Induk Limah, balu Allahyarham Dato' Samsura Pahlawan Aji dari suku Mungkal |
CERAIAN
4, LEMBAGA
Maka adalah “lembaga” itu ialah tuan penghulu bagi
sesuatu suku. Kedudukan mereka dalam perlembagaan tadbir adat Rembau
diibaratkan dengan kata perbilangan:
“yang bertumbuh di lereng itu,
“sebagai beluluk tumbuh di rusuk,” (perbilangan III,
penambahan i) berbanding dengan undang ibarat,
“yang bertumbuh di bukit itu,
“erti nyiur tumbuh di mata.” (perbilangan III,
penambahan i) iaitu tarafnya di atas “buapak” yang dikiaskan dengan kata:
“yang bertumbuh delapan itu,
“erti berangan tumbuh di buntut.” (perbilangan III,
penambahan i) maka dialah pemerintah yang terutama di dalam suku dengan sama
rata dan penuh pentadbirannya, kecuali dua perkara mengikut kata;
“lembaga bersekat,
“undang berkelantasan.” (perbilangan IX, penambahan i)
Iaitu kuasanya tiada melampaui sempadan “darat” dan
“baruh”, misalnya, anak-anak suku Paya Kumbuh yang datang kemudian meneroka di
darat,di Sungai Layang dengan lembaganya Dato’ Seri Maharaja, tiadalah kena-mengena
dengan suku Paya Kumbuh di baruh yang dahulu datang dan diam di Legung serta di Gadung di
bawah perintah Dato’ Marabangsa itu. “Lembaga-lembaga” di
darat, adat alat jamunya haruslah tidak mengikut lembaga di baruh; tetapi pada
bahagian yang kena-mengena dengan adat di dalam pentadbiran suku keadaan
kedudukan mereka adalah luas dan berbimbing tangan satu dengan lainnya.
Pada setengah perkaraada juga didapati suku atau
pecahan-pecahan daripada sesuatu suku yang bergerak di bawah seorang yang
sebagai lembaga, kuasanya dan nasibnya tergantung kepada undang. Maka pada
sebutannya suku yang seumpama ini ahli-ahlinya adalah beruntung mendapat
pentadbiran terus sebagai suatu hukuman kepada lembaga mereka. Tetapi kejadian
demikian nyatalah sebagai suatu hukuman yang dijatuhkan kepada ahli-ahli suku
itu dengan lembaganya pun sama. Perpindahan hak kuasa memerintah itu tidak diapa
tiadalah sebabnya oleh pengaduan yang cukup alasannya daripada anak-anak suku
itu sendiri dalam hal perselisihan mereka dengan lembaga dan yang demikian
mereka berpisah daripada tanggungan suatu lembaga lalu berpindah kepada naungan
undang, bukanlah kejadian ini dengan kehendak undang. Maka di tempat-tempat
lain pun pernah juga berlaku kejadian ini. Tidak beberapa tahun dahulu, dalam negeri
Pahang misalnya, seseorang yang berselisih dengan penghulunya, biasanya
keluarlah ia dari daerahnya tinggal lalu menghilir. Apabila sampai ke Pekan,
dipinjamnya wang seringgit daripada bendahara, kemudian ia pun menjadi hamba
raja dengan tiada siapa-siapa pun berani mengganggu halnya lagi. Sungguhpun
mengikut adat Rembau kejadian-kejadian yang berlaku bukanlah tanggungjawab
seseorang, melainkan adalah bagi suku-suku,tetapi pada bahagian ini didapati
lebih kurang sama juga seperti yang berlaku di Pahang yang disebutkan itu,
iaitu kuasa penghulu luak kelak bertambah akibat daripada kejadian di dalam
lingkungan lembaga. Maka pada mula-mulanya suku yang tergantung itu diadakan
sebagai langkah sementara sahaja supaya menjauhkan pergaduhan yang berpanjangan
di antara seorang lembaga dengan anak-anak sukunya, tetapi akhirnya
perpaduannya itu pun kekal sebagai suku yang di bawah undang buat
selama-lamanya.
Maka boleh kita mengambil alasan lagi, misalnya suku Anak
Acheh, dari semenjak zaman dahulu hanya perut sahaja yang layak menerima pusaka
gelaran Dato’ Lela Wangsa, iaitu lembaga suku Anak Acheh semuanya itu. Tetapi
oleh sebab waris suku Acheh di Bongek dan Bintongan telah bertambah ramai pada
tahun 1877 Masihi. Mereka pun berjaya memujuk Dato’ Lela Wangsa Malimsupaya
gelaran pusaka ini diluaskan kepada mereka. Tuntutan ini telah dikabulkan:
tetapi manakala tiba hari istiadat berjamu mengesahkan, pihak di Bongek dan di
Bintongan sudah pun menyembelih kerbau,memasak nasi kunyit dan mengacau
penganan serta mempersilakan Undang Haji Sahil dengan segala kebesaran mengikut
adat maka didapati Dato’ Lela Wangsa Malim dengan ahli-ahli suku yang sebagai
wakil waris telah enggan hadir, entah macam mana didapati berubah sahaja
fikiran mereka pada hari itu. Maka ahli suku dua buah kampung itupun marah akan
perbuatan orang-orang Pulau
itu; lalu mereka menarik diri, tidak hendak berlembagakan Malim lagi, melainkan
berteduh di bawah naungan undang.
Maka pertikaian ini berekorlah kepada kejadian pada
tahun 1896 Masihi. Iaitu setelah delapan tahun lamanyaperselisihan di antara
undang (Dato’ Sarwan)
dengan lembaga suku ini berkenaan dengan perkara kecil di dalam adat maka
sampailah kepada suatu kejadian “memecah ikatan” ini. Dato’ Undang telah
menahan pertukaran hak memiliki tanah dan juga telah membuat keputusan bagi
perdamaian di antara dua pihak yang berselisih itu. Tetapi entah macam mana
maka yang terdenda ialah pihak yang sukakan perdamaian (Bongek dan Bintongan),
oleh yang demikian maka Anak Acheh tergantung kepada undang itu pun menghantar
rayuan kepada Tuan ResidenBritish memohonkan masuk semula di bawah perintah
Lela Wangsa, lembaga mereka yang dahulu, atau jika permintaan ini tidak
diluluskan, maka redalah mereka mengikut lembaga pada mana-mana suku juga dan
tidak hendak “bergantung” kepada undang lagi. Akhirnya mereka pun masuklah
semula ke dalam lingkungan lembaga asalnya.
Maka perbuatan “tua” suku tergantung seperti ini
adalah merugikan dia juga kerana hilang makanan yang didapatinya daripada
anak-anak sukunya sebab anak-anak sukunya itu terlepas daripada tanggungannya.
Dalam pada itu bagi pihak tua itu pernah tidak menyesal atas perbuatannya itu,
baik bagi suku Anak Acheh dalam kejadiannya seperti yang disebutkan, mahupun
suku Seri Lemak yang satu pecahan daripadanya keluar bergantung kepada undang
kerana tidak mahu menghulur balas atas kesalahan membunuh seorang anak suku
Seri Melenggang yang bernaung di dalam lingkungan Dato’ SendaMaharaja, lembaga suku Seri Lemak
dahulu itu.
Sebagaimana telah disebutkan bahawa undanglah yang
beruntung jika terjadi sebarang perpindahan, maka apabila sekali telah disahkan
bergantung kepadanya, tidaklah boleh lagi hendak keluar daripada naungannya itu
melainkan dengan persetujuan juga dan setelah menyempurnakan bayaran denda adat
sebanyak satu bahara ($14.00).
Adapun Dato’-dato’ Lembaga itu, bagaimana diterangkan
dalam tambahan III, terbahagi kepada dua bahagian, iaitu;
1.
Lembaga “yang
berlapan”.
2.
Lembaga “yang
dua belas”.
Maka ikatan lembaga “yang berlapan” itu ialah juga
yang dinamakan “tiang balai” atau “tulang urat”.Akan halnya adalah sebagai
sebuah jemaah kerapatan (mesyuarat) bersendiri yang di dalamnya undang tiada
berkuasa mengambil apa-apa langkah. Undang tidaklah boleh membicarakan sesuatu
kejadian yang menentang adat melainkan di hadapan mereka semua yang duduk
sebagai pengapit di dalam persidangan di balai. Demikian juga surat-surat
persetiaan bagi faedah atau untung rugi luak undang tidaklahberkuasa menandatanganinya
jika tidak termasuk “lembaga yang berlapan” menurunkan tandatangan
masing-masing.
Adalah ikatan ini tertubuh pada tahun 1831 Masihi,
iaitu apabila masuk perikatan “berempat di sebelah darat”. Sebelum itu lembaga
darat dengan lembaga baruh menjalankan tanggungan yang berasing-asingan. Maka
ikatan “di baruh” terdiri daripada dua perikatan yang dinamakan “berempat dan
berlima suku[1]
iaitu pergabungan orang mendatang yang mula-mula denganwaris tujuh buah kampung
daripada delapan yang terutama dan yang mewarisi pusaka undang itu. Maka ikatan
“di darat” kerajaan pada zaman dahulu ialah terkhas bagi perkara-perkara yang
berhubung dengan hal-hal suku dan siasah luar bagi luak yang dibuat oleh undang
dan jemaah lembaga “berempat”di baruh sahaja. Keterangan-keterangan berkenaan
dengan pemerintahan berperlembagaan mengikut cara tua ini adalah tersebut dalam
persetiaan yang dibuat oleh Rembau dengan Belanda bertarikh tahun 1760 Masihi
dan 1819 Masihi dan juga dalam persetiaan yang dibuat dengan British pada tahun
1831 Masihi.
Maka adalah beberapa tanda yang menunjukkan keadaan
“berempat di baruh” itu lebih tarafnya daripada “berempat di darat”, diantaranya
berkenaan dengan bayaran adat nikah kahwin yang tinggi pada sesetengah suku[2]
dan bahagian yang diambil oleh lembaga “berempat di darat” pada masa melantik
undang[3].
Demikian juga dalam istiadat memakamkan salah seorang di antara “berempat di
baruh”[4]
itu adalah lebih belaka keadaannya daripada di darat.
Maka “lembaga berempat” dan juga yang kemudiannya
bernama “berlapan” di darat itu tiadalah berhak mencampuri perkara ikatan
lembaga jenis kedua yang dinamakan lembaga “dua belas”.
Adapun masa sekarang lembaga “yang dua belas” hanya
tinggal namanya sahaja. Yang sebenarnya hanya sembilan orang sahaja lembaga di
dalam ikatan itu yang mentadbirkan dua belas suku. Jadinya, sebutan “dua belas”
itu ditujukan kepada suku layaknya. Maka sebutan ini tiadalah kena pasangan
pada beberapa perkara. Kumpulan yang “dua belas” itu yang diketahui ialah lain
daripada “yang berlapan”. Suku-suku seperti Seri Lemak, Paya Kumbuh dan Tiga
Nenek yang ada lembaganya masing-masing itu termasuk ke dalam kumpulan
“berlapan”, tetapi adalah syakakan perbezaan di antara yang “berlapan” dengan
yang “dua belas” itu kerana tiada terang pada sebutannya. Tiap-tiap lembaga
dalam yang “berlapan” itu nampaknya sama juga keadaannya dengan tiap-tiap
lembaga dalam yang “dua belas”sebagai salah seorang ahli dalam jemaah pentadbiran
Rembau. Jadinya waswaslah jika hendak dikatakan bahawa sebutan itu terbiar
mengikut bilangan lembaga-lembaga. Sebelum Rawa melanggar Rembau pada
penghujung abadyang kedelapan belas, dalam kumpulan ini adalah termasuk sama
Dato’ Mengkuta, lembaga suku Seri Melenggang Kendung dan Dato’ Dagang, lembaga
suku Seri Melenggang Minangkabau. Tetapi kedua-dua lembaga ini telah membantu
pihak musuh itu, lalu dihukumlah mereka keluar daripada ikatan yang “dua belas”
itu. Maka ada lagi lembaga yang “dua belas” asalnya dan jatuh yang kedua belas
dalam hitungannya, iaitu Dato’ Lela Raja, lembaga suku Tiga Batu sebelah baruh.
Oleh sebab orang-orang Tiga Batu ini diamnya di Legong, sebagai membalas budi
mereka dengan lembaganya pun masuklah ke bawah naungan Dato' Bangsa Balang meskipun
mereka memang diakui sebagai yang “dua belas” juga. Jadinya terkeluarnya daripada
kumpulan ini pun sebab daripada pergaduhanlah juga. Darihal ahli kelima-lima
suku dalamkumpulan “baruh” itu, perkara yang berkait dengan kuasa di dalam suku
masing-masing samalah seperti “yang berlapan”juga. Tetapi di dalamlingkungan bersekat,
Dato’ Setia Maharaja dan Sutan Bendahara lebih utama dalam hal menghukum dan
juga dalam perkara yang berkaitan dengan adat istiadat, samalah keadaannya
dengan “yang berlapan” juga. Dato’ Maharaja Unda dan Dato’ Nganyang, jika hendak membuat barang suatunya
adalah pula dikehendaki sepakat dengan Dato’ Mandulika. Maka pada adat,
kuasanya tidaklah juga luas, melainkan berjalan di dalam suku pegangannya
masing-masing sahaja.
Maka suku yang “dua belas” ini dikenal dengan sebutan
“kapak sayap”. Daripada kumpulan mereka inilah undang memilih pengapitnya dalam
masa hendak mengadakan sesuatu lawatan rasmi. Maka berhak juga mereka hadir di
balai undang bersama lembaga yang “berlapan” tetapi jika tiada pun tidak
mengapa dan tidak menggendalakan perjalanan kerapatan di balai itu. Mereka
tiadalah bersuara dalam perkara memilih undang.
Apabila seseorang lembaga meninggal dunia maka adat
adalah berkata bahawa gantinya hendaklah dipilih sebelum mayat sempurna
dimakamkan dengan adat dan beristiadat. Ada beberapa perkara yang mustahak
dibuat berhubung dengan istiadat memakamkan seseorang lembaga ini. Jikalau
tidak “berdiri adat” pada masa itu maka suku itu adalah akan hilang pusaka
lembaganya; kecuali pada mati terkejut atau meninggal kerana penyakit
berjangkitan, tidaklah dikehendaki “mendirikan adat” ini[5].
Berkenaan dengan memilih bakal ini terpulanglah kepada
buapak-buapak dengan sifatnya menjalankan kerja yang diperintahkan oleh “besar”
dan dengan persetujuan semua waris (ahli-ahli suku). Maka kawasan memilih
lembaga ini adalah terhad mengikut giliran perut dan hendaklah dengan
persetujuan waris di dalam perut yang kena giliran itu. Sungguhpun demikian
halnya, undang bolehlah menolak pilihan ini, maka dia diakui sah hanyalah
setelah undang menerima penghadapannya
Alhasilnya pada lazimnya, pilihan lembaga ini adalah
bergantung kepada undang juga; demikian juga memecatnya, undanglah sahaja yang
berkuasa seperti kata perbilangan:
“lembaga itu, hidup matinya pada undang”.
Undang tidaklah boleh memecat dengan berleluasa. Dia
akan membawa lembaga “yang berlapan” sama melihat dan menimbangkan kesalahan
seseorang lembaga. Jika ada lembaga-lembaga yang menimbang rasa, maka mahulah
ia menerangkan dengan secukupnya di mana salahnya perbuatan lembaga yang hendak
dipecat itu mengikut adat dan dengannya mereka bersetuju “dipecat”.
Kesalahan-kesalahan mengikut adat terbahagi kepada dua
bahagian” (1) salah pada suku, cuai menjalankan kewajipan; (2) salah pada
undang, menceroboh adat yang di dalam lingkungan kuasa undang.
Maka yang pertama itu terkandung di dalamnya empat
jenis, iaitu seperti kata perbilangan:
“melindungkan, mengendapkan;
“pecah, menghilangkan;
“mencacankan;
“terkurung mati.” (perbilangan XXXVIII, penambahan ii)
Jenis yang kedua pula berkait dengan adat pantang
larang undang seperti kata:
“derhaka, celaka;
“dahaga: dahagi:
“rembun; bakar:
“tikam: bunuh:
“upas:
racun:
“sombong, salah.” (perbilangan XXXII, penambahan i)
Dan juga lihat undang, bab II ceraian 5. Jadinya,
kesalahan ini kesimpulannya ialah kesalahan pantang larang dan kesalahan
melakukan sesuatu yang di luar kuasa lembaga itu boleh membuatnya maka
dikiralah perbuatan itu menentang berterang-terang akan kuasa undang. Adapun
perbuatan Dato’ Bangsa Balang Haji Abdul Karim pada tahun 1871 Masihi membantu
Haji Mustafa melawan Haji Sahil kerana berebutkan undang itu adalah termasuk ke
dalam kesalahan jenayah yang dikehendaki di sini. Pada tempoh Melayu dahulu
kesalahan pantang larang seperti ini jika dibuat, maka bukan sahaja boleh
menyebabkan hilang pusaka gelaran, tetapi ialah harta pusaka juga harus
dirampas. Maka adalah lagi perbilangan berbunyi:
“Maka dibilang daripada adat lembaga dengan pusaka di
dalam sukunya seekor kerbau: tampaknya, pertama nikah dan kahwin: kedua, alat (ulik)
dan jamu (termasuk jamu hari raya): ketiga, jinjang, tindik: keempat, sunat
rasul: kelima, jemput, hantar: keenam, pertolongan nasi berkaki dua berjalan
siang: ketujuh, pertolongan kuih berkaki empat berjalan malam.” Maka hendaklah
lembaga tersila dalam jamuan ini. Sungguhpun pada setengah perkara tiada
istiadat yang hendak dibuatnya, tetapi mengikut adat, asalkan menyembelih
kerbau maka hendaklah lembaga hadir dalam jamuan itu. Maka kehadirannya adalah
dikata “lenggang bernama helang mengepak.” Kata perbilangan:
“Dibilang atoran,
“Jalan bernama semut beriring:
“Lenggang bernama helang mengepak:
“Duduk bernama bunga sekuntum:
“Bertinggi helang berbegar (berlegar-legar),
“Berjinjang tiung akan terbang,
“Berkungkum
gagak yang hinggap,
“Berbelok kucing main daun,
“Berendah kuau menyisir.” (perbilangan XXII,
penambahan i)
Jika hadir, ia akan dapat daging ramek-ramek; demikian
juga berhak menggunakan setengah daripada istiadat kebesaran, umpamanya, langit-langit
terpasang, marual
dan ular-ular seperti yang digunakan alat mengikut kebesaran undang[6]
maka kehadirannya mahulah dihormatkan dengan alat-alat kebesaran ini.
Adapun kuasanya memerintah mengikut adat, seperti ibu
bapa (buapak), adalah terikat dalam kata perbilangan “bersekat” itu juga. Maka hukuman-hukuman
yang berat, seperti kesalahan-kesalahan jenayah adalah terkhas bagi kuasa di
balai undang; lembaga boleh menyelesaikan perkara-perkara seperti kata-kata
“membuta mata, mematah tulang memutus urat” dan luka yang di luar daripada
kuasa buapak[7]
dan lagi ia boleh menghukum sehingga dua puluh rupiah iaitu $7.20 dalam sesuatu
kenduri kerana perdamaian. Denda ini dibayar sebagai ikhlas pihak yang
melakukannya. Maka bagi kesalahan-kesalahan yang besar dia bertanggungjawab
menyembahkan dan menghadapkan yang bersalah itu ke balai undang.
“Tali pengikat daripada lembaga,” kata adat. Maka
segala perkara yang berkait dengan hutang-piutang yang disebut oleh adat
“terang gelap” berlaku di dalam suku, tidak yang “gelap semata-mata”, bolehlah
ia menyelesaikannya mengikut kata “sah batal kepada lembaga”. Maka sampailah
kepada perkara yang kena-mengena dengan harta yang boleh dianjak-anjak seperti
kambing dan kerbau, jika berlaku, boleh diperintahkannya rampas jika kejadian
itu di dalam suku, serta kepunyaan anak sukunya. Baik mengikut kuatkuasa yang
ada kepadanya atau dengan persetujuan buapak-buapak pun sama.
Jikalau didapati kejadian yang seperti ini berlaku dan
sukunya yang bertanggungjawab, maka hendaklah ia meluluskan bayaran itu.
Berhubung dengan perkara tanah pusaka yang pada masa
sekarang di dalam nama perempuan sahaja itu, tidaklah sah berpindah milik atau
digadaikan melainkan dengan setahu lembaga. Maka peraturan bertukar milik bagi
harta mengikut kata perbilangan:
“Jangka berelak,
“Lantak bertukul,
“Emas bertahil,” (perbilangan XXIII, penambahan i)
Adalah dihormatkan oleh lembaga dan dijalankan di
antara kedua-dua pihak yang berkenaan. Merekalah yang mengukur tanah, memancang
sempadan dan melihat wang berpindah tangan serta mendapat bahagiannya yang
dinamakan “adat tukul lantak” dua puluh rupiah. Maka semenjak kerajaan
menjalankan kerja-kerja mengukur dan mendaftarkan sendiri akan tanah-tanah
sekarang, bahagian lembaga ini telah didapati hilang begitu sahaja dan hanya
menjadi perkara yang pernah disungutkan mereka sahaja lagi padahnya.
[1]. Lihat
bab I muka 9 dan bab II ceraian I.
[2]. Lihat
penambahan IV, IX.
[3]. Bab
II bahagian 6, ceraian undang.
[4]. Masa
jenazah diusung lembaga di darat tiadalah bertabur emas di jalan sampai ke
perkuburan dan juga tiada
kain putih dibentangkan pada
jalan jenazah itu lalu seperti yang dibuat kepada “berempat di baruh”.
[5][5]. Lihat
hal Dato’ Raja Senara, lembaga suku Tanah Datar Baruh. Adat istiadat yang
dibuat apabila seseorang
lembaga meninggal dunia, lihat
tambahan I.
[6]. Lihat
perbilangan XII tambahan I.
[7]. Lihat
bab II, ceraian 2.
Assalamualaikum Tuan,
ReplyDeleteNie arwah uwan saya