Catatan: Gambar-gambar di atas adalah lauk-pauk yang dihidangkan oleh Tuan Rumah Di Sungai Tua, Batu Caves. Pada 1 Feb 2016 lalu Tuan Rumah Abu Sufi Hj. Hassan anak Gdong telah mengadakan majlis makan tengah hari di rumahnya dan dihadiri oleh sekumpulan kecil kawan-kawan terdekatnya sempena menyambut Hari Lahir seorang anggota keluarga yang kebetulan jatuh pada Hari Wilayah Persekutuan.
MASAK TEMPOYAK DAUN
BAHAN-BAHAN
1 ikat pucuk ubi
1 ikat pucuk labu
1 ikat pucuk daun kunyit
5 -10 helai daun maghun
5 -10 helai daun kadok
5 -10 helai dedap
5 -10 helai daun lampin anak * ( sekiranya ada)
5 -10 helai daun panggey-panggey*
( sekiranya ada)
5 -10 helai pucuk mambo *( sekiranya ada)
5 -10helai pucuk kelopong *( sekiranya ada)
5 -10 daun lidah kobau *( sekiranya ada)
5 -10 helai daun mali –mali *( sekiranya ada)
1-2 dua helai daun keladi birah
seratah *( sekiranya ada)
10 batang serai (seelok eloknya
serai yang halus bukan serai peha ayam )
5 papan petai
30 biji lada api kampong ( di
giling)
1 ½ inci kunyit hidup (digiling)
2 genggam ikan bilis
4 camca besar tempoyak
½ ke 1 kilo santan
CARA MEMBUATNYA
1.
Pucuk ubi, pucuk labu, daun kunyit, daun maghun
daun kadok, daun dedap ,daun lampin anak, daun panggey panggey, daunmambo, daun
kelopong, daun lidah kobau, daun mali-mali dan daunkeladi birah seratah dimayang
halus seperti bunga rampai. Kemudian cuci dan toskan, perah sedikit. Serai di
hiris halus .Petai diambil isinya, kemudian belah dua setiap satu. Ikan bilis
ditoskan, perah dan tumbuk sedikit, tak perlu hancur, cuma pecah2kan saja.
Ketepikan.
2.
Gaulkan lada, ikan bilis dan tempoyak,
masukkan santan dalam kuali atau periuk dan jerang dan setelah mendididih
masukkan daun-daun , petai dan serai. Kacau dan masak hingga mendidih dan pekat
sedikit.
3.
Masak hingga pekat, perasakan dengan garam
secukupnya
RENDANG PUCUK UBI ( Sajian untuk 10-15 orang)
BAHAN-BAHAN
5
ikat pucuk ubi (pisahkan daun sehelai sehelai)
30 - 40 lada api kampong di giling
2
inci kunyit hidup di tumbuk
Garam
secukup rasa
3
kilo santan
3
genggam ikan bilis
CARA MEMBUATNYA
Santan,
lada api, kunyit garam dimasak sehingga
terbit minyak
Masukkan
ikan bilis dan pucuk ubi
Masak
sampai kering
Angkat
dari dapur dan kacau
(tanda
masak sepenuhnya –ikan bilis kering dan daun pucuk ubi akan menjadi ringan .
rasa lebih enak lagi sekiranya menggunakan kayu api)
Disamping
pucuk ubi memporai boleh juga di
gunakan.
GULAI IKAN SEMBILANG KAMPUNG
BERSAMO BUAH TAMPANG
BAHAN-BAHAN NYA
10
ekor Ikan sembilang kampong ( disiang
dan di kosek hingga bersih )
5 biji Buah tampang ( di buang sebahagian kulit dan dicincang)
30
ulas lada api kampong ( di giling )
1
½ inci kunyit hidup ( di tumbuk hingga halus)
1
kilo santan
Garam
secukup rasa
CARA MEMBUATNYA
Santan,
lada api, kunyit serta buah tampang yang telah dicincang di masak
Setelah
terbit minyak masukkan ikan sembilang.
Masak
sehingga agak kering.
KUIH GODOBONG
Bahan
asas
1
cawan tepung gandum
½
cawan gula pasir
1
sudu kecil potas ( ubat untuk mengembangkan bancuhan tepung )
1
sudu kecil garam
½
cawan ibu masam ( ibu masam kena buat dulu sebelum membuat adunan yang siap
untuk di goreng)
Cara
membuat ibu masam
1
cawan tepung gandum
1
sudu kecil garam
1
sudu kecil potas
¼ cawan gula
½
cawan air
Satukan
semua bahan-bahan ini dan perap selama dua jam
Bahan
Asas dan ibu masam di gaul dan di perap
selama 3-4 jam
Ambil
adunan di bulatkan dan di goring di dalam minyak yang sederhana panas
KUIH BUMBAI
BAHAN-BAHAN
1
Mangkuk telur itek
1
½ mangkuk santan
½
mangkuk tepung gandum
2
½ mangkuk gula pasir
1
senduk nasi minyak sapi
Bawang
kecil di hiris
CARA MEMBUATNYA
Satukan
tepung gandum dengan gula dan gaul . Masukkan telur, santan dan minyak
sapi
serta hirisan bawang.
Adunan
ini hendaklah di gaul dengan tangan kering untuk sebati
Adunan
hendaklah diserapkan sekitar 4 jam untuk hasil yang lebih baik.
Tuangkan
adunan di dalam acuan dan di bakar.
Pembakaran
memerlukan api di atas dan di bawah acuan
No comments:
Post a Comment