Saturday 6 February 2016

TOKOH POLITIK CGDG 71350: YB SHAZIMAN ABU SHAZIMAN MANSOR, KHAIRY JAMALUDDIN DAN DATUK KAMARUL BAHRAIN ABBAS


Rumah tinggal di Kg. Tanah Datar milik keluarga Arwah Uwan Teh nenda kepada Busu Melah Tedatar. Busu Melah adalah ibu Dato' Shaziman Abu Mansor, Ahli Parlimen Kawasan Tampin.


Masyarakat di Mukim Gadong, salah sebuah mukim di Negeri Sembilan, bertuah kerana mereka memiliki tiga anak watan yang kini bergelar wakil rakyat di peringkat Parlimen serentak. Tiga wakil rakyat itu ialah YB Khairy Jamaluddin untuk Parlimen Rembau, YB. Dato' Shaziman Abu Mansur untuk Parlimen Tampin dan YB. Dato' Kamaul Bahrin Abbas untuk Parlimen Telok Kemang. Khairy dan Shazziman dari UMNO manakala Kamarul Bahrin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ini satu penghormatan kepada mukim ini. Jarang didengar di satu-satu mukim beberapa anak watannya diplih sekaligus menanggotai Dewan Legislatif Persekutuan. Dan kalau diteliti secara terperinci ketiga-tiga tokoh politik anak tempatan ini mempunyai hubungan kekeluargaan.

YB Khairy dan YB ainal Abidin berkahwin dengan orang dari suku Tanah Datar Gadong bapakan Cikgu Abbas Ali dari Chengkau dan bekas guru di King George V Seremban. Cikgu Abbas ini terkenal sebagai penterjemah kepada karangan C.W.C. Parr dan W.H. Mackray yang bertajuk Rembau, One of the Nine States: its History<>

Dari segi kesukuan anak Rembau, khasnya Mukim Gadong, dua tokoh YB, iaitu Shaziman dan Kamarul Bahrin sudah dipastikan. Oleh kerana adat perpatih di Negeri Sembilan diasaskan kepada sistem matrineal, suku ibu akan diwariskan kepada anak. Shaziman beribukan orang dari Suku Tanah Datar, Gadong, sementara Kamarul Bahrin beribukan orang daripada suku Biduanda Gadong baruh. Yang belum dipastikan ialah kesukuan Khairy. Walaupun ayahnya dari suku Biduanda Gadong darat, tetapi ibunya adalah orang dari luar suku. Maksudnya ibu Khairy adalah orang Kedah.

Kalu mengikut takrifan kesukuan, Khairy tidak termasuk ke dalam mana-mana suku di Rembau atau di Mukim Gadong. Bagaimana dari sudut politik Khairy dianggap anak Rembau, atau tepatnya anak Gadong. Dan ini menjadikannya "semukim" dengan Shaziman dan Kamarul Bahrin. Barangkali dalam hal ini ada masyarakat Mukim Gadong yang mahu membuat pengecualian. Khairy adalah anak watan Rembau, berdasarkan suku ayahnya, Jamaluddin.

Dalam sistem adat perpatih seseorang itu boleh masuk suku setelah dia dikodimkan. Maksudnya dia didiperakui menjadi masuk ke dalam satu-satu suku itu melalui satu majlis pengkodiman (kodin?) yang biasanya dirasmikan oleh Buapak atau orang besar dalam suku itu.

Jika begitu Khairy bolehlah dikodimkan masuk suku ayahnya, iaitu ke dalam Suku Biduanda Gadong Darat. Dan ini akan menjadikan Khairy sama taraf dengan dua lagi anak jati Mukim Gadong, Shaziman dan Kamarul Bahrin.

Soalnya mahukan Khairy berbat demikian atau ingin terus mewakili kawasan Parlimen Rembau. Dan bagi majoriti orang Rembau, khususnya Mukim Gadong, Khairy masih dianggap orang luar.

No comments:

Post a Comment