu-lagu Minang. Manakala Tari Dikir Putri berlatarkan lagu "Dikir Putri" nyanyain Noraniza Idris dan Tari Tempurung berlatarkan pula lagu tema Tahun Melawat Negeri Sembilan yang sedang berlangsung sekarang. Tari Tempurung berupa tambahan terbaru dan dicipta khas sempena Tahun Melawat Negeri Sembilan. Jelas Latif, "Suka Bumi telah dipilih sebagai salah satu objek pelancongan sempena tahun melawat Negeri Sembilan ini. Kerana itu saya bersama-sama Nora Amrah mencipta tarian ini dengan mengambil unsur alam, iaitu tempurung sebagai lambang utama tarian."

Tari Silat Terinai merupakan primadona persembahan. Tarian ini memperkenalkan budaya asli Rembau. Menurut konsep asalnya, tarian ini yang namanya Tari Terinai dipersembahkan oleh seorang lelaki di hadapan pengantin dengan menggabungkan empat unsur utama, iaitu piiring, lilin dan gong (tetawak) dan rebana. Penari akan menari sambil menyanyikan pantun-pantun lama yang mengusik kedua-dua pengantin. Lazimnya, usikan nyanyian itu seperti menyakat kedua-dua mempelai yang akan mengalami malam pertamanya setelah bersanding.

Bagaimanapun, Latif bersama Nora telah menggubah semula tarian itu dengan menambah satu lagi unsur, iaitu silat sehingga akhirnya diperlukan tiga orang penari (dua wanita dan seorang lelaki) bergabung untuk menjayakannya. Walaupun nyatanya tarian ini telah dipermodenkan namun keaslian dalam rentak dan lenggok tetap dipertahankan.    
"Sekali pandang orang boleh saja kata ia tari lilin atau tari piring, tapi yang membezakan dengan kedua-dua tarian itu ialah irama dan lenggoknya," kata Latif.

Secara keseluruhannya persembahan Seni Budaya Suka Bumi ini berteraskan Alam Terkembang Dijadikan Guru. Latif berikrar untuk melastarikan konsep persembahannya sesuai dengan suasana alam semula jadi daerah pedesaannya. Dan dia akan berusaha mengetengahkan kegiatan seninya ini ke daerah luar. "Kalau diberi peluang saya mahu membuat persembahan di kota-kota. Dengan cara ini kita membawa suasna alam desa ke bandar melalui tarian dan tablo," katanya. "Cita-cita saya ialah kelab seni budaya ini dapat mengadakan persembahan di rumah PENA atau GAPENA."

Dalam pada itu Latif tengah menimbang-nimbang kemungkina untuk menamakan semula kelabnya itu sebagai Kelab Seni Budaya Gunung Datuk. Katanya nama Gunung Datuk membawa kesan legendaris dan hari ini  gunung itu semakin ramai dikunjungi sebagai objek pelancongan. Dengan menamakan semula kelab itu maka "kami akan merasa lebih dekat dengan alam desa kami dan tentunya ia lebih mengeratkan hubungan kami dengan alam."

          
20 Februari 1999.


Friday 26 February 2016

DERMAWAN MOHAMED FAIZ BIN ABDUL HAMID DARI ULU GADONG



Duduk di barisan depan (dua dari kanan) En. Mohamed Faiz Abdul Hamid ketika dikunjungi beberapa orang JK Penerbitan GCDG 7350 pada 20 Februari 2016 yg lalu di Taman Seri Gadong berhampiran Kem PLKN Ulu Pari.


MOHAMAD FAIZ BIN AB. HAMID


Nama
Mohamed Faiz bin Abdul Hamid
Tarikh Lahir
19 Januari 1940
Kampung Asal
Kg. Ulu Gadong, Rembau, Negeri sembilan
Keturunan
Anak Waris
Ibu
Tiana binti Yunus berasal dari Kampung Ulu Gadong
Bapa
Abdul Hamid bin  Idrus berasal dari Kampung Mungkal seorang Guru kelulusan dari Maktab Guru Tanjung Malim, Perak berkhidmatan sehingga akhir hayat pada tahun 1955
Pengajian
  1. Sekolah Rendah Kebangsaan Kota
  2. Tengku Besar Scholl Tampin hingga 1959 (SMC )
Pengajian Tinggi
  1. Technical College Kuala Lumpur ( Sekarang Universiti Teknoloji Malaysia) hanya satu-satu tempat pengajian Tinggi di Malaysia, Pengajian di biayai oleh Kerajaan Persekutuan
Tahun Kedua Meneruskan Pelajaran di College of Estate Management di biayai Kerajaan Negeri Sembilan
1968 balik di Malaysia dengan kelulusan di iktiraf oleh Kerajaan  iaitu ARICS( Associate Royal Institution of Chartered Surveyors)
Diterima menjadi Ahli Institution of Surveyors Malaysia
( Bekerja  di syarikat persendirian kerana saya tidak berjaya dapat sijil kelulusan akhir di England biasiswa di tarik balik) Menyambung pelajar secara persendirian dan berjaya mendapat sijil
Setelah lulus dan mendapat Sijil Syarikat yang saya berkhidmat menawarkan saya sebagai ahli kongsi.

Pada masa itu Syarikat ini sahaja syarikat pertama Bumiputera. Sebelum ini hanya orang British dan bangsa lain yang ada mengurus Syarikat private untuk jurukur Bahan kelulusan FRICS (Englang)(Malaysia)
Syarikat
Yong dan Mohamad Faiz Sdn. Bhd, (1968)
Sementara berkhidmat sebagai Juruukur Bahan saya telah di pelawa menjadi Pengarah Public Listed Companies
-          Press Metal Berhad ( syarikat mengendalikan bahan bangunan dan Aluminium)
-          Press Metal Technology Berhad
Anak Syarikat Press Metal Berhad yang mengendalikan khidmat mengunakan bahan bangunan dari Aluminium
-          Combined Consultants Sdn. Bhd.
Syarikat  sendirian untuk kegiatan bangunan
-          Micasa Corporation Pty Ltd.
Syarikat  sendirian untuk kegiatan bangunan di Australia
Syarikat ini kepunyaan saya berkongsi dengan seorang rakan dari Kuala Lumpur sejak 1976 ditubuhkan untuk berpeluang memajukan tanah yang kita perolehi dengan mengunakan pendapatan dari Syarikat berkongsi denga Yong dan Mohamad Faiz Sdn. Bhd. di Australia. Pendapatan dari Syarikat masih dinikmati oleh saya dengan rakan kongsi melalui kepunyaan Tanah yang di miliki  dari masa kesemasa.
Pandangan Peribadi saya dan  pengalaman
 Pendapat saya setelah lama mengunjungi negeri Australia dan new Zealand lebih kurang tiga / empat lagi setahun ada banyak peluang hidup mewah kerna luas Negara itu besar dan penduduk kurang. Itu sebab banyak Negara-negara dalam dunia ini ada warganegaranya bermaustautin di sana. Orang Malaysia ramai yang pindak sejak sebelum merdeka lagi. Pada kali saya menziarahi Perth untuk bermain golf yang di uruskan oleh Lake club KL, selepas bermain saya pergi minum dan ditegur oleh seorang pekerja. Dia bertanya  asal kami dan apabila mejawab dari Malaysia. Dia tersenyum dan menjawap dia dari Melaka. Ini bermakna orang-orang kita telah ke sana dan bekerja dengan aman. Dia tidak tahu lagi bercakap Melayu kerana lama bermaustautin. Mereka datang untuk menyelam permata ikan Laut. Di Afrika Selatan saya berjumpa  saorang berasal dari Penang dan datang semasa Pentadbiran British di Malaya datang untuk menam getah dan sawit.
Negara-Negara yang telah di lawati
England/Scotland/Ireland semasa belajar
Europe/ France/Germany/Switzerland/Italy/Turkey/Greece
Arab Saudi/Eygpt (negera yang di ziarahi oleh ramai orang dari pelusok dunia menyusuri Sungai Nil  dari Mesir  ke Niagara Fall yang memakan masa 2/3 hari )/ Morocco/ South Africa
America Utara/Canada
China (Sambil melakukan urusan kerja Public Listed Co. – Press Metal Sdn. Bhd yang ada satu kilang seluas 100 ekar yang beratap
Saya terpaksa gunakan buggy untuk melihat kegiatan kilang. Kilang beroperasi di Pekan Koon Ming sebelah barat China. Kawasan ini  berpopulasi ramai china berugama Islam.Salah satu tempat dalam dunia di mana Islam berkembang.
Jepun
India/Pakistan
South East Asia Countries
Australia/New Zealand
Kecuali South America ( Insyallah kalau dapat ingin di lawati)

Kemajuan Mukim Gadong
Masa saya sekolah dulu ada tiga sekolah, sekolah kebangsaan Kota, Sekolah Kebangsaan Perempuan Kg. Tanjung dan Sekolah Anak Yatim, Ulu Gadong. Sekolah Secondary berada di Tampin dan di Rembau. Saya dan kawan-kawan lain lain kena naik bas tiap-tiap hari.Dalam tahun tujuh puluhan penduduk menanam padi di kawasan sawah m, memungut hasil dusun durian dan memotong getah untuk perbelanjaan harian tetapi sekarang kawasan sawah telah di tadbir oleh kerajaan untuk tanam kelapa sawit dan hasilnya di beri kepada tuan punya tanah. Ladang getah kebanyakan tidak dipelihara. Banyak juga terdapat rumah-rumah tinggal sekarang ini di sebabkan pewaris berkahwin luar darikampung. Harap tanah janganlah terbiar
Cadangan Pembangunan
Kalau dapat kerajaan dapat beri bantuan untuk buat jalan yang elok dan selamat ke Gunung Datuk dan ada tempat-tempat berehat selepas beberapa minit mendaki Gunung. Ada yang berharap kemudahan Cable car di adakan dari bawah ke atas gunung. Bila kemudahan ini ada ramai lagi pelancung dari luar dan dalam negeri akan datang.
Jalan ke Ulu pari dan Kendong harap dapat di teruskan ke jalan Besar Rembau/ Tampin supaya urusan harian  penduduk Gadong dapat direngankan .

MENGENALI DATO' LEMBAGA DI MUKIM GADONG DAN REMBAU UMUMNYA

Induk Limah, balu Allahyarham Dato' Samsura Pahlawan Aji  dari suku Mungkal

CERAIAN 4, LEMBAGA

Maka adalah “lembaga” itu ialah tuan penghulu bagi sesuatu suku. Kedudukan mereka dalam perlembagaan tadbir adat Rembau diibaratkan dengan kata perbilangan:
“yang bertumbuh di lereng itu,
“sebagai beluluk tumbuh di rusuk,” (perbilangan III, penambahan i) berbanding dengan undang ibarat,
“yang bertumbuh di bukit itu,
“erti nyiur tumbuh di mata.” (perbilangan III, penambahan i) iaitu tarafnya di atas “buapak” yang dikiaskan dengan kata:
“yang bertumbuh delapan itu,
“erti berangan tumbuh di buntut.” (perbilangan III, penambahan i) maka dialah pemerintah yang terutama di dalam suku dengan sama rata dan penuh pentadbirannya, kecuali dua perkara mengikut kata;
“lembaga bersekat,
“undang berkelantasan.” (perbilangan IX, penambahan i)
Iaitu kuasanya tiada melampaui sempadan “darat” dan “baruh”, misalnya, anak-anak suku Paya Kumbuh yang datang kemudian meneroka di darat,di Sungai Layang dengan lembaganya Dato’ Seri Maharaja, tiadalah kena-mengena dengan suku Paya Kumbuh di baruh yang dahulu datang dan diam di Legung serta di Gadung di bawah perintah Dato’ Marabangsa itu. “Lembaga-lembaga” di darat, adat alat jamunya haruslah tidak mengikut lembaga di baruh; tetapi pada bahagian yang kena-mengena dengan adat di dalam pentadbiran suku keadaan kedudukan mereka adalah luas dan berbimbing tangan satu dengan lainnya.
Pada setengah perkaraada juga didapati suku atau pecahan-pecahan daripada sesuatu suku yang bergerak di bawah seorang yang sebagai lembaga, kuasanya dan nasibnya tergantung kepada undang. Maka pada sebutannya suku yang seumpama ini ahli-ahlinya adalah beruntung mendapat pentadbiran terus sebagai suatu hukuman kepada lembaga mereka. Tetapi kejadian demikian nyatalah sebagai suatu hukuman yang dijatuhkan kepada ahli-ahli suku itu dengan lembaganya pun sama. Perpindahan hak kuasa memerintah itu tidak diapa tiadalah sebabnya oleh pengaduan yang cukup alasannya daripada anak-anak suku itu sendiri dalam hal perselisihan mereka dengan lembaga dan yang demikian mereka berpisah daripada tanggungan suatu lembaga lalu berpindah kepada naungan undang, bukanlah kejadian ini dengan kehendak undang. Maka di tempat-tempat lain pun pernah juga berlaku kejadian ini. Tidak beberapa tahun dahulu, dalam negeri Pahang misalnya, seseorang yang berselisih dengan penghulunya, biasanya keluarlah ia dari daerahnya tinggal lalu menghilir. Apabila sampai ke Pekan, dipinjamnya wang seringgit daripada bendahara, kemudian ia pun menjadi hamba raja dengan tiada siapa-siapa pun berani mengganggu halnya lagi. Sungguhpun mengikut adat Rembau kejadian-kejadian yang berlaku bukanlah tanggungjawab seseorang, melainkan adalah bagi suku-suku,tetapi pada bahagian ini didapati lebih kurang sama juga seperti yang berlaku di Pahang yang disebutkan itu, iaitu kuasa penghulu luak kelak bertambah akibat daripada kejadian di dalam lingkungan lembaga. Maka pada mula-mulanya suku yang tergantung itu diadakan sebagai langkah sementara sahaja supaya menjauhkan pergaduhan yang berpanjangan di antara seorang lembaga dengan anak-anak sukunya, tetapi akhirnya perpaduannya itu pun kekal sebagai suku yang di bawah undang buat selama-lamanya.
Maka boleh kita mengambil alasan lagi, misalnya suku Anak Acheh, dari semenjak zaman dahulu hanya perut sahaja yang layak menerima pusaka gelaran Dato’ Lela Wangsa, iaitu lembaga suku Anak Acheh semuanya itu. Tetapi oleh sebab waris suku Acheh di Bongek dan Bintongan telah bertambah ramai pada tahun 1877 Masihi. Mereka pun berjaya memujuk Dato’ Lela Wangsa Malimsupaya gelaran pusaka ini diluaskan kepada mereka. Tuntutan ini telah dikabulkan: tetapi manakala tiba hari istiadat berjamu mengesahkan, pihak di Bongek dan di Bintongan sudah pun menyembelih kerbau,memasak nasi kunyit dan mengacau penganan serta mempersilakan Undang Haji Sahil dengan segala kebesaran mengikut adat maka didapati Dato’ Lela Wangsa Malim dengan ahli-ahli suku yang sebagai wakil waris telah enggan hadir, entah macam mana didapati berubah sahaja fikiran mereka pada hari itu. Maka ahli suku dua buah kampung itupun marah akan perbuatan orang-orang Pulau itu; lalu mereka menarik diri, tidak hendak berlembagakan Malim lagi, melainkan berteduh di bawah naungan undang.
Maka pertikaian ini berekorlah kepada kejadian pada tahun 1896 Masihi. Iaitu setelah delapan tahun lamanyaperselisihan di antara undang (Dato’ Sarwan) dengan lembaga suku ini berkenaan dengan perkara kecil di dalam adat maka sampailah kepada suatu kejadian “memecah ikatan” ini. Dato’ Undang telah menahan pertukaran hak memiliki tanah dan juga telah membuat keputusan bagi perdamaian di antara dua pihak yang berselisih itu. Tetapi entah macam mana maka yang terdenda ialah pihak yang sukakan perdamaian (Bongek dan Bintongan), oleh yang demikian maka Anak Acheh tergantung kepada undang itu pun menghantar rayuan kepada Tuan ResidenBritish memohonkan masuk semula di bawah perintah Lela Wangsa, lembaga mereka yang dahulu, atau jika permintaan ini tidak diluluskan, maka redalah mereka mengikut lembaga pada mana-mana suku juga dan tidak hendak “bergantung” kepada undang lagi. Akhirnya mereka pun masuklah semula ke dalam lingkungan lembaga asalnya.
Maka perbuatan “tua” suku tergantung seperti ini adalah merugikan dia juga kerana hilang makanan yang didapatinya daripada anak-anak sukunya sebab anak-anak sukunya itu terlepas daripada tanggungannya. Dalam pada itu bagi pihak tua itu pernah tidak menyesal atas perbuatannya itu, baik bagi suku Anak Acheh dalam kejadiannya seperti yang disebutkan, mahupun suku Seri Lemak yang satu pecahan daripadanya keluar bergantung kepada undang kerana tidak mahu menghulur balas atas kesalahan membunuh seorang anak suku Seri Melenggang yang bernaung di dalam lingkungan Dato’ SendaMaharaja, lembaga suku Seri Lemak dahulu itu.
Sebagaimana telah disebutkan bahawa undanglah yang beruntung jika terjadi sebarang perpindahan, maka apabila sekali telah disahkan bergantung kepadanya, tidaklah boleh lagi hendak keluar daripada naungannya itu melainkan dengan persetujuan juga dan setelah menyempurnakan bayaran denda adat sebanyak satu bahara ($14.00).
Adapun Dato’-dato’ Lembaga itu, bagaimana diterangkan dalam tambahan III, terbahagi kepada dua bahagian, iaitu;
1.      Lembaga “yang berlapan”.
2.      Lembaga “yang dua belas”.
Maka ikatan lembaga “yang berlapan” itu ialah juga yang dinamakan “tiang balai” atau “tulang urat”.Akan halnya adalah sebagai sebuah jemaah kerapatan (mesyuarat) bersendiri yang di dalamnya undang tiada berkuasa mengambil apa-apa langkah. Undang tidaklah boleh membicarakan sesuatu kejadian yang menentang adat melainkan di hadapan mereka semua yang duduk sebagai pengapit di dalam persidangan di balai. Demikian juga surat-surat persetiaan bagi faedah atau untung rugi luak undang tidaklahberkuasa menandatanganinya jika tidak termasuk “lembaga yang berlapan” menurunkan tandatangan masing-masing.

Adalah ikatan ini tertubuh pada tahun 1831 Masihi, iaitu apabila masuk perikatan “berempat di sebelah darat”. Sebelum itu lembaga darat dengan lembaga baruh menjalankan tanggungan yang berasing-asingan. Maka ikatan “di baruh” terdiri daripada dua perikatan yang dinamakan “berempat dan berlima suku[1] iaitu pergabungan orang mendatang yang mula-mula denganwaris tujuh buah kampung daripada delapan yang terutama dan yang mewarisi pusaka undang itu. Maka ikatan “di darat” kerajaan pada zaman dahulu ialah terkhas bagi perkara-perkara yang berhubung dengan hal-hal suku dan siasah luar bagi luak yang dibuat oleh undang dan jemaah lembaga “berempat”di baruh sahaja. Keterangan-keterangan berkenaan dengan pemerintahan berperlembagaan mengikut cara tua ini adalah tersebut dalam persetiaan yang dibuat oleh Rembau dengan Belanda bertarikh tahun 1760 Masihi dan 1819 Masihi dan juga dalam persetiaan yang dibuat dengan British pada tahun 1831 Masihi.
Maka adalah beberapa tanda yang menunjukkan keadaan “berempat di baruh” itu lebih tarafnya daripada “berempat di darat”, diantaranya berkenaan dengan bayaran adat nikah kahwin yang tinggi pada sesetengah suku[2] dan bahagian yang diambil oleh lembaga “berempat di darat” pada masa melantik undang[3]. Demikian juga dalam istiadat memakamkan salah seorang di antara “berempat di baruh”[4] itu adalah lebih belaka keadaannya daripada di darat.
Maka “lembaga berempat” dan juga yang kemudiannya bernama “berlapan” di darat itu tiadalah berhak mencampuri perkara ikatan lembaga jenis kedua yang dinamakan lembaga “dua belas”.
Adapun masa sekarang lembaga “yang dua belas” hanya tinggal namanya sahaja. Yang sebenarnya hanya sembilan orang sahaja lembaga di dalam ikatan itu yang mentadbirkan dua belas suku. Jadinya, sebutan “dua belas” itu ditujukan kepada suku layaknya. Maka sebutan ini tiadalah kena pasangan pada beberapa perkara. Kumpulan yang “dua belas” itu yang diketahui ialah lain daripada “yang berlapan”. Suku-suku seperti Seri Lemak, Paya Kumbuh dan Tiga Nenek yang ada lembaganya masing-masing itu termasuk ke dalam kumpulan “berlapan”, tetapi adalah syakakan perbezaan di antara yang “berlapan” dengan yang “dua belas” itu kerana tiada terang pada sebutannya. Tiap-tiap lembaga dalam yang “berlapan” itu nampaknya sama juga keadaannya dengan tiap-tiap lembaga dalam yang “dua belas”sebagai salah seorang ahli dalam jemaah pentadbiran Rembau. Jadinya waswaslah jika hendak dikatakan bahawa sebutan itu terbiar mengikut bilangan lembaga-lembaga. Sebelum Rawa melanggar Rembau pada penghujung abadyang kedelapan belas, dalam kumpulan ini adalah termasuk sama Dato’ Mengkuta, lembaga suku Seri Melenggang Kendung dan Dato’ Dagang, lembaga suku Seri Melenggang Minangkabau. Tetapi kedua-dua lembaga ini telah membantu pihak musuh itu, lalu dihukumlah mereka keluar daripada ikatan yang “dua belas” itu. Maka ada lagi lembaga yang “dua belas” asalnya dan jatuh yang kedua belas dalam hitungannya, iaitu Dato’ Lela Raja, lembaga suku Tiga Batu sebelah baruh. Oleh sebab orang-orang Tiga Batu ini diamnya di Legong, sebagai membalas budi mereka dengan lembaganya pun masuklah ke bawah naungan Dato' Bangsa Balang meskipun mereka memang diakui sebagai yang “dua belas” juga. Jadinya terkeluarnya daripada kumpulan ini pun sebab daripada pergaduhanlah juga. Darihal ahli kelima-lima suku dalamkumpulan “baruh” itu, perkara yang berkait dengan kuasa di dalam suku masing-masing samalah seperti “yang berlapan”juga. Tetapi di dalamlingkungan bersekat, Dato’ Setia Maharaja dan Sutan Bendahara lebih utama dalam hal menghukum dan juga dalam perkara yang berkaitan dengan adat istiadat, samalah keadaannya dengan “yang berlapan” juga. Dato’ Maharaja Unda dan Dato’ Nganyang, jika hendak membuat barang suatunya adalah pula dikehendaki sepakat dengan Dato’ Mandulika. Maka pada adat, kuasanya tidaklah juga luas, melainkan berjalan di dalam suku pegangannya masing-masing sahaja.
Maka suku yang “dua belas” ini dikenal dengan sebutan “kapak sayap”. Daripada kumpulan mereka inilah undang memilih pengapitnya dalam masa hendak mengadakan sesuatu lawatan rasmi. Maka berhak juga mereka hadir di balai undang bersama lembaga yang “berlapan” tetapi jika tiada pun tidak mengapa dan tidak menggendalakan perjalanan kerapatan di balai itu. Mereka tiadalah bersuara dalam perkara memilih undang.
Apabila seseorang lembaga meninggal dunia maka adat adalah berkata bahawa gantinya hendaklah dipilih sebelum mayat sempurna dimakamkan dengan adat dan beristiadat. Ada beberapa perkara yang mustahak dibuat berhubung dengan istiadat memakamkan seseorang lembaga ini. Jikalau tidak “berdiri adat” pada masa itu maka suku itu adalah akan hilang pusaka lembaganya; kecuali pada mati terkejut atau meninggal kerana penyakit berjangkitan, tidaklah dikehendaki “mendirikan adat” ini[5].
Berkenaan dengan memilih bakal ini terpulanglah kepada buapak-buapak dengan sifatnya menjalankan kerja yang diperintahkan oleh “besar” dan dengan persetujuan semua waris (ahli-ahli suku). Maka kawasan memilih lembaga ini adalah terhad mengikut giliran perut dan hendaklah dengan persetujuan waris di dalam perut yang kena giliran itu. Sungguhpun demikian halnya, undang bolehlah menolak pilihan ini, maka dia diakui sah hanyalah setelah undang menerima penghadapannya
Alhasilnya pada lazimnya, pilihan lembaga ini adalah bergantung kepada undang juga; demikian juga memecatnya, undanglah sahaja yang berkuasa seperti kata perbilangan:
“lembaga itu, hidup matinya pada undang”.
Undang tidaklah boleh memecat dengan berleluasa. Dia akan membawa lembaga “yang berlapan” sama melihat dan menimbangkan kesalahan seseorang lembaga. Jika ada lembaga-lembaga yang menimbang rasa, maka mahulah ia menerangkan dengan secukupnya di mana salahnya perbuatan lembaga yang hendak dipecat itu mengikut adat dan dengannya mereka bersetuju “dipecat”.
Kesalahan-kesalahan mengikut adat terbahagi kepada dua bahagian” (1) salah pada suku, cuai menjalankan kewajipan; (2) salah pada undang, menceroboh adat yang di dalam lingkungan kuasa undang.
Maka yang pertama itu terkandung di dalamnya empat jenis, iaitu seperti kata perbilangan:
“melindungkan, mengendapkan;
“pecah, menghilangkan;
mencacankan;
“terkurung mati.” (perbilangan XXXVIII, penambahan ii)
Jenis yang kedua pula berkait dengan adat pantang larang undang seperti kata:
“derhaka, celaka;
“dahaga: dahagi:
“rembun; bakar:
“tikam: bunuh:
upas: racun:
“sombong, salah.” (perbilangan XXXII, penambahan i)
Dan juga lihat undang, bab II ceraian 5. Jadinya, kesalahan ini kesimpulannya ialah kesalahan pantang larang dan kesalahan melakukan sesuatu yang di luar kuasa lembaga itu boleh membuatnya maka dikiralah perbuatan itu menentang berterang-terang akan kuasa undang. Adapun perbuatan Dato’ Bangsa Balang Haji Abdul Karim pada tahun 1871 Masihi membantu Haji Mustafa melawan Haji Sahil kerana berebutkan undang itu adalah termasuk ke dalam kesalahan jenayah yang dikehendaki di sini. Pada tempoh Melayu dahulu kesalahan pantang larang seperti ini jika dibuat, maka bukan sahaja boleh menyebabkan hilang pusaka gelaran, tetapi ialah harta pusaka juga harus dirampas. Maka adalah lagi perbilangan berbunyi:
“Maka dibilang daripada adat lembaga dengan pusaka di dalam sukunya seekor kerbau: tampaknya, pertama nikah dan kahwin: kedua, alat (ulik) dan jamu (termasuk jamu hari raya): ketiga, jinjang, tindik: keempat, sunat rasul: kelima, jemput, hantar: keenam, pertolongan nasi berkaki dua berjalan siang: ketujuh, pertolongan kuih berkaki empat berjalan malam.” Maka hendaklah lembaga tersila dalam jamuan ini. Sungguhpun pada setengah perkara tiada istiadat yang hendak dibuatnya, tetapi mengikut adat, asalkan menyembelih kerbau maka hendaklah lembaga hadir dalam jamuan itu. Maka kehadirannya adalah dikata “lenggang bernama helang mengepak.” Kata perbilangan:
“Dibilang atoran,
“Jalan bernama semut beriring:
“Lenggang bernama helang mengepak:
“Duduk bernama bunga sekuntum:
“Bertinggi helang berbegar (berlegar-legar),
“Berjinjang tiung akan terbang,
Berkungkum gagak yang hinggap,
“Berbelok kucing main daun,
“Berendah kuau menyisir.” (perbilangan XXII, penambahan i)
Jika hadir, ia akan dapat daging ramek-ramek; demikian juga berhak menggunakan setengah daripada istiadat kebesaran, umpamanya, langit-langit terpasang, marual dan ular-ular seperti yang digunakan alat mengikut kebesaran undang[6] maka kehadirannya mahulah dihormatkan dengan alat-alat kebesaran ini.
Adapun kuasanya memerintah mengikut adat, seperti ibu bapa (buapak), adalah terikat dalam kata perbilangan “bersekat” itu juga. Maka hukuman-hukuman yang berat, seperti kesalahan-kesalahan jenayah adalah terkhas bagi kuasa di balai undang; lembaga boleh menyelesaikan perkara-perkara seperti kata-kata “membuta mata, mematah tulang memutus urat” dan luka yang di luar daripada kuasa buapak[7] dan lagi ia boleh menghukum sehingga dua puluh rupiah iaitu $7.20 dalam sesuatu kenduri kerana perdamaian. Denda ini dibayar sebagai ikhlas pihak yang melakukannya. Maka bagi kesalahan-kesalahan yang besar dia bertanggungjawab menyembahkan dan menghadapkan yang bersalah itu ke balai undang.
“Tali pengikat daripada lembaga,” kata adat. Maka segala perkara yang berkait dengan hutang-piutang yang disebut oleh adat “terang gelap” berlaku di dalam suku, tidak yang “gelap semata-mata”, bolehlah ia menyelesaikannya mengikut kata “sah batal kepada lembaga”. Maka sampailah kepada perkara yang kena-mengena dengan harta yang boleh dianjak-anjak seperti kambing dan kerbau, jika berlaku, boleh diperintahkannya rampas jika kejadian itu di dalam suku, serta kepunyaan anak sukunya. Baik mengikut kuatkuasa yang ada kepadanya atau dengan persetujuan buapak-buapak pun sama.
Jikalau didapati kejadian yang seperti ini berlaku dan sukunya yang bertanggungjawab, maka hendaklah ia meluluskan bayaran itu.
Berhubung dengan perkara tanah pusaka yang pada masa sekarang di dalam nama perempuan sahaja itu, tidaklah sah berpindah milik atau digadaikan melainkan dengan setahu lembaga. Maka peraturan bertukar milik bagi harta mengikut kata perbilangan:
“Jangka berelak,
“Lantak bertukul,
“Emas bertahil,” (perbilangan XXIII, penambahan i)
Adalah dihormatkan oleh lembaga dan dijalankan di antara kedua-dua pihak yang berkenaan. Merekalah yang mengukur tanah, memancang sempadan dan melihat wang berpindah tangan serta mendapat bahagiannya yang dinamakan “adat tukul lantak” dua puluh rupiah. Maka semenjak kerajaan menjalankan kerja-kerja mengukur dan mendaftarkan sendiri akan tanah-tanah sekarang, bahagian lembaga ini telah didapati hilang begitu sahaja dan hanya menjadi perkara yang pernah disungutkan mereka sahaja lagi padahnya.




[1].              Lihat bab I muka 9 dan bab II ceraian I.
[2].              Lihat penambahan IV, IX.
[3].              Bab II bahagian 6, ceraian undang.
[4].              Masa jenazah diusung lembaga di darat tiadalah bertabur emas di jalan sampai ke perkuburan dan juga tiada
                kain putih dibentangkan pada jalan jenazah itu lalu seperti yang dibuat kepada “berempat di baruh”.
[5][5].            Lihat hal Dato’ Raja Senara, lembaga suku Tanah Datar Baruh. Adat istiadat yang dibuat apabila seseorang
                lembaga meninggal dunia, lihat tambahan I.
[6].              Lihat perbilangan XII tambahan I.
[7].              Lihat bab II, ceraian 2.

Wednesday 24 February 2016

CELOTEH PEMINAT ADAT PERPATIH DARI JOHOL DAN MUKIM GADONG

GY atau Ghazali Yasin dua dari kiri dan Ahmad Fadzil Yassin empat kanan. Para penulis yang menyubang kepada penerbitan buku SKTBIES



DIALOG PEMINAT  ADAT PERPATIH – REMBAU-JOHOL

Undang Rembau pertama moyang waris Biduanda Lela Maharaja dan Biduanda Sedia Raja masing-masing mempunyai empat carak (suku) sebelah ibu. Saya dan Norzali Ibrahim mengunjungi pusara Undang Rembau pertama yg terletak di Jalan Chengkau Ulu. 4Mac 2014. Kami prihatin dengan keadaan pusara Undang Rembau pertama itu tinggal  terabai. Ghazali Yasin dari Suku Mungkal Johol memberikan pandangannya melalui Facebook seperti berikut dan diikuti dengan pandangan balas saya seterusnya:Top of Form

Ghazali Yasin: 1. Menarik sungguh kisah sejarah pengasas Undang Luak Rembau yang AFY paparkan ini. Mengikut papan kenyataan di atas, Undang Luak Rembau yang pertama disandang oleh Dato’ Lela Maharaja Dato’ Seri Rama bin Tok Lela Balang dan baginda memerintah pada tahun 1540 hingga 1555. Sedangkan Undang Luak Johol pula mengikut catatan Wilkinson, Hurvey dan A. Samad Idris (rujukan: Cikgu Hj. Ab. Manas Itam seorang Tokoh Adat Perpatih di Johol) pusaka Undang Luak Johol diasaskan pada tahun 1723 dan Dato’ Undang yang pertama ialah seorang perempuan bernama Puteri Kunun (juga dikenali sebagai Nenek Kerbau dan Sitiawan).

2. Menurut penceritaan yang diberitahu oleh Haji Yunus (seorang lagi tokoh Adat Perpatih di Johol) kepada saya - Puteri Kunun bersama ayahandanya, Dato’ Bendahara Sekudai dan 3 orang kekandanya yang bernama Johan, Pahlawan dan Lela Perkasa serta beberapa orang juak baginda telah dipelawa oleh Dato’ Batin Pak Joho (bukan Dato’ Batin Balang seperti yang pernah saya ceritakan dalam fb sedikit masa dahulu) datang ke Padang Pak Senai (satu kawasan di Johol) apabila negeri yang diterokai ayahanda baginda di Pasir Besar selama 8 tahun menjadi huru-hara dan ramai hulubalang yang mati berbunuhan sesama sendiri akibat gangguan jin yang menyerupai seorang perempuan yang amat cantik hingga menjadi rebutan orang lelaki di Pasir Besar (kononnya). Sebelum itu, Dato’ Bendahara Sekudai bersama 4 orang anak baginda serta beberapa juak istana telah melarikan diri dari Johor ke Pasir Besar di Negeri Sembilan oleh kerana Sultan Johor ketika itu telah mati terbunuh dek diserang oleh hulubalang-hulubalang pengikut Sultan Johor yang memerintah sekarang ini.

3. Apabila keadaan huruhara di Pasir Besar itu diketahui oleh Dato Batin Pak Joho menurut firasatnya maka beliau bersama pengikutnya turun mengikut air sungai ke hilir hingga sampai ke Pasir Besar untuk menyelamatkan Dato’ Bendahara Sekudai yang dalam kesusahan. Dato’ Batin Pak Joho pun mengadap dan mempelawa Dato’ Bendahara Sekudai dan 4 orang anak baginda serta juak-juak istana yang tinggal untuk menyelamatkan diri ke Padang Pak Senai. Setelah berunding bersama keempat orang anak baginda maka Dato’ Bendahara Sekudai pun bersetuju mengikut Dato’ Batin Pak Joho dan pengukutnya mudik ke hulu sungai. Setelah lama berdayung maka sampailah rombongan di Kuala Sungai Koghoh. Kemudian mereka mudik lagi hingga sampai Kuala Melekai lalu naik ke darat. Dato’ Bendahara dan rombongannya dibawa pergi ke rumah Dato’ Batin Pak Joho di Tanjung Beringin.

4. Selepas itu Tok Batin Pak Joho pun memanggil Orang Asli membuat sebuah istana untuk menempatkan Dato’ Bendahara Sekudai serta juak-juaknya. Selang beberapa hari siaplah istana dan bersemayamlah Dato’ Bendahara Sekudai di situ. Dato’ Batin Pak Joho dan anak buahnya mengawal di Kuala Mudik dari kemungkinan serangan musuh.

5. Selepas keadaan agak teratur maka Tok Batin Pak Joho, yang merupakan adik paling bongsu, pun memerintahkan anak-anak buahnya pergi menjemput abang-abang beliau iaitu Tok Batin Sungai Ujung (yang sulung), Tok Batin Rembau (abang kedua) dan Tok Batin Jelebu (abang yang ketiga) datang untuk mempelawa mereka datang ke Tanjung Beringin untuk mengadap dengan Dato’ Bendahara Sekudai.

6. Apabila ketiga Dato’ Batin itu sampai di Tanjung Beringin maka berkumpullah empat beradik itu dan mereka pun berunding. Tok Batin Pak Joho berceritalah kepada ketiga abang beliau tentang nasib yang menimpa Dato’ Bendahara Sekudai serta keluarga bendahara di Pasir Besar dan kewajaran Dato’ Batin Pak Joho mempelawa Dato’ Bendahara Sekudai datang ke Tanjung Beringin.

7. Setelah perundingan dibuat maka keempat-empat Dato’ Batin itu pun bersetuju menerima dan membantu Dato’ Bendahara Sekudai dan keluarga serta juak-juaknya memulakan penghidupan baru dan membuka negeri baru.

8. Sebelum menyerahkan kawasan maka dilantiklah keempat orang anak Dato’ Bendahara Sekudai (3 lelaki dan 1 perempuan) sebagai pemerintah. Yang sulung bernama Johan dipelawa oleh Tok Batin Sungai Ujung untuk membuka negeri di tempat beliau (Sungai Ujung). Yang kedua bernama Pahlawan dipelawa oleh Dato’ Batin Rembau untuk mengikutnya membuka negeri di Rembau. Yang ketiga bernama Lela Perkasa mengikut Tok Batin Jelebu membuka negeri di situ. Manakala yang bungsu, Puteri Kunun dicadangkan memerintah di Johol di bawah nasihat ayah baginda sendiri iaitu, Dato’ Bendahara Sekudai. Baginda diberi gelaran Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan (menggabungkan nama keempat adik beradik baginda).

9. Dalam perundingan pembahagian kawasan pemerintahan itu Dato’ Batin Pak Joho mencadangkan supaya kawasan tanah lopan dan payo (di Sungai Ujung, Rembau, Jelebu dan Johol) diserahkan kepada anak-anak Dato’ Bendahara Sekudai. Manakala tanah gaung guntung, bukit bukau, pematang yang panjang diperintah oleh Dato’-Dato’ Batin. Cadangan itu dipersetujui oleh abang-abang beliau.

10. Itulah pengkisahan asal usul pusaka Undang Luak Johol dan lain-lain luak (Sungai Ujung, Rembau dan Jelebu) yang diceritakan oleh 2 orang tokoh adat di Johol.

11. Yang menjadi persoalan ialah: dari sumber papan kenyataan menunjukkan bahawa Pengasas Undang Luak Rembau yang Pertama memerintah Rembau dari tahun 1540 hingga 1555 jauh sangat beza tarikh pengasasan pusaka Undang Luak Johol yang petama iaitu pada tahun 1723 sepertimana yang dikutip dari rekod (penulisan) Wilkinson, Hurvey dan A. Samad Idris. [Nota: sehingga kini saya belum sempat menyemak rekod yang dituliskan oleh ahli-ahli sejarah berkenaan]. Mungkin kerja-kerja pengkajian tentang pengasasan pusaka keempat buah (luak) di Negeri Sembilan ini akan lebih menarik lagi! Saya juga berpendapat pengakajian tentang catatan sejarah Kesultanan Negeri Johor perlu dikaji oleh kerana pengasasan pusaka undang luar Sungai Ujung, Rembau, Jelebu dan Johol berkait dengan kejatuhan Sultan Johor yang terdahulu. Wallahualam!
Ghazali Yasin:  Jikalah betul keturunan Dato' Bendahara Sekudai dari Johor yang mengasaskan pusaka Undang Luak di empat buah negeri (Sungai Ujung, Rembau, Jelebu dan Johol) berrmakna ia bukanlah datang dari daerah Minangkabau? Ia sepatutnya dari Negeri Johor! Menurut keyakinan saya hanya Yam Tuan Besar Negeri Sembilan yang berasal dari Pagar Ruyung, Minangkabau!

Ahmad Fadzil Yassin:  Sayo memang totarik dgn kisah undang ini. Ada persamaan dengan nama Sultsn Johor dan tokoh yang bernama Skudai. Parr snd Mackray menyebut Bendagara Skudai yang anaknya berkahwin dgn Dato' Lela Balang. Tapi nama Bendahara itu dipertikaikan Norhalim Ibrahim penyusun buku Negeri Yang Sembilan. Menurutnya Nama Skudai itu bukan Bendahara Johor tapi nama Tok Batin yang menetap di Kg. Lada Chengkau. kalau betullah Bendahara Skudai dan bukan Tok Batin Skudai maka ada persamaan dalam sejarah Melayu yang menyebut Bendahara Skudai diberi kuasa oleh Sultan untuk menjaga kepentingan wilayah di ulu Melaka. Termasuk dalam wilayah Ulu Melaka adalah Rembau sehingga Sungai Ujong. Ada juga disebut nama Dato' Rembau dan kemungkinan Dato' Rembau ini ketua yg menjaga kawasan Rembau di bawah Bendahara.
Ghazali Yasin: Lagi banyak ese baco dan dengar cerita dari tokoh-tokoh adat lagi saya keliru. Yang pasti kita perlu banyak lagi buat kajian perbandingan untuk menghasilkan sesuatu yang dianggap sejarah yang hampir-hampir sohih. Seelok-eloknya peneraju Adat Perpatih patut anjurkan satu seminar adat supaya perbincangan dapat dibuat hasil daripada beberapa kertas-kertas kerja tokoh akademik Adat Perpatiih yang tersohor serta penceritaan daripada tokoh-tokoh adat yang tersohor. Orang macam kita ini boleh menawarkan diri sebagai rapporteur. Wallahualam!

Ahmad Fadzil Yassin: GY dah banyak seminar diadakan tapi topughok dalam laci jo. Buek seminar cumo mahukan elaun jo. Lopeh tu titik.
Ghazali Yasin:  Ese difahamkan Adat Perpatih dan Sejarah Noghoghi Sembilan ini sudah banyak cacat celanya. Oghang yang berhak tidak diberikan kuasa dan yang tidak berhak telah berkuasa (peranan Vit M). Yang jadi peneraju adat sekarang ini (di beberapa peringkat) tidak berminat nak berseminar atau untuk menyorot sejarah atau salasilah adat kita atau keturunan kita sobab mereka takut kok kecatatan itu jatuh ke atas diri mereka sendiri. Mereka was-was tentang kedudukan mereka sebenarnya. Itu pendapat peribadi se lah. Walaubagaimana pun, untuk mencari kebenaran orang yang ada prinsip dan tidak ada kekepentingan perlu meneruskan kajian secara bersedirian atau dalam kumpulan kecil.

Ahmd Fadzil Yassin: GY. Oghang yang tau ttg adat perpatih Ghombau ni ghamai tompi yang tau fakta berdasarkan bukti empirikal dan pensejarahan terlalu sikit. Ado yang berhujah berdasarkan logijlka politik dan kepentingan pribadi. Selagi ini tak ditangani usah mimpilah nak perbetul sistem?

Ghazali Ysin: Iyo bang. Yang coghodik pandai (termasuk yang dah masuk menara gading) pun masih terikut-ikut budaya Tok Selampit yang membawa coghito penglipur lara - dari satu tompek ko satu tompek - di sini isi coghito eh kurang sikit - kek tompek lain tambah kuah lai. Poi satu tompek lai berubah pulak coghito eh! Ese difahamkan ada sebuah coretan yang ditulis dalam tulisan jawi lamo yang tersimpan oleh Tn. Hj. Yunus (pangkat Pak Sodagho kek OG se) yang kini sudah berumur lebih 80 tahun. Menurut cerito eh ia ditulis oleh pangkat moyang kek dio dulu. Moyang dio hidup di zaman Dato' Undang Luak Johol yang ke-6 Dato’ Abu Bakar Gobah - juga dikenali Tok Buncit (1820-1840) – dari suku Biduanda Waris Johol.Selepas itu zaman Dato' Seeto (Tok Eto), undang yang ke-7 dan meninggal semasa pemerintahan Undang ke-8 - Dato' Wan Omar (dari Suku Biduanda Gemencheh). Sekarang ini dio cuba nak merumikan transkrip itu. Jadi kisah sejarah mengenai pengasas pusaka Undang Luak Johol adalah rujukan daripada coretan moyang Tok Yunus ini. Ese difahamkan sudah ado yang kuyak dan dimakan lipeh. Ese akan cuba ambik gamba atau fotostat setakat mano yang boleh.

Ahmad Fadzil Yassin: Begitu jugak dengan buku Rembau Sejarah adat dan Perlembagaannya dalam tulisan Jawi. Buku ini boleh dirumikan tompi sapo nak tanggung kosnya. Ghamai yang boduit baik di Johol maupun di Ghombau. Tompi nak nyumbang jawikan tak ado sapo.

Ghazali Yasin: Memang begitulah keadaannya bang. Ese baghu membuat kajian awal di peringkat pengutipan fakta melalui temubual dengan beberapa tokoh adat dan membuat rujukan kepada beberapa buku Adat Perpatih pun sudah ada yang menegur - buek apo kau buang maso, sapo nak terbit, siapo nak boli. "Kau ingat ...... tu setuju ke dengan apa yang engkau tulis nanti", dan kurang sangat yang memberi peransang. Ese fikir ini mungkin juga satu sifat oghang kito yang suko monyimpan bondo-bondo lamo (antik) bawah katil, ateh poghan, dalam kui, dalam setor dsbnya. Lama kelamaan barang antik itu rosak atau pocah. Walaubagaimana pun, kalau tak ada yang sanggup menerbitkan nanti ese cuba struktur baik-baik dan postkan dalam blog sajalah. Nikmat yang mungkin akan saya perolehi nanti bukannya wang ringgit tetapi dapat mengenali sejarah keturunan saya dan masyarakat  Melayu di Johol ini khususnya Insya'Allah!

Ahmad Fadzil Yassin: Ginilah GY. Kito buek apo yang mampu dan sanggup. Siapkan manuskrip eh. Kalau tak ado kos toghobitkan masuk dalam blog dulu sobab blog pon boleh diekses worldwide. Malah boleh masukkan sebagai entri dalam Wikipedia.

Ghazali Yasin:  Ese cubo lakukan dengan cagho kojo santai-santai. Untuk mengisi maso yang terluang. Kek kampung ini nak motong pun tak todayo lai bang oi. Mokasih!

Ahmad Fadzil Yassin: GY ok sobab ado pencen. Sayo tak boleh gitu kono motong kalau tak soru. Maklum tak ado pencen. Nampak eh kono poie motong haghi-haghi. Tosusup-sasap motong.

Komen:
Dato’ Andika Ainul Hasni: Monyandang pusako bogola sumo orhang ondak topi bilo sobut monjalankan adat istiadat ghamai yang ngolabah malah ado yang tak tau langsong tak ghoti nak monjalankan adat ado yang tak kona kodim bosa bopak apo poranan sotiap orang tu malah poranan dio sobagai lombago pun tak tau sopatut ee sotiap yang bogola pusako mosti buleh mombori ponorangan kopado ahli masyarakat kopado anak anak sokolah borani mombori corhamah umum bokaitan dongan adat diharap manao mano ponyandang pusako tu eloklah bolajar dan ambik tau sumo aspek kohidupan sodio bodopan bilo dipangge untok mombori corhamah...Top of Form

Adat Perpatih: Siapo yang lobih pandai dari dio pasti akan dipancung..oleh yang demikian lebih baik diam dari bersuargho....tak fikir hukum ALLAH jika perkara yang diamanahkan tidak dijalankan dgn betul...hukum dunio lepas dan hukum akhirat bolom tontu lae....Allahu Akbar!