Monday 22 February 2016

MASAKAN (LAUK-PAUK DAN KUIH-MUIH) TRADISI ORANG GADONG








Catatan: Gambar-gambar di atas adalah lauk-pauk yang dihidangkan oleh Tuan Rumah Di Sungai Tua, Batu Caves. Pada 1 Feb 2016 lalu Tuan Rumah Abu Sufi Hj. Hassan anak Gdong telah mengadakan majlis makan tengah hari di rumahnya dan dihadiri oleh sekumpulan kecil kawan-kawan terdekatnya sempena menyambut Hari Lahir seorang anggota keluarga yang kebetulan jatuh pada Hari Wilayah Persekutuan. 


MASAK TEMPOYAK DAUN

            BAHAN-BAHAN
            1 ikat pucuk ubi
                1 ikat pucuk labu
                1 ikat pucuk daun kunyit
                5 -10 helai daun maghun
                5 -10 helai daun kadok
                5 -10 helai dedap
                5 -10  helai daun lampin anak     * ( sekiranya ada)
                5 -10 helai daun panggey-panggey* ( sekiranya ada)
                5 -10 helai pucuk mambo            *( sekiranya ada)
            5 -10helai pucuk kelopong          *( sekiranya ada)
                5 -10 daun lidah kobau                *( sekiranya ada)
                5 -10 helai daun mali –mali         *( sekiranya ada)
            1-2 dua helai daun keladi birah seratah *( sekiranya ada)
            10 batang serai (seelok eloknya serai yang halus bukan serai peha ayam )
            5 papan petai
            30 biji lada api kampong ( di giling)
                1 ½ inci kunyit hidup (digiling)
                2 genggam ikan bilis
                4 camca besar tempoyak
                ½  ke 1 kilo santan
                
CARA MEMBUATNYA
1.                   Pucuk ubi, pucuk labu, daun kunyit, daun maghun daun kadok, daun dedap ,daun lampin anak, daun panggey panggey, daunmambo, daun kelopong, daun lidah kobau, daun mali-mali dan daunkeladi birah seratah dimayang halus seperti bunga rampai. Kemudian cuci dan toskan, perah sedikit. Serai di hiris halus .Petai diambil isinya, kemudian belah dua setiap satu. Ikan bilis ditoskan, perah dan tumbuk sedikit, tak perlu hancur, cuma pecah2kan saja. Ketepikan.
2.                   Gaulkan lada, ikan bilis dan tempoyak, masukkan santan dalam kuali atau periuk dan jerang dan setelah mendididih masukkan daun-daun , petai dan serai. Kacau dan masak hingga mendidih dan pekat sedikit.
3.                   Masak hingga pekat, perasakan dengan garam secukupnya


 RENDANG PUCUK UBI ( Sajian untuk 10-15 orang)

BAHAN-BAHAN

5 ikat pucuk ubi (pisahkan daun sehelai sehelai)
30  - 40 lada api kampong  di giling
2 inci kunyit hidup di tumbuk
Garam secukup rasa
3 kilo santan
3 genggam ikan bilis

CARA MEMBUATNYA

Santan, lada api, kunyit   garam dimasak sehingga terbit minyak
Masukkan ikan bilis dan pucuk ubi
Masak sampai kering
Angkat dari dapur dan kacau

(tanda masak sepenuhnya –ikan bilis kering dan daun pucuk ubi akan menjadi ringan . rasa lebih enak lagi sekiranya menggunakan kayu api)

Disamping pucuk ubi  memporai boleh juga di gunakan.


 GULAI IKAN SEMBILANG KAMPUNG BERSAMO BUAH TAMPANG

BAHAN-BAHAN NYA

10 ekor Ikan sembilang kampong  ( disiang dan di kosek hingga bersih )
 5 biji Buah tampang  ( di buang sebahagian kulit dan dicincang)
30 ulas lada api kampong ( di giling )
1 ½ inci kunyit hidup ( di tumbuk hingga halus)
1 kilo santan
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA

Santan, lada api, kunyit serta buah tampang yang telah dicincang di masak
Setelah terbit minyak masukkan ikan sembilang.
Masak sehingga agak kering.

 KUIH  GODOBONG

Bahan asas

1 cawan tepung gandum
½ cawan gula pasir
1 sudu kecil potas ( ubat untuk mengembangkan bancuhan tepung )
1 sudu kecil garam

½ cawan ibu masam ( ibu masam kena buat dulu sebelum membuat adunan yang siap untuk di goreng)
               
            Cara membuat ibu masam

                1 cawan tepung gandum
                1 sudu kecil garam
                1 sudu kecil potas
             ¼ cawan gula
                ½ cawan air
                Satukan semua bahan-bahan ini dan perap selama dua jam
               
Bahan Asas dan ibu masam di gaul dan di perap  selama 3-4 jam

Ambil adunan di bulatkan dan di goring di dalam minyak yang sederhana panas

 KUIH BUMBAI

BAHAN-BAHAN

1 Mangkuk telur itek
1 ½ mangkuk santan
½ mangkuk tepung gandum
2 ½ mangkuk gula pasir
1 senduk nasi minyak sapi
Bawang kecil di hiris

CARA MEMBUATNYA

Satukan tepung gandum dengan gula dan gaul . Masukkan telur, santan dan minyak
sapi serta hirisan bawang.
Adunan ini hendaklah di gaul dengan tangan kering untuk sebati
Adunan hendaklah diserapkan sekitar 4 jam untuk hasil yang lebih baik.
Tuangkan adunan di dalam acuan  dan di bakar.
Pembakaran memerlukan api di atas dan di bawah acuan





No comments:

Post a Comment