Friday 19 February 2016

SOLOK SENGKUANG CABIN D'VILLAGE BY ZAHARIAH MOHD. SHARIFF

Zahariah Mohd Shariff (kiri) penulis artikel ini


ZAHARIAH MOHD. SHARIFF
SOLOK Sengkuang Cabin D’Village adalah satu tempat pelancongan
berkonsepkan pelancongan penginapan yang bermula
operasi pada September 2015. Ianya di tadbir urus oleh
Koperasi Homestay Batang Nyamor Rembau Berhad (ringkasan
KHOBA’AN) yang ditubuhkan pada bulan Julai 2014. Kemudahan
yang terdapat di sini ialah:-
9 unit Kabin Keluarga berhawa dingin dilengkapi dengan bilik air
9 unit Kabin Dorm kapisiti 4 orang
Tapak Pekhemahan kapisiti 400 orang
Zon Penginapan Hammock
Khemah (4 orang)
Dewan berhawa dingin
Surau
Café
Kedai cenderahati Mountain Bike dan berbasikal melalui trek-trek
mencabar bermula dari Kg. Kendong hingga ke Kg. Bongek
2 Kolam Mandi untuk kanak dan dewasa (punca air dari gunung)
12. Pakej aktiviti ( obstacle ,panjat tiang licin,pukul bantal dan lain)
13. Jurupandu samada mendaki Gunung ataupun Ke Air Terjun Lubuk
Petai Bilik Air

Tempahan makan minum Solok Sengkuang merupakan kawasan
tanah pamah bekas sawah padi yang tidak diusahakan lagi dan
terbiar melebihi 40 tahun. Status tanah adalah milikan individu (tanah
adat) yang ditadbir dibawah Adat Istiadat Negeri Sembilan.
Solok Sengkuang terletak 400 meter dari penempatan yang paling
hampir dan tidak mempunyai kemudahan Air serta jalan raya. Buat masa
ini hanya jalan tanah di dalam kebun kelapa sawit Batang Nyamor kepunyaan
FELCRA menjadi perantaraan. Apabila menyentuh hal pembangugnan
2
tanah adat yang begitu lama terbiar saya ingin berkongsi pengalaman
menguruskan sehinggalah perjanjian di meterai di antara pemilik
tanah dan juga waris tuan tanah dengan Koperasi Homestay Batang
Nyamor Rembau Berhad. Setelah pemilihan kawasan di persetujui carian
rasmi tuan tanah bagi lot-lot terlibat perlu di buat di Pejabat Tanah Daerah
Rembau. Antara masalah yang dihadapi ialah seperti di bawah:-

Ada pemilik yang tidak tahu yang mereka ada mempunyai lot tanah
di kawasan tersebut, pemilik tidak tahu lokasi, tiada pertukaran nama
dibuat, terlalu banyak nama dalam grant, pembahagian di buat secara
lisan ( dalam bahaso kampung yang sobalah hulu tu ompok kau, yang
hilir tu ompok kak long kau, yang darek tu ompok kak ngah kau) penyerahan
secara hitam putih tidak dibuat , tiada batu sempadan, pemilik sukar
dan tidak dapat di kesan, tiada dokumen hitam putih jual beli antara adik
beradik sebagai contoh penubusan hutang bercagarkan tanah.
Sejarah Pembangunan Solok Sengkuang Cabin D’Village Pembangunan
Solok Sengkuang ini adalah di bawah Program Desa Lestari – 21st
Century Village (Desa Abad Ke-21 ) yang telah dirancang oleh Kementerian
Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah yang bermula pada tahun
2013 hingga 2015. Pada Mac 2013 JKKK Batang Nyamor, Rembau, telah
dicalonkan dibawah Program Desa Lestari dan pada Jun 2013 pihak JKKK
telah menerima surat UPEN NS untuk mengadakan sesi pembentangan
pencapaian JKKK Negeri Sembilan.

Sesi pembentangan pertama telah di adakan pada 7 Julai 2013 – Ahad
(9.00 malam) di INFRA Bangi. 4 buah kampong di setiap daerah turut dicalonkan
iaitu Kg. Gebok Seremban, Kg.Terusan Uli,K.Pilah, Kg. Geduk
Tampin, Kg. Gagu, Jelebu (tarik diri) (lebih 60 buah kampong terlibat dari
seluruh Malaysia). JKKK Batang Nyamor dan Kg Geduk Tampin telah terpilih
untuk pembentangan kali kedua iaitu merupakan Sesi Lawatan dan Penilaian

Kampung Desa Lestari yang di adakan pada 11 September 2013.
Pada hari sesi lawatan ini pihak JKKK menjemput penduduk kampong
terutama warga emas dan juga belia-belia sama-sama hadir di balairaya
bagi menunjukkan sokongan. Difahamkan kehadiran mereka ini merupakan
salah satu criteria yang membolehkan JKKK Batang Nyamor di
berjaya di pilih sebagai Kampung Desa Lestari bagi seluruh Negeri Sembilan
dan antara 13 kampung berjaya terpilih seluruh Malaysia( 24 buah
kampong di senarai pendek ). Melalui surat Kementerian Kemajuan Luar
Bandar bertarikh 20 Februari 2014 telah mengesah bahawa Kampung
Batang Nyamor, Gadong, Rembau telah dipilih sebagai salah satu kampong
yang akan dimajukan pada tahun 2014/2015. Dengan pemilihan

3
ini KKLW merasakan ia akan dapat menjadi lonjakan kepada tranformasi
ekonomi setempat dan kampong-kampung berhampiran. KKLW telah
menetapkan 25 Mac 2014 sebagai lawatan penilaian pembentangan
cadangan Projek Ekonomi Program Desa Lestari.
Kami telah memilih Projek Pelancongan Penginapan untuk pembentangan.
Bermula dari akhir Februari 2014 sehingga minggu ketiga Mac
2014 semua AJK JKKK dan orang persaorangan berkemahiran sama-sama
membantu menyediakan kertas cadangan. Pada 18 September 2014 Mesyuarat
Jawatankuasa Induk Pelaksaan Desa Lestari KKLW telah meluluskan
bagi melaksanakan 13 projek di bawah Program Desa Lestari yang
berjumlah RM921,770.00 .

Dengan kelulusan ini bermula kerja-kerja pembersihan serta meratakan
kawasan serta pembinaan kabin-kabin. Setelah pembinaan siap
pada 06 September 2015 penduduk kampong telah mengadakan gotong
royong membersihan kawasan serta mengindahkan lanskap Solok Sengkuang.
Pada 12 September 2015 Kumpulan yang pertama seramai 130
orang dari Persatuan Silat Cekak Hanafi Seremban mengadakan program
di Solok Sengkuang Cabin D’Village. Program Desa Lestari mewajibkan
satu konsep iaitu setiap kampung dipilih disyaratkan menubuhkan KOPERASI
sebagai perancang dan pengendalian projek. Koperasi Homestay
Batang Nyamor Rembau Bhd. telah diluluskan penubuhanya pada bulan
Julai 2014.

Koperasi bertindak selaku agen pembangunan ekonomi kampung
dengan penglibatan menyeluruh penduduk kampung sebagai ahli dan
pekerja. Di samping itu agensi-agensi KKLW sebagai penyelaras dengan
kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) selaku badan induk yang
akan membimbing projek oleh Koperasi Desa Lestari.
Bagi Kg. Batang Nyamor agensi KKLW yang dilantik ialah RISDA
(pemantauan dan pengesahan perjalanan projek) dan FELCRA ( pembayaran
projek kerana semua peruntukan di salurkan terus ke FELCRA
tidak kepada Koperasi) KHOBA’AN juga berharap perubahan ini akan
memberi kesan yang lebih positif dari segi peningkatan ekonomi dan
juga meningkatkan minat ahli KHOBA’AN untuk turut serta didalan setiap
projek yang telah dirancang.
Pembangunan akan datang Pembinaan Jalan masuk melalui jalan ke
Taman Rekreasi Gunung Datuk bersebelahan laluan paip Petronas Pembinaan
flying Fox Jambatan Gantung Tambahbaik Cabin Ladang Ternakan
Rusa Horse Riding Gelanggang petanque Pembekalan Air dari SAINS
Dengan pembukaan Solok Sengkuang Cabin D’Village ini ianya telah
mencapai objektif Program Desa Lestari iaitu melibatkan pengupayaan

4
komuniti dalam merancang serta menjayakan pelaksanaan pembangunan
di kampung dan memperkasa aktiviti ekonomi dan keusahawanan
penduduk kampung.Impak pelaksanaan Program Desa Lestari telah
membuka peluang pekerjaan. Buat masa ini seramai 7 orang penduduk
kampung telah lantik dengan menerima gaji tetap bulanan sebanyak
RM900.00 sebulan. Disamping itu antara 3 – 15 orang kampung di bayar
elaun khas apabila membantu secara sambilan mengikut aktiviti.
Dengan adanya Solok Sengkuang Cabin D’Village ini bertambahlah
destinasi pelancongan di dalam Gadong selain dari Gunung Datuk dan
Air Terjun Lubuk Petai.

No comments:

Post a Comment