Sunday 7 February 2016

MINIT NESYUARAT JK PENERBITAN KALI KEDUA DI HOMESTAY BATANG NYAMOR




Tiga kali pertemuan, tiga kali mesyuarat dan Mohd Shariff

MINIT MESYUARAT BIL. 2 ( 2015/2016)
JAWATANKUASA PENERBITAN BUKU CUCU GUNUNG DATUK GADUNG
  
Tarikh             : 09.01.2016 (Sabtu )
Masa               : 9.30 Pagi
Tempat           : Homestay Puan Hjh.Salbiah binti Ibrahim
                       Kg. Batang Nyamor


KEHADIRAN 


HADIR


1.           En. Ahmad Fadzil bin Haji Yassin                                        Pengerusi Penerbitan
2.           En. Hasni bin Abdul Manap                                                  Pengerusi Admin CGDG
3.           En. Bahari bin Abdul Rahman                                           Bendahari
4.           En. Shamsol Adzman bin Jaafar                                          AJK
5.           En. Mohammad bin Ibrahim                                                  AJK
6.           En. Othman bin Mohd                                                           AJK
7.           Puan Hjh Saedatollainy binti Haji Abdullah                      AJK
8.           Cik Zahriah binti Mohd. Shariff                                      Setiausaha


TIDAK  HADIR DENGAN MAAF


1.        Prof Dr. Haflah bin Piei                                                       AJK
2.       En. Mohammed Salleh bin Johari                                          AJK
3.       Puan. Hjh. Aznah binti  A. Rahman                                         AJK
4.       Puan Shamsidar binti  Abdullah                                             AJK
5.       Cik Norlisa binti  Ramlee                                                        AJK
6.       En. Norsahimi bin Mustafa                                                     AJK

                                       









Bil
PERKARA

TINDAKAN
1.
UCAPAN ALUAN PENGERUSI ADMIN CGDG
Pengerusi Admin CGDG mengucapkan salam dan terima kasih atas kehadiran semua AJK.





2

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL 1 (2015/2016)
          
           Dicadangkan  oleh   En. Shamsol Adzman bin Jaafar        
           Disahkan        oleh   En. Othman bin Mohd  
         


3.
PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

1.     Kehadiran Ajk
    Atas sebab komitmen persendirian yang tidak dapat dielakkan   
    beberapa orang AJK tidak dapat hadir .

2.    Bilangan Mesyuarat
Mesyuarat yang di adakan pada  13.12.2015  merupakan mesyuarat rasmi pertama dan mesyuarat kali ini bilangan kedua. Beberapa perbincangan diantara beberapa orang Ajk  dikategorikan sebagai perbincangan tidak rasmi.

3.  Penubuhan J/K Induk – Mesyarat Agung
Mesyuarat Agung perlu diadakan dengan memanggil semua waghih
CGDG. Tujuan adalah untuk memilih AJK Induk bagi  mengesahan pembentukan AJK Penerbitan. Tarikh di cadangkan pada 20 ataupun 21 Februari 2016.
Pengumuman akan dibuat melalui FB CGDG  dan borang khas akan di adakan bagi tujuan kehadiran

4.  Ahli CGDG
Mesyuarat bersetuju  bahawa ahli CGDG terdiri dari seseorang yang mana ibu berasal dari mukim  Gadong  dan orang semondo sebelah ibu. Selain dari kategori ini iaitu ibu berasal dari luar mukim Gadong boleh menjadi ahli bersekutu .
      
5.  Pengisian Buku CGDG

Mesyuarat bersetuju  kategori personaliti seperti berikut:-
-  Tokoh Agama – 2 orang
-   Akedemik     -  2 orang
-   Bisnes          -  2 orang
-   Uniform                 - 2 orang
-   Pegawai Kerajaan    - 2 orang
-   Sukan                    - 3 jenis sukan
-   Kesenian                -  2 orang

-   Lain lain tajuk        -   Bebas

-     Masakan dan Kuih Tradisional –
Ikan sembilang  masak tampang,Rendang Pucuk Ubi
Tempoyak dengan daun-daun, Rendang Daging Lado api
Kueh Godobung,Kueh Mosojid, Lempeng Sagu, Omping



3.

LAPURAN BENDAHARI

     1.  Jumlah keseluruhan kutipan dari ahli CGDG ialah RM1,550.00
         Jualan Buku                                                     RM  120.00
         Jumlah keseluruhan                                          RM1,670.00



4.

LAPURAN PENGERUSI J/K PENERBITAN

1.     Tarikh akhir penyerahan artikel
Tarikh akhir penyerahan artikel kepada S/U ialah 29 Januari 2016

2.     Kos  Penerbitan
Kos sebenar akan dibuat selepas terima artikel.
Artikel bersama 50% daripada kos ini hendak di serahkan kepada Penerbitan termasuk  booking tarikh

3.    Jumlah Cetakan Buku
500 buah buku akan di cetak. Jumlah ini di ambil kerana ianya dapat menjimatkan  kos sebanyak 20 % berbanding 300 cetakan buku.

4.    Skop Teknikal
 Perlantikan tiga Professional untuk menguruskan proses penerbitan
1.     Process Penerbitan
2.    Designer
3.    Jurugambar  ( akan datang ke lokasi pada masa yang akan di maklumkan)

5.    Jangkaan Buku akan siap di cetak pertengahan Jun 2016 iaitu lebih kurang 3 minggu sebelum hari Raya . Pelancaran Buku dicadang pada 16 Julai 2016 iaitu hari raya ke 11.

6.    Artikel boleh juga di hantar melalui Wassap, Facebook, Blog CGDG dan email SU (zahriahms@yahoo.com)


4.
LAIN-LAIN HAL

1.     Hjh Saedatollainy memaklumkan beliau akan menulis berkaitan dengan surau batu iaitu surau yang pertama di dirikan dengan batu bata dan akan menghantar write up melalui WA

2.    En. Shamsol Adzman meminta pandangan ahli mesyuarat berkaitan dengan lantikan penaung.
Mesyuarat bersetuju melantik Dato’ Samsura Pahlawan ( Mungkal) Dato’ Ilmy bin Hj. Md Zin. selaku Penaung  Penerbitan Buku CGDG.

3.    En. Mohammad bin Ibrahim meminta dicatitkan di dalam minit mesyuarat tentang kategori  ahli CGDG

4.    En.Hasni mencadangkan sumbangan diterima di tumpangkan ke  dalam akaun Koperasi. 
Mesyuarat berpandangan bagi memudahkan urusan pengeluaran kewangan sumbangan dimasukkan ke akaun AFY Communications

5.    En. Bahari bin Abdul Rahman
Mesyuarat Agong perlu di adakan secepat mungkin bagi tujuan pemilihan Jawatankuasa Induk. JK Induk diperlukan  bagi merangka peranan dan sumber kewangan dan disamping itu pembentukan JK Penerbitan .

Borang bagi menghadiri mesyuarat Agong perlu diedarkan.



4.
PENANGGUHAN
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir. Mesyuarat ditangguhkan pada jam12.25 tengahari. Mesyuarat akan datang akan
diadakan pada 21 Februari   2016 .

Disediakan oleh:                                  Disemak dan sahkan oleh                




Zahriah binti Mohd. Shariff                   Hasni bin Abd. Manap
       Setiausaha.                                           Pengerusi

         


No comments:

Post a Comment