DAERAH
Rembau, tidak akan wujud seperti adanya hari ini tanpa penglibatan dua tokoh
pembesar Minangkabau yang bernama Datuk Lela Balang dan Datuk Laut Dalam.
Menurut buku Negeri Yang
Sembilan, terbitan 1985) susunan Norhalim Ibrahim (Allahyarham), kedua-dua
tokoh ini adalah pendatang dari kerajaan Minangkabau yang meneroka Rembau ,
daerah baruh yang telah ramai didiami penduduk tempatan. Komuniti
tempatan ini berasimilasi dengan pendatang dari seberang. Komuniti tempatan ini
diketuai oleh Batin Skudai yang tinggal di Relong dan kemudian pindah ke
Kampung Lada, Chengkau, sebelum menjadikan Datuk Lela Balang menantunya dan
tinggal sementara di Kota Lama.
Menurut
Norhalim, Datuk Lela Balang berasal dari Batu Hampar bersukukan Caniago. Ada
yang mendakwa Datuk Lela Balang adalah dari Suku Batu Hampar Paya Bidara.
Ada pula yang yakin bahawa Datuk Lela Balang ini berasal dari daerh istana
Pagar Ruyung, yang terletak dalam Suku Tanah Datar dan datang bersama Batin Pak
Tinjau dengan isterinya, Mak Inan. Datuk Lela Balang masih bujang ketika
berhijrah. Sebelum sampai di Kampong Kota Lama mereka ke Sungai Barat di Sungai
Sayong. Mereka menghadap Sultan Melaka yang ketika itu bersemayam di Sungai
Sayong setelah berundur dari Melaka akibat serangan Portugis.
Sebahagian
daripada pengikut Datuk Lela Balang dari Suku Mungkal bermukim di kaki Gunung
Datuk (Rembau) sementara Datuk Lela Balang sendiri tinggal di Kampung Kota Lama
bersama Datuk Leteh, yang datang lebih awal. Hari ini Kampung Mungkal itu
berjiran dengan Kampong Api-Api yang terletak di sebelah hulu.
Datuk
Lela Balang kemudian berkahwin dengan Datuk Bungkal, anak Batin Skudai. Atas
persetujuan bersama Datuk Lela Balang dan isteri menetap terus di Kota Lama di
tebing Sungai Rembau cabang mudik ke kiri, sementara Datuk Leteh berpindah ke
Kampong Perah, di tebing Sungai Rembau cabang mudik ke kanan. Kawasan baru
Datuk Leteh ini dinamakan Kampong Perah kerana terdapat banyak pokok perah atau
dalam bahasa latinnya disebut Elateriospermum
Tapos di kawasan itu
Menurut
Sejarahwan C.W.C Parr dan W.H. Mackray, dalam bukunya Rembau, One of the Nine States: Its
History, Constitution and Customs, 1910, Datuk Lela Balang berhijrah ke
Rembau bersama seorang lagi pembesar Minangkabau bernama Datuk Laut Dalam yang
telah beristerikan seorang wanita berketurunan Jawa. Dikatakan kedua-dua
pembesar ini bersama-sama menghadap Sultan di Johor untuk mendapatkan apa yang
disebut hari ini sebagai watikah perlantikan bersama pembesar daerah yang
diberi gelar Datuk Penghulu.
Datuk
Laut Dalam berasal dari Paya Kumbuh dari suku Tiga Nenek. Datuk Laut Dalam
membuka Kampung Lekok kira-kira 500 meter ke hilir Kampong Kota Lama, di mana
Datuk Lela Balang bermukim. Tidak dijelaskan nama isteri Datuk Laut Dalam.
Namun perkahwinan mereka meberikan empat orang puteri, iaitu Datuk Sitimah,
Datuk Shamsiah, Datuk Natimah dan Datuk Samadidi. Sementara perkhwinan Datuk
Lela Balang dengan Datuk Bungkal menghasilkan lima orang anak (empat perempuan
dan seorang lelaki. Anak-anak perempuan diberi nama Datuk Pandung, Datuk
Siti, Datuk Lijah dan Dtuk Makraman. Anak lelakinya (mungkin anak bongsu)
dinamakan Datuk Si Rama.
Bagi
melaksanakan titah perlantikan Sultan di Johor dan mengelak daripada timbulnya
sebarang pertikaian politik dan pentadbiran, maka dipersetujuilah supaya Datuk
Lela Balang dan Datuk Laut Dalam memanfaatkan sistem perkhwinan dengan hidup
berbesan. Ini bermakna anak Datuk Lela Balang yang bernama Datuk Si Rama
dikahwinkan dengan anak perempuan Datuk Laut Dalam yang bernama Datuk Siti Hawa.
Perkahwinan Si Rama dengan Siti Hawa ini melahirkan seorang anak lelaki bernama
Datuk Amba, yang kemudian dilantik sebagai Penghulu atau Undang Rembau
ke-2 dengan gelaran Datuk Sedia Raja. Ketika itu Penghulu atau Undang Rembau
ialah Datuk Si Rama yang memakai gelaran Datuk Lela Maharaja.
Maka di
sini jelaslah bahawa kedua-dua pembesar dari Minangkabau ini tidak mempunyai
apa-ap hubungan kekeluargaan pada mulanya dan hanya menjalin hubungan melalui
perkahwinan setelah bermastautin di Rembau. Datuk Lela Balang membuka kawasan
di Kota Lama dan Datuk Laut Dalam di Kampung Lekok, sementara peneroka awal,
Datuk Leteh membawa diri ke Kampong Perah. Luas daerah lingkungan pentadbiran
tiga kampung ini sekitar satu km radius.
Ahli
Prlimen Rembau hari ini, YB Khairy Jamaluddin adalah daripada waris keturunan
Datuk Lela Balang dengan Datuk Bungkal daripada nisab Datuk Undang Rembau
Ke-17, Haji Sulong Miah Lela Maharaja yang berasal dari Suku Biduanda Lela
Maharaja Kampong Gadong Darat. Namun berdasarkan sistem matrileneal yang
diamalkan Adat Perpatih (bersukukan sebelah ibu), bapa Khairy, Datuk Jamaludin
Abu Bakar adalah sah dari waris Biduanda Lela Maharaja, sementara Khairy yang
beribukan seorang wanita di luar lingkungan Adat Perpatih tidak masuk suku.
No comments:
Post a Comment